Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Hakim Datuk Mohamed Zabidin Md Diah kerana pagi tadi mengarahkan media arus perdana yang melaporkan melaporkan butiran-butiran eksklusif mahkamah supaya melaporkan berita-berita yang wajar sahaja. Arahan tersebut selepas pasukan peguam bela Anwar, Karpal Singh meminta supaya Mohamed diketepikan dari mendengar perbicaraan kerana dianggap bias serta enggan menegur media-media terbabit semalam. "Saya percaya pada kebebasan media tetapi saya minta laporkan apa yang tak wajar dilaporkan," jelas Mohamed di kamar perbicaraan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya tidak mensensasikan informasi berhubung butiran-butiran di dalam kamar perbicaraan. Demi membuktikan perbicaraan dikendali secara adil, Mohamed juga mengarahkan dua polis cawangan khas (SB) supaya tidak lagi memenuhi dua kerusi khas yang disediakan untuk pemerhati dari beberapa pertubuhan guaman antarabangsa. Pun begitu, beliau mencadangkan kedua-dua SB terbabit mengisi tempat duduk awam dalam kamar perbicaraan sebagai menghormati tugas mereka. Pada jam 2.30 petang ini, dijangkakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, bersama-sama pasukan peguamnya membuat afidavit balas pada inisiatif pasukan pendakwaraya semalam. Afidavit balas itu adalah prosedur biasa sebelum pasukan peguam bela Anwar memulakan sesi penghujahan balas ke atas saksi utama, Saiful yang dijadualkan pagi esok. http://www.harakahdaily.net (9 Feb. 2010) |
Ini pandanganku. Adakalanya apa yang terpendam di hati tidak terucap dengan kata-kata. Adakalanya yang terucap dengan kata-kata tidak sama dengan yang terbuku di hati. Dan adakalanya apa yang di hati itulah yang dikata. Melalui alam siber ini akan aku jadikan ini sebagai wadah untuk aku sampaikan apa yang tersimpan, terbuku dan terpendam dalam diri.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com
Selasa, Februari 09, 2010
Liwat: Hakim tegur media arus perdana
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..