Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Oktober 25, 2010

Gesa penganjur minta maaf

Dari Sinar Harian (24 Oktober 2010)

SHAH ALAM - Pihak yang terlibat dalam penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) perlu memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’. 

Gesaan tersebut dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berdasarkan fesyen yang ditonjolkan dalam IFF dilihat sebagai satu penghinaan terhadap Islam. 

Menurutnya, penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini. 

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat bersalah jika menyangka ‘Islamic Design’ dan ‘Islamic Fashion’ hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan berunsurkan Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum- hukum syarak. 

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat,” katanya dipetik dari blognya http://drmaza.com. 

Di IFF, seorang model yang tidak menutup aurat telah memperagakan pakaian dengan tulisan ‘Mohammad’ secara terbalik dalam tulisan Arab pada bahagian dadanya antara yang menimbulkan kontroversi. 

Katanya, Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika tersendiri. 

“Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap sebagai sebuah negara Islam yang penting,” katanya. 

Beliau turut mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. 

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip umum syarak,” katanya. 

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah mansor adalah penaung festival fesyen tersebut.

Ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..