Angkasanuri |
Isu sebat masih belum reda lagi. Isunya bukan berkaitan isu pelaksanaan hukuman sebat mengikut peruntukan syariah yang sebenar tetapi berkaitan dengan isu sebatan mengikut enakmen undang-undang Islam negeri-negeri yang sebenarnya tidak menepati kehendak seperti termaktub dalam landasan syariat sebenar . Apa-apapun, isu sebatan ini sekurang-kurangnya menjadi mukadimah kepada pelaksanaan syariat seperti yang dituntut dalam Islam. Namun apa yang lebih menjegilkan, isu sebatan ini mendapat tentangan dan kritikan bukan daripada orang bukan Islam tetapi daripada 'ustazah-ustazah' Umno yang jambul terjojol keluar dan kain terbelah tepi. Ada di kalangannya yang berlindung di sebalik nama NGO seperti Sister In Islam. Tetapi kita tahu SIS ini merupakan 'perwakilan tetap' setiap kali dalam perhimpuan Wanita Umno saban tahun. Salah seorang penyokong kuatnya, tak lain tak bukan ialah Datuk Shahrizat Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Umno. Dalam satu kenyataan semalam beliau sekali lagi mempertikaikan hukuman sebat yang telah dilaksanakan oleh Penjara Kajang terhadap tiga orang wanita yang berzina. Cuma kenyataannya mungkin sedikit 'berlapik' apabila meminta mereka yang bersalah ini diberi permulihan seperti kaunseling. Kalau itu kaedahnya maka selepas ini saya mengesyorkan agar hakim-hakim di mahkamah syariah di negara ini tidak lagi menjatuhkan hukuman sebaliknya memadai dengan dijatuhkan hukuman mengikuti sesi kaunseling. Kalau tak cukup kaunselor, hakim sendiri pun boleh jadi kaunselor juga! Maka selepas ini orang Islam negara ini tak kisah dan tak takut-takut lagi nak berzina, berjudi dan minum arak kerana mereka tidak lagi akan disebat, denda atau penjara cukup sekadar mengikuti sesi kaunseling untuk menebus dosa-dosa mereka. Maka akan meriahlah nanti bilik-bilik kaunseling dengan tangisan dan jeritan anak-anak zina yang bersama dengan ibu mereka mengikuti sesi kaunseling. |
Ini pandanganku. Adakalanya apa yang terpendam di hati tidak terucap dengan kata-kata. Adakalanya yang terucap dengan kata-kata tidak sama dengan yang terbuku di hati. Dan adakalanya apa yang di hati itulah yang dikata. Melalui alam siber ini akan aku jadikan ini sebagai wadah untuk aku sampaikan apa yang tersimpan, terbuku dan terpendam dalam diri.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com
Isnin, Februari 22, 2010
Ustaz Umno tolong nasihatkan Shahrizat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..