Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Ahad, Oktober 17, 2010

Cerita Bola: KAFA tahu tak?

Kemenangan selesa Pahlawan Merah ke atas Gergasi Merah sudah pasti menjadi bualan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan. Kemenangan ini mengembirakan seluruh rakyat Kelantan dan peminat pasukan Kelantan. Tapi kali ini ingin sekali lagi aku perkatakan mengenai tiket perlawanan. Bukannya tidak menyokong, bukannya untuk menentang, bukannya untuk memboikot dan bukannya memburuk-burukan KAFA, tapi sekadar ingin meluahkan pandangan dan pendapat.

Semua orang tahu KAFA amat gembira dengan kehadiran penyokong yang memenuhi setiap ruang stadium. Dalam kegembiraan KAFA menerima kehadiran penyokong ini, adakah KAFA tahu tentang beberapa perkara?

Agaknya KAFA tahu atau tidak suasana pagi Jumaat di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV? Orang ramai telah berhimpun sejak awal pagi untuk mendapatkan tiket perlawanan. Dua kaunter yang dibuka tidak dapat menampung jumlah beribu-ribu orang ramai yang mengkerumun kaunter. Pukul 10:00 pagi, penyokong beratur dari kaunter sampailah ke tepi jalan (berhadapan padang hoki). Di salah satu kaunter lagi barisannya tidak teratur, terlalu sesak. Agaknya kenapa tidak dibuka beberapa lagi kaunter untuk atasi kesesakan?
Suasana ketika mendapatkan tiket (sebelah pagi)

Agaknya KAFA tahu atau tidak, dalam kesibukan orang ramai untuk mendapatkan tiket di kaunter ada berapa orang di perkarangan stadium kita ini yang turut menjual tiket? Ya, inilah ulat jadian. Ulat-ulat jadian yang sibuk duk menjaja tiket bukan ejen KAFA kan? Harga stardart dengan ulat pada permulaannya adalah RM17, kemudian RM18-20.

Agaknya KAFA tahu atau tidak ketika jam hampir pukul 11:00 pagi kaunter telahpun ditutup? Dalam penantian dan riuh rendah untuk mendapatkan tiket kami dihampiri oleh seseorang. Lelaki dalam lingkungan 50-an; berkemeja lengan panjang, berbelang-belang biru dan putih; berseluar slad hitam; dan berkasut kulit. Dia bersuara "kaunter ditutup. Kaunter akan dibuka selepas (solat) Jumaat", lebih kurang begitulah kata-katanya. Tiba-tiba seorang penyokong bersuara keras "Kau janji apa tadi?!". Dalam fikiran aku tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh pemuda terbabit. Kemudian, lelaki berkemeja tadi terus berlalu menuju ke belakang (ke astaka). Beberapa minit kemudiannya aku terus pulang hampa. Sebelah petangnya, mengikut beberapa orang penyokong yang berada di situ (mungkin tidak ke masjid) kaunter memang tidak dibuka-buka walaupun selepas solat Jumaat. Dan tidak ada seorangpun yang datang memberi tahu "tiket dah habis". Kita hanya tahu dengan sendiri bila kaunter tidak dibuka-buka.

Kaunter ditutup pada pukul 11:00 pagi dan terus tertutup sampailah perlawanan bermula pada malamnya. Kalau tiket telah pun habis kenapa tidak ada pihak KAFA datang memberi tahu tiket habis. Sekali lagi dinyatakan kaunter ditutup pada pukul 11:00 pagi. Dibuka beberapa jam sahaja, dan semuanya habis? Setiap pembeli HANYA boleh menapatkan ENAM keping tiket sahaja. Ehmm..agaknya ulat-ulat yang ada berapa keping yang mereka dapat? Adakah enam juga, kemudian mereka beratur (tak beraturpun, potong Q) lagi dan dapat enam lagi dan begitulah seterusnya. Dalam kesibukan dan kekalutan untuk dapatkan tiket di kaunter, tiket di tangan ulat telah pun mencecah RM25.

Agaknya KAFA tahu atau tidak ketika permainan hendak dimulakan masih ada lagi yang menjual tiket di luar stadium? Ulat-ulat tiket berkeliaran di luar stadium. Kali ini harganya RM10 dan ada yang RM5. Apa yang aku nampak masih banyak tiket di tangan makhluk jahanam ni. Cuba bayangkan; ruang stadium telahpun penuh sebelum perlawanan bermula tapi tiket masih berbaki di tangan ulat. Ini bermakna tiket telah terjual dan telahpun habis. Tapi bagaimana masih ada lebihan tiket? Adakah cetakan palsu? Adakah lebihan cetakan? Adakah berlaku helah yang kita tidak ketahui?

Agaknya KAFA tahu atau tidak skrin besar yang dipasang di luar stadium tu hanya SATU sahaja? Sebelum ini dalam laman portal https://www.theredwarriors.com KAFA menyatakan sebab-sebab harga tiket dinaikan kerana (salah satu sebabya) untuk memasang DUA skrin besar. Mungkin duit belum cukup untuk pasang  DUA skrin seperti yang "dijanjikan". KAFA tahu tak skrin yang terpasang tak clear? Skrin tu juga seakan skrin lama sebab ada kesan gulungan dan lipatan di bahagian bawah, sebelah kanan (mungkin juga kerana baru dibeli kut). Skrin yang memancarkan siaran Astro Arena, tapi tidak diletakan pembesar suara. Mungkin kerana beranggapan berdekatan stadium, tidak perlulah pembesar suara; tidak perlu dengar ulasan. Tapi kalau letak pembesar suara boleh juga dengar-dengar Hj. Zainal Rawop dan Azlan Johar buat ulasan.

KAFA tahu atau tidak ramai yang menyaksikan skrin besar di Medan Selera? Di sini kemeriahan dan keriuhan tetap bergema. Di sini juga boleh duduk-duduk, minum-minum sambil menyaksikan Kijang kita menendang keluar Gergasi bola dari Piala Malaysia 2010. Yang lebih penting lagi, boleh dengar Zainal dan Azlan bersembang dan buat analisis.
Menyaksikan perlawanan di Medan Selera

KAFA oh KAFA, janganlah berkecil hati, terasa hati, ambil hati dan sakit hati dengan catatan ini. Ini hanya luahan kecil daripada Semut Merah KECIL yang tetap menyokong Pahlawan Merah yang besar.

KAFA oh KAFA..tiket separuh akhir harganya berapa RM? Agaknya kali ini bolehlah beli satu lagi skrin layar besar. Ehmm.. Separuh akhir nanti agaknya berapa jam kaunter dibuka? Agak-agaknya ada lebihan tiket lagi? Manalah tahu stadium penuh tapi tiket belum habis sekali lagi. Kali ini lawan Kijang adalah Kenari. Kijang berlari pantas, Kenari terbang bebas; mudah-mudahan kisah Syed Adney yang cuai tidak berulang.

Apa-apapun terima kasih dan tahniah kepada KAFA kerana dapat membentuk pasukan Kelantan yang mantap. Kesungguhan dan kebijaksanaan pengurusan mampu membuka lembaran baru bola sepak Kelantan.

Ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..