Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Ahad, November 08, 2009

Bola Bola Bola..

Tahun 2009 bagi aku tahun yang kelam hampir malam. Banyak perkara yang tidak mengembirakan. Bermula dari penghujung tahun 2008 sehinggalah sekarang aku rasa kecewa atas beberapa perkara. Tetapi aku taknak cerita kecewa yang lain kecuali kecewa dengan Piala Malaysia.


Aku bukan pemain mahupun pengurus pasukan tetapi aku peminat pasukan Kelantan. Pada awal saingan Kelantan yang diberi jolokan The Red Warriors (Wira / Pahlawan Merah) gah di arena bola sepak Malaysia. Walaupun perlawanan pertama "dicemari" oleh sikap FAM yang memberi mata percuma kepada KL Plus; Hujan yang lebat di Kota Bharu menyebabkan perlawanan terpaksa dibatalkan. Lebih malang lagi KAFA didakwa tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah pada perlawanan tersebut kerana masalah padang. FAM sepatutnya tahu keadaan padang becak bukan salah KAFA. Semua itu tidak mematahkan semangat Panglima Merah untuk memberi saingan dalam siri perlawanan seterusnya.





Di pertengahan musim satu lagi musibah menimpa Wira Merah. FAM melarang perlawanan diadakan di Kota Bharu setelah berlaku rusuhan di luar stadium pada 7 April 2009 sejurus selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan pada peringkat separuh akhir pertama Piala FA. Pada perlawanan tersebut penyokong tidak berpuas hati terhadap pengadil yang dilihat kononnya berat sebelah. Ditambah pula pemain kesayangan, Halim Napi, bertindak di luar batasan dengan menyerang pemain Negeri Sembilan setelah tamat perlawanan. Kelantan ditumpaskan. Sebelum perlawanan tersebut Negeri Sembilan pernah berkunjung ke Kota Bharu dalam saingan Liga Super. Pada perlawanan ini Negeri Sembilan berjaya mengalahkan Kelantan. 7 April detik hitam bagi sejarah bola sepak Kelantan dan juga Malaysia. Dua kali dalam tempoh seminggu Sang Kijang ditanduk Sang Rusa. Penyokong mula bertindak liar. Halim Napi pula digantung serta-merta.


Perlawanan separuh akhir kedua menjadi saat manis buat peminat Kelantan apabila Kijang dapat menanduk rusa untuk mencatat kemenangan 2-1 sekali gus melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA 2009. Selangor menjadi seteru pada peringkat ini. Dalam tempoh 90 minit permainan kedua-dua pasukan bermain dengan skill yang tersendiri. Walaupun aku tidak berada di stadium pada waktu ini aku dapat rasakan debarannya. Namun Kijang akhinya tunduk jua kepada Selangor menerusi penentuan penalti. Tambahan pula Halim Napi yang digantung perlawanan selama tiga bulan, tidak beraksi pada malam itu. Aku dapat melihat bagaimana begitu kecewanya pemain dan penyokong. 39 tahun penantian untuk mengecapi piala telah hampa.


Selepas kekecewaan dalam Piala FA Kelantan terus lesu. Perlawanan yang diadakan di luar Kelantan iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil dikatakan penyebab kepada kejatuhan Kelantan. Setelah dikritik, diteliti dan sebagainya, FAM akhirnya menarik balik larangan, dan Kelantan dapat beraksi semula di Stdium Sultan Muhammad iv, stadium keramat Kelantan. Mata percuma yang diberikan kepada KL Plus juga ditarik balik dan perlawanan diadakan semula. Walaupun mencatat keputusan yang membanggakan Kelantan tidak mampu untuk menyaingi pasukan lain dan akhirnya menghuni tangga ke enam liga.


Dalam saingan Piala Malaysia Kelantan menjadi pilihan untuk mara ke peringkat akhir dan sekali gus membawa pulang piala bola sepak tertua Asia ke Kota Bharu. Pada 7 November menjadi detik manis dan hitam Kelantan. Layak ke peringkat akhir menjadi detik manis, tetapi tewas dan menjadi detik hitam. Penyokong yang telah lama menanti untuk memeluk Piala Malaysia terpaksa melupakan hasrat kerana Negeri Sembilan lebih berhak setelah menewaskan Kijang dengan jaringan 3-1. Negeri Sembilan musuh utama 2009 berjaya menyekat kemaraan Kelantan.


Perlawanan terburuk Kelantan adalah pada malam tersebut. Separuh masa pertama tertinggal 1-0 belum lagi menjadi mimpi buruk. Memasuki separuh masa kedua Kelantan terus tertinggal sehinggga 3-0. Penyokong mula bertindak liar. Kerusi dibakar. Mercun dilempar. Botol air berterbangan. Walaupun jaringan lewat Indra Putra berjaya dihasilkan ia tidak mampu mengembirakan ribuan penyokong. Stadium mulai lengan setelah ketinggalan 3-0. Apa yang dilihat di kaca televisyen rasanya sama sekali tidak sama dengan yang dilihat secara realiti. Kekecewaan terus menerus melanda. Halim Napi yang beraksi cemerlang pada peringkat awal Piala Malaysia tidak dapat membendung kegagahan Negeri Sembilan. Apa yang aku lihat jaringan tersebut berpunca daripada kesilapan pertahanan.

Kelantan terus kecundang. Aku yang tidak terlibat secara lansung dalam peristiwa tersebut juga merasakan terkilan yang amat. Rezeki bukan milik kita. Apa yang pasti ini adalah salah satu yang membuat aku kecewa pada tahun 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..