Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Februari 22, 2010

Piala FA: Naib juara tersingkir

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha cuba melepasi pemain Kedah, pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu semalam.

NAIB juara Piala FA musim lalu, Kelantan tersingkir daripada saingan.

The Red Warriors sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kedah pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Keputusan tersebut menyaksikan Kedah layak ke pusingan suku akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Alor Setar, Selasa lalu.

Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan yang beraksi di laman sendiri menggunakan kelebihan tersebut apabila bermain secara menyerang sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan.

Namun begitu, penyokong setia Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-71 untuk berpesta apabila kapten pasukan, Indra Putra Mahyuddin bijak menyudahkan hantaran lintang rakan sepasukan, S. Chanturu bagi membolehkan Kelantan mendahului 1-0.

Selang tiga minit kemudian, Baddrol Bakhtiar memusnahkan impian Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 sekali gus menamatkan kempen The Red Warriors dalam Piala FA 2010.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika dihubungi semalam berkata, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan semua pemainnya.

Menurutnya, walaupun mengusai hampir keseluruhan permainan, nasib sekali lagi tidak menyebelahi pasukanya apabila deretan peluang yang dimiliki gagal disempurnakan dengan baik.

"Saya tidak salahkan pemain, mereka dah buat yang terbaik, peminat boleh nampak mereka main mati-matian pada perlawanan tersebut.

"Ramai pemain memiliki peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal, bersadarkan kepada persembahan semalam (kelmarin), saya yakin pasukan kita boleh melangkah lebih jauh," ujarnya.

Kosmo! 22 Feb. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..