30 September lepas satu kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas kami sekeluarga. Malam itu ibu sedang menggoreng pisang dan ubi untuk minum malam. Habis menggoreng, ibu luba tutup api dapur. Ibu keluar bersembang-sembang di ruang tamu. Dipendekkan cerita api dapur gas terus membakar kuali yang masih lagi berbaki minyaknya sehingga kering.
Api menjulang tinggi hingga ke dinding dan syiling (rumah kami bertingkat; syiling semen). Penutup wiring terkopek dek kerana bahang panas api. Tapi wayarnya tidak rosak. Alhamdulillah, walaupun api menjulang tinggi tapi dapat dipadamkan. Nasib baik sedar awal, kalau tidak tak tahu apa jadi. Nasib baik tong gas dua biji berdekatan dapur tidak meletup. Kalau tidak... ke baabooom.. Nasib baik jugalah rumah batu, kalu rumah kayu agaknya kami dah "masak" sekali dengan pisang goreng.
Syukur, tiada kemalangan jiwa, cuma terkejut. Hmmm.. perkara yang tidak diingini kadang-kala menjelma di saat kita tidak bersedia. Agaknya itu sekadar peringatan kecil dari Pencipta. Itu baru datangnya api dunia.. Kalau datang Izrael mengambil nyawa, agaknya apalah persediaan kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..