Mukadimah bicara ada baiknya kita saksikan ini sekali lagi;
19 Januari 2010
Sebelum itu cuba renungkan sedetik kecuaian Syed Adney. Adney telah menerima "hukuman" akibat kesilapan yang dilakukan 19 Januari lepas. Kesilapan mudahnya sedikit sebanyak menggugat statusnya sebagai bekas penjaga gol kebangsaan. Kesannya juga terasa apabila dia menjadi pilihan kedua B.Sathianathan. Halim Napi yang masih disenaraikan dalam skuad Kelantan mengambil alih seketika posisi terbabit. Halim Napi dipanggil untuk memperkuatkan kembali Red Warriors. Sathia pernah menyatakan Syed Adney diketepikan seketika kerana mengalami kecederaan. Bagi peminat, mereka merasakan Adney direhatkan kerana "hukuman" akibat kesilapannya. Ketika ini Khairul Fahmi Che Mat @ Apex belum menonjol. Namun Sathia punya perancangan dan keyakinan; membolehkan Syed Adney kembali mengisi kesebelasan utama.
Syed Adney cuba melupakan kesilapannya tetapi sebahagian besar penyokong terus "menghukumnya". Setiap kali memasuki padang akan ada sorakan bbooo.. Ketika permainan berlangsung pula mata akan tetumpu padanya jika dia melakukan kesilapan. Itu cerita Syed Adney. Cerita permulaan bagaimana dia "dihukum" akibat kecuaiannya. Sekarang lupakan kesilapan Adney. Musim hampir tamat. Usahlah "dihukum" lagi. Kenanglah jasanya walaupun secalit. Salah satunya ketika menghalang sepakan penalti pemain PKNS ketika saingan Piala Malaysia pada peringkat kumpulan. Tumpuan kini adalah separuh akhir; menentang Kedah. Kedah lagi.
Tumpuan kini terarah kepada ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat @ Apex untuk menghalang Kenari terbang bebas. Prestasinya yang kosisten ketika menggalas tugas menjaga gawang menjadi taruhan Sathia dan jua penyokong setia. Statusnya sebagai penjaga gol kebangsaan tepat dengan persembahannya. Jangan biarkan kesilapan mudah mengewakan kita. Biarkan kekalahan 19 Januari lepas berlalu. Dan "kekalahan" Kelantan pada saingan Piala FA kepada Kedah harus ditebus. Kini (jika ditugaskan) Fahmi harus mempersiap diri dengan ancaman Kedah terutamanya rakannya di skuad kebangsaan, Badro Baktiar dan juga beberapa pemain lain. Badrol telah beberapa kali menjinakan beberapa penjaga gol dengan sepakan percumannya. Malah Halim Napi pernah ditewaskan olehnya ketika pusingan kedua Piala FA 2010 di Kota Bharu.
Menentang Kedah bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Walaupun prestasinya bagaikan yo-yo, barisan Ahmad Yusof ini mampu mengejutkan kita. Kemenangan Kedah ke atas Terengganu sesuatu di luar jangkaan. Keupayaan Kedah ketepikan Terengganu, pasukan tempat ketiga Liga Super musim ini, sedikit sebanyak membangkit semangat perjuangan mereka.
Helmi Heliza yang pernah menjadi taruhan Malaysia sebagai penjaga gol kebangsaan mampu mengecewakan kita. Idlan, Akmal, Hai-O mahupun Chanturu pasti berdepan cabaran getir untuk jinakkan Helmi. Tapi kita masih ada Indra, Farhan, Piya, dan Azizi yang akan membantu menundukkan bekas penjaga gol Malaysia itu.
Tumpuan kini terarah kepada Akmal. Kecemerlangannya ketika membenam Selangor Jumaat lepas mesti diteruskan. Jika sebelum ini aku sentiasa melihat Akmal sebagai "penumpang" dalam skuad Kelantan, tapi kini tidak lagi. Kehadirannya sebagai bekas penggempur kebangsaan mampu mengucar-kacirkan barisan pertahanan Kedah.
Sekali lagi dinyatakan Akmal berdepan tugas getir untuk menewaskan Helmi. Sebagai anak Kedah sudah pasti ada secalit perasaan terhadap pasukan negeri kelahiran. Akmal juga akan berdepan dengan puluhan penyokong Kedah yang sudah pasti tertumpu padanya. Namun sebagai profesional Akmal mahu buktikan bahawa dia masih lagi berbisa. Dan saat itu nanti semangat kenegerian mesti dilupakan. 2010 Akmal adalah milik rakyat Kelantan, bukan lagi milik Kedah.
Pemain bola sepak profesional adalah "milik" persatuan negeri dan sekali gus menjadi milik rakyat negeri yang diwakilinya. Pemain juga adalah "pekerja" kepada majikan, persatuan negeri. Oleh itu kesetiaan kepada majikan mesti dipamerkan. Sekali lagi diingatkan kepada penyokong Kedah, kini Akmal adalah "milik" penyokong Kelantan.
Seperti juga Azlan Ismail yang mewakili Kedah musim ini, juga mempunyai situasi yang sama dengan Akmal. Azlan Ismail, kelahiran Kelantan menunjukan kesetiaan kepada pasukan yang diwakilinya. Azlan pernah mengewakan penyokong Kelantan pada 19 Januari lalu. Walaupun kali ini Azlan tidak beraksi kerana kecederaan, aku percaya dia tetap menyokong kebangkitan Kedah, majikannya.
Nyata Sathia terkejut Kelantan menang besar pada pertembungan dengan Gergasi merah. Tapi kali ini penyokong terus mengharap skuad Sathia mengejutkan Kedah pula. Perlawanan pertama mesti dimanfaatkan. Sokongan peminat usah dirisaukan.
Tengok ni..
Sejenak sekitar piala FA
Tengok ni..
Sejenak sekitar piala FA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..