Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Februari 12, 2010

Isu kalimah 'Allah': Raja-Raja Melayu ambil maklum

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220 yang berlangsung kelmarin dan semalam mengambil maklum pelbagai permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam di negara ini yang menzahirkan rasa dukacita mereka tentang penterjemahan perkataan 'God' kepada 'Allah.'

Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini semalam, penterjemahan itu telah banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

"Isu ini jika tidak ditangani dengan segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.

Kosmo! 12 Feb. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..