Jam 2045, 20 Oktober, pertembungan Kelantan dan Kedah buat kali terakhir pada musim ini. Bermain di laman lawan bukanlah rekod bersih bagi Kelantan. Seri 0-0 dalam saingan Liga Super dan Piala FA seakan badi yang sukar dilepaskan. Namun malam ini nanti mungkin ada tuah memihak kepada wakil dari Timur.
Ada tiga perkara yang menariknya pada saingan ini. Pertama, penyokong; kedua, Hashim Mustapha; ketiga, Akmal Rizal. Kita tengok satu persatu.
Penyokong
Menyedari semangat luar biasa penyokong Kelantan Persatuan Bola Sepak Kedah dan PDRM telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Berita Harian melaporkan "..polis akan menentukan di mana penyokong Kelantan yang tiba di stadium diturunkan dan akan mengiringi memasuki stadium dengan pengawasan dan pemeriksaan ketat..". Begitulah betapa "perihatinnya" PDRM terhadap penyokong Kelantan.
Insiden kekecohan di Shah Alam pada 12 Oktober lepas menyebabkan PDRM bersiap-sedia dengan kemungkinan. Tindakan PDRM ini mungkin ada yang rasa kurang senang. Ini seolah-olah penyokong Kelantan adalah suspek yang perlu diberi perhatian serius. Tapi bagi aku ini juga satu tindakan yang baik. Sekurang-kurangnya PDRM dapat menghalang sebarang kekecohan yang mungkin terjadi. Tapi janganlah disalahkan penyokong Kelantan sepenuhnya.
Hashim Mustapha
Link..
Red Warriors tak dabik dada Hijau Kuning ada kelebihan Kekuatan seimbang
Polis tingkat kawalan keselamatan di Darul Aman Tak sabar jumpa kawan lama

Misi tebus kekalahan 1993
Hashim Mustapha |
KOTA BHARU - Pertemuan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia, Kedah menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, seolah-olah ulangan pertemuan separuh akhir Piala Malaysia 17 tahun lalu, ketika Kedah menafikan kemaraan Kelantan dengan kemenangan tipis 3-2.
Dua gol skuad Kelantan dijaringkan Hashim Mustapha dan Tuan Kamree Tuan Yahya.
Sementara dalam aksi timbal balik di Kota Bharu, Kelantan kecundang 0-1, dan menyaksikan pengadil perlawanan ketika itu, Mohd Jamil Zakaria dari Perak, diserang seorang penyokong Kelantan gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Ketika itu skuad Kelantan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, M Karathu menyenaraikan Wan Kamaruzaman Mohamad, Zahasmi Ismail, Aziz Mustapha, S Silvarajoo, Zami Mohd Nor, Mohd Zaidi Napiah, Tuan Kamree Tuan Yahya dan Hashim Mustapha dibantu pemain import Dimitri Kalkalnov, Micheal Anthony Roki dan perancang tengah Marco Kraljevic sebagai kesebelasan utamanya.
Sementara skuad Kedah bimbingan Robert Rene Alberts membariskan kapten Mohd Radhi Mat Din, Ahmad Sobri Ismail, Lee Kin Hong, Mohd Feriza Ismail, Mohd Farouk Ismail, Lee Thean Ewe, Farizuan Che Hamid, S Thanasegar, Mohd Nidzam Adzha Yusuff disamping tenaga import Tibor Szaban, Olubunmi Adigun dan Peter Nieketien dari Nigeria.
Namun, itu kisah lama. Malam esok, barisan pemain Kelantan di bawah kendalian B Sathianathan sekali lagi akan mengharungi puluhan ribu penyokong setia Hijau Kuning di Alor Setar.
Bersandarkan keyakinan tinggi, skuad yang membariskan pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin, Muhd Badhri Radzi, dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pasti mempunyai misi tertunda yang harus selesaikan di Alor Setar.
Ada dendam yang tersimpan setelah Kedah berjaya menyingkirkan Kelantan dipusingan kedua kempen Piala FA musim ini angkara peraturan gol di tempat lawan.
Sudah pasti situasi sama tidak mahu berulang lagi setelah hasrat mendakap piala tersebut dinafikan Sang Kenari.
Berbekalkan semangat 1993, sudah pasti anak buah B Sathianathan tidak mahu berputih mata untuk memburu kejuaraan piala paling berprestij di negara ini. Hanya selangkah lagi untuk melangkah ke pentas akhir dengan syarat Kedah harus disingkirkan dalam perlawanan separuh akhir pertama malam esok.
Dari Sinar Harian (Edisi Kelantan), 19 Oktober
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Akmal Rizal Rakli
Pemain yang telah menemui rentak di penghujung musim. Walaupun pernah menyumbang beberapa gol pada saingan liga tetapi masih belum mampu mengembirakan penyokong. Namun prestasinya ketika bertemu Selangor tempoh hari telah meletakan Akmal sebagai hero di kalangan peminat. Dan malam ini penyokong berharap perkara yang sama. Walaupun menentang pasukan kelahirannya, Akmal mahu buktikan bahawa dia masih lagi berbisa. Akmal pernah "ditolak" oleh Kedah untuk menyertai pasukan kelahirannya. Oleh itu dia tidak teragak-agak untuk menyingkirkan Kedah dari saingan Piala Malaysia 2010. Di kesempatan ini juga Akmal tak sabar jumpa kawan lama. Kali ini biarkan rakan lamanya pula yang menadi seteru dalam pertembungan Utara vs Timur.
Walaupun Selangor mampu ditumpaskan
Red Warriors tak dabik dada di atas kemenangan tersebut.
Misi menebus kekecewaan kepada Kedah dalam Piala FA 2010 mesti diteruskan. Bekalan selesa mesi dibawa balik bersama. Kedah pula tidak mudah menyerah kalah. Seperti juga K.Deva, Ahmad Yusof yakin
Hijau Kuning ada kelebihan. Bagi Sathia pula Kedah dan Kelantan mempunyai kekuatan seimbang.Apa-apapun, selamat berjuang. Skuad Kelantan tidak bersendiri dalam mengharungi perjuangan ini kerana penyokong setia tetap bersama.
Link..
Red Warriors tak dabik dada Hijau Kuning ada kelebihan Kekuatan seimbang
Polis tingkat kawalan keselamatan di Darul Aman Tak sabar jumpa kawan lama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..