Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Februari 10, 2010

Teruskan usaha pembangunan

Oleh ZULKIFLI JALIL dan SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM

Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Dr. Zambry Abd. Kadir selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan. - bernama


PUTRAJAYA 9 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak akan kembali menumpukan pada usaha pembangunan negeri dan tidak lagi terlibat dalam sebarang bentuk kegiatan politik yang boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

Perdana Menteri berkata, pihak yang kalah dalam penghakiman kes kedudukan Menteri Besar Perak yang mengesahkan kesahihan jawatan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mungkin mempunyai pandangan berlainan.

Namun, tegas beliau, dalam sistem mahkamah negara, semua pihak perlu akur dengan keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan yang memutuskan kedudukan Dr. Zambry hari ini.

"Inilah hakikat yang perlu diterima.

"(Jadi) sudah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada kepimpinan Dr. Zambry untuk menunjukkan kemampuan membela rakyat Perak dan membangunkan negeri.

"Terserahlah bila sampai masanya, yakni bila Pilihan Raya Umum, rakyat boleh buat keputusan yang sebenarnya.

"Ini bukan masa untuk kita berarak ke sana sini atau mengadakan perhimpunan di luar, bawah pokok atau di mana sahaja," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersama antara GIIG Holdings Sdn. Bhd. dan Aluminium Corporation of China Limited (CHALCO) bagi membangunkan projek peleburan aluminium di Taman Industri Samalaju, Bintulu, Sarawak.

Menurut Najib, Pilihan Raya Umum adalah masa yang sesuai sekiranya rakyat ingin membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan kepimpinan negeri.

"Pilihan rayalah masa yang sewajarnya, (cuma) sekarang ini kita perlu beri tumpuan kepada usaha memberi khidmat bakti terbaik kepada rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri.

Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ini setelah baginda berpuas hati bahawa Mohammad Nizar dari pakatan DAP-Pas-PKR tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..