Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Februari 22, 2010

Mustapa kecewa dituduh jadi pengkhianat


KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah pengkhianat kepada rakyat di negeri ini.

Menurutnya, kelulusan peruntukan bernilai berjuta ringgit bagi melaksanakan projek di bawah Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas sejak memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet lebih 14 tahun lalu membuktikan beliau bukan seperti yang didakwa.

“Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan Kerajaan Negeri.

“Saya amat sedih dan dukacita, jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong Kerajaan Negeri itu dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan,” katanya selepas menyampaikan ucapan di perhimpunan bulanan kakitangan Jabatan Persekutuan di Pusat Pendidikan Teknologi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, di sini, semalam.

Beliau berkata, sekiranya beliau mengkhianati rakyat negeri ini beliau sudah pasti peruntukan berjuta ringgit di bawah kerajaan pimpinan Pas tidak diluluskan sejak 1996.

“Antara projek yang diluluskan ialah projek pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah berjumlah (RM3.3juta); Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan (RM5 juta), Majlis Daerah Jeli dan lain-lain projek pembangunan di negeri ini,” katanya.

Sempena majlis itu, beliau juga menyerahkan replika cek bernilai RM800,000 kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mat Zin untuk membayar elaun imam dan kakitangan masjid di negeri ini.:

Sinar Harian 22 Feb. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..