Antara perkataan "angan-angan", "impian" dan "bermimpi" tidak banyak beza maknanya walaupun perkataan itu membawa konotasi yang berbeza. Apa yang pasti perkataan itu membawa kepada sesuatu yang belum lagi pasti. Ketiga-tiganya adalah mengenai masa akan datang. Ketiga-tiganya juga bermakna sesuatu yang kita harapkan, sesuatu yang kita mahukan.
Dan.. tiga perkataan itu juga menghiasi warna-warni bola sepak Kelantan pada tahun 2010, "Ingin mencapai tiga piala". Malam tadi, 20 Feb. 2010, hampir 20 ribu peminat memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV, dan (mungkin) berjuta menyaksikan "stadium" RTM1 perlawanan Piala FA Kelantan - Kedah dalam penentuan ke pusingan suku akhir. Dan akhirnya, Kelantan hanya sekadar berangan, berimpi dan hanya tinggal impian.
Perlawanan pertama Kelantan hanya mampu membawa keputusan seri dengan Kedah, itupun dengan keputusan 0-0. Apabila bertandang ke Kota Bharu, Kedah mampu menyekat kesungguhan Kelantan dengan keputusan 1-1. Keputusan ini jugalah membawa kepada kekuatan Kedah untuk layak ke pusingan suku akhir. Keseluruhan permainan dikuasai oleh pasukan Pantai Timur, namun nasib tidak menyebelahi Kelantan.
Persoalannya? Kenapa serangan yang bertali arus dari pasukan Kelantan pada malam itu tidak mampu melenyapkan impian Kedah? Jika dihitung percubaan tepat pasukan Kelantan ini, sudah pasti ia sesuatu yang menarik. Ada sahaja percubaan bahaya yang direncana oleh barisan penyerang untuk mengembirakan penyokong.
Perhatikan!! Halim Napi... Setiap kali permainan Halim akan menunjukkan kesungguhan yang lebih berbanding pemain-pemain lain, namun, boleh dikatakan setiap kali permainan gawang Halim akan bocor juga walaupun satu gol. Tetapi, bagi kawe Halim adalah yang terbaik pada malam tadi dan malam-malam sebelumnya.
Agak-agaknya bagaimanalah percaturan yang diimpikan oleh Sathianathan? Apa yang Sathia ingin buktikan? Kadang kala penyokong dah mula muak dengan alasan Sathia, namun tidak lupa juga yang terus menyokongnya. Hairuddin dan Akmal nampaknya masih lagi menjadi pilihan Sathia. Adakah permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain "import" ini masih tidak serasi dengan pemain yang sedia ada? "Asyik terjatuh je". "Nak kejar bola pun malas". "Tunggu je bola sampai ke kaki". Indra? Chanturu? Azizi? Pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi. DaudSu? Pertahanan yang sukar dilepasi oleh pihak lawan.
Wahai pemain Kelantan!!! Tunjukkanlah semangat demo, sebagaimana semangat yang ditunjukkan oleh penyokong demo untuk membajiri stadium! JANGAN JADIKAN STADIUM KERAMAT KITA SEBAGAI STADIUM BERPUAKA kita pada tahun ini!
Kita masih lagi mengharapkan pasukan kita beroleh kejayaan pada tahun ini. Kini hanya tingga dua piala untuk direbut. Kalau tidak berupaya untuk membawa pulang Piala Malaysia, cukuplah dengan Piala Liga Super. Usahlah lagi berangan, bermimpi untuk piala yang berlambak. Anggan-angan yang digembar-gemburkan jika tidak berjaya akan membawa malu yang besar. Impian yang terlalu tinggi kadang-kala kita lupa orang lain juga impikan benda yang sama. Bermimpi yang keterlaluan kadang-kala kita leka dan alpa dengan perkara yang realiti.
GOMO KELATE GOMO..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..