Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, Oktober 12, 2010

“Saya bukan calon Galas”

Dalam kerancakkan rakyat Kelantan menyibukan diri dengan bola sepak, kita seakan terlupa dengan satu lagi kerancakan di Kelantan. Ya.. PRK DUN Galas, Gua Musang. Masing-masing parti dan penyokong telah mempersiapkan diri bagi menghasdapi lawan masing-masing. Entri di bawah dari Sinar Harian (Edisi Kelantan)
*******************************************************************
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini. 

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam. 

Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini. 

“Tiada sebarang keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut. 

Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandi- ngan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan. 

Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. 

Terdahulu, Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh untuk memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikannya sebagai Pe- ngarah Pilihan Raya BN Galas tetapi tiada keputusan dibuat mengenai pemilihan calon. 

Najib sementara itu berkata, berkaitan soal calon, ia akan dimaklumkan pada masa yang sesuai dan bukannya sekarang. 

“Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan untuk mengetuai jentera BN dan akan memobilisasikan jentera kami untuk memastikan kemenangan BN. 

“Saya juga memberi jaminan bahawa jentera nasional akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut. 

Najib berkata, dalam pertemuan dengan Tengku Razaleigh itu, beliau meminta supaya jentera UMNO dan BN Pusat bekerjasama sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya kecil itu. 

Pilihan Raya Kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu daripada Pas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengu- ndi ialah pada 4 November.


Dari Sinar Harian (Edisi Kelantan)

Lihat ini..
*******************************************************************
Ini pula cerita PRK Parlimen Batu Sapi, Sabah. (Dari Sinar Harian juga)

Pilihan raya tidak mungkin serentak 
SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Galas di Kelantan tidak mungkin diadakan serentak.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, adalah mustahil ia akan berlaku serentak kerana pihaknya masih belum melakukan sebarang perbincangan mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi. 

"Selewat-lewatnya kita akan umumkan pada 19 Oktober depan tarikh pilihan raya iaitu dalam tempoh 10 hari daripada tarikh kekosongan kerusi itu. 

"Pemilihan tarikh bukanlah keputusan saya seorang, panel perlu berbincang mengenainya dan meneliti pelbagai aspek sebelum mengeluarkan tarikh yang sesuai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Katanya, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pilihan raya kecil diadakan serentak kerana pernah melakukannya sebelum ini di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak. 

:"Mesyuarat akan dipengerusikan saya sendiri selepas kerana sebelum ini saya bertugas sebagai pemantau antarabangsa dalam Pilihan Raya Bosnia. 

"Setakat ini, SPR juga tidak lagi dimaklumkan berhubung perkara ini oleh Speaker Dewan Rakyat, berikutan persidangan Parlimen baru bermula hari ini (semalam)," katanya. 

Kerusi Parlimen Batu Sapi dikosongkan berikutan penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta 9 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..