Mohd Sabri Said | |
PULAU PINANG, 5 Feb: Pada dasarnya demonstrasi di Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister selepas solat Jumaat tengah hari tadi tidak menepati sasaran sebaliknya lebih kepada 'demonstrasi parpu' kerana tiada langsung memorandum yang ditandatangani oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa kurang senang dengan kerajaan negeri. Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika mengulas peristiwa tersebut berkata, kemungkinan NGO yang dikatakan bersama tidak mahu dicap sebagai petualang membantu parti yang berkefahaman sempit atau parti yang sudah bocor, dayungnya patah, sauhnya tertanggal dan layarnya koyak rabak. Beliau secara sinis mengajak Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang turut serta berdemo tinggal di Pulau Mutiara bagi membantu masyarakat Melayu yang rata-ratanya daif dari segala segi ekoran perbuatan Umno sendiri yang berkuasa tetapi tidak berusaha untuk menyelamatkan bangsa sendiri. "Mai lah duduk di sini dan memperjuangkan kedudukan Melayu jika gentleman. Bila duduk sini dia akan tahu punca sebenar dan tentunya menghala meriam pada rakan taulan yang memimpin Umno pula," tegasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Tanah dan Wilayah PAS Pusat. Selain Ibrahim yang ‘diimport’ ke demonstrasi itu, turut menonjol sebagai 'hero' ialah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim. Lain-lain organisasi yang dikatakan teraniaya hanya menghantar wakil tetapi tidak ke hadapan untuk menyuarakan hak mereka yang didakwa tertindas di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebaliknya menjadi pemerhati dari jauh. Jelas sekali Ibrahim bagaikan 'burung kakak tua' apabila berucap berpandukan teks yang diberikan tidak sepertimana biasa dan sekaligus menunjukan beliau tidak memahami situasi politik sebenar serta tidak tahu hujung pangkal peristiwa terbabit. Sepatutnya program disusuri dengan penyerahan memorandum yang ditandatangani oleh berbagai NGO yang kurang senang terhadap kepimpinan Ketua Menteri selesai begitu sahaja walaupun pihak polis memberi ruang seluas-luasnya kepada mereka menunjukkan bantahan. Peristiwa itu boleh disamakan dengan bantahan di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan Disember lalu di mana pasukan polis hanya berdiri 'tercegat' tanpa bertindak melibas dengan cota anggota penunjuk perasaan. Suasana hiruk pikuk dengan teriakan maki hamun dan cerca mencerca dari peserta demo membuktikan tindakan tidak beradap dan kurang ajar. Paling mengejutkan kenapa tiba-tiba ahli politik yang terkenal dengan 'politik lompat' itu berada di tengah-tengah peserta demo yang rata-rata merupakan muka yang lazimnya mendapat habuan di era pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini http://www.harakahdaily.net 5 Feb. 2010 |
Ini pandanganku. Adakalanya apa yang terpendam di hati tidak terucap dengan kata-kata. Adakalanya yang terucap dengan kata-kata tidak sama dengan yang terbuku di hati. Dan adakalanya apa yang di hati itulah yang dikata. Melalui alam siber ini akan aku jadikan ini sebagai wadah untuk aku sampaikan apa yang tersimpan, terbuku dan terpendam dalam diri.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com
Jumaat, Februari 05, 2010
Sekadar demonstrasi parpu, memo tidak ditandatangani
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..