3 Oktober, pertarungan pusingan kedua Piala Malaysia. Kelantan turun dengan misi untuk menang tersentap seketika apabila Negeri Sembilan (NS) mendahului 2-0. Jaringan Shahurain Abu Samah (m-25) dan Abdul Halim Zainal (pen m-62) mendiamkan seketika penyokong Kelantan di Paroi. Sepakan deras Shahurain betul-betul depan pintu gol gagal dihalang oleh Khairul Fahmi Che Mat. Kelekaan pertahanan mengikut setiap jejak Shahurain membolehkan penyokong NS bergembira. Separuh masa kedua giliran Halim Zainal pula untuk menguji penjaga Malaysia, Kharul Fahmi, atau lebih dikenali Apex oleh penyokong Kelantan. Apex gagal untuk menahan bola tendangan Halim.
Hairuddin yang bermain sepanjang separuh masa pertama tidak menunjukkan persembahan yang baik. Ini membolehkan Akmal dibawa masuk. Sebelum itu Idlan terlebih dahulu masuk menggantikan Chanturu. Kegembiraan penyokong Kelanta hadir pada minit 66 apabila Zairul Fitree Ishak meledak gol di sebelah kanan Sani Kamsani, penjaga gawang NS. Gerakan Zairul seakan-akan untuk membuat hantaran lintang memperdayakan Sani untuk membolehkan Kelantan merapatkan jurang. Zairul sekali lagi bertindak cemerlang malam itu apabila membuat hantaran ke kawasan gol NS. Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang telah bersiap sedia di kawasan lawan melompat tinggi untuk menanduk cantik hantaran Zairul. Bola tandukan Akmal (minit 68) itu melambung dan melencong sebelum mencium tiang sebelah kanan Sani memolehkan penyokong Kelantan terseyum manis.
Itu adalah kronologi jaringan. Di sebalik keputusan itu ada sisipannya. Pertama; layangan kad merah oleh pengadil untuk seorang pemain NS, Rahman Zabul dan juga kepada jurulatihnya, Wan Jamak. Rahman menerima kad kuning kedua setelah merempuh Chantur di hujung padang. Wan Jamak pula menerima kad merah setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Annuar Che Hussin, pengadil perlawanan. Ia bermula apbila NorFarhan membuat terjahan keras ke atas pemain NS dan hanya menerima kad kuning daripada pengadil.
Itu adalah kronologi jaringan. Di sebalik keputusan itu ada sisipannya. Pertama; layangan kad merah oleh pengadil untuk seorang pemain NS, Rahman Zabul dan juga kepada jurulatihnya, Wan Jamak. Rahman menerima kad kuning kedua setelah merempuh Chantur di hujung padang. Wan Jamak pula menerima kad merah setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Annuar Che Hussin, pengadil perlawanan. Ia bermula apbila NorFarhan membuat terjahan keras ke atas pemain NS dan hanya menerima kad kuning daripada pengadil.
Malam itu juga pengadil perlawanan terpaksa bekerja keras jugalah apabila permainan agak "panas". Beberapa tindakan pengadil tidak disenangi oleh kedua-dua pasukan. Di pihak Kelantan mungkin dapat dilihat daripada keputusannya memberi sepakan penalti kepada NS; Azizi dilihat merempuh S.Kunalan di dalam kotak penalti. Walaupun diprotes oleh beberapa pemain Kelantan, Annuar tetap dengan keputusannya.
Kemudian; bagi yang menonton di TV1 dan juga di Paroi, dapat melihat dengan jelas botol-botol minuman berterbangan di ruang "angkasa" Stadium Paroi. Bertaburan di tepi padang, bahkan di dalam padang sekalipun. Jika selama ini penyokong Kelantan dikatakan peyokong yang extrem dan agresif dalam hal ini, sekarang nampaknya NS pun mempunyai masalah yang sama. Tidak cukup dengan balingan botol, ada juga yang kena tangkap. Dua yang ditahan tu tak tahulah penyokong NS atau Kelantan.
Di Paroi ini juga kita dapat menyaksikan sokongan kepada The Wariors tidak pernah padam. Walaupun mengalami suasana suram ekoran beberapa perlawanan terdahulu, penyokong Kelantan terus teguh di belakang pemain. Kehadiran penyokong-penyokong Kelantan di Paroi sesuatu yang memang dijangkakan. Dan kehadiran penyokong Kelantan ini juga mungkin menyumbang kepada sebahagian "botol-botol terbang" di Paroi.
Kesudahannya..NS dan Kelantan berkongsi mata dan jaringan pada perlawanan kedua ini. 6 Oktober nanti Kelantan akan menerima kunjungan PKNS di Kota Bharu. Persoalan bermain di kepala aku adakah penonton akan memenuhi ruang stadium? Ini kerana dua perkara. Pertama adalh lawan Kelantan adalah pasukan kelab dari Liga Perdana. Kedua; persembahan Kelantan yang tidak kosisten seakan merencatkan "nafsu" penyokong untuk terus menyokong. Apa-apapun Kelantan mesti menang dalam dua perlawanan terakhir jika ingin ke suku akhir.
Link..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..