Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, Mei 31, 2011

Jimat punya hal

Harga petro setakat ini kekal. Mungkin buat sementara waktu? Tapi tarif elektrik pula dinaikan. Apa kata orang politik? Apa kata orang ramai? Apa kata orang akademik? Apo nak dikato heh...
****************************************
ELEKTRIK: BN Bela IPP, Bebankan Rakyat
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan sekarang terus membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).
Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7%.
Katanya, IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat.
Ini, ujarnya belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikkan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka.
Semalan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun (esok) sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Menurut Herman, IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat.
“Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kenaikan tarif 7% mungkin kecil kepada pemimpin BN kerana bil mereka ditaja oleh Kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat.
Tambahnya, tetapi nilai itu amat besar kepada pemain industri dan rakyat yang mengunakan elektrik 301kW ke atas.
“Bagaimana pengusaha restoran dan peniaga-peniaga runcit pula?” soalnya.
Menurutnya, mereka juga antara pengguna sumber yang banyak kerana beroperasi lebih dari 12 jam sehari.
Maka, katanya tidak mustahil mereka akan meningkatkan nilai harga jualan mereka yang akhirnya rakyat sebagai pelanggan akhir juga terbeban.
Beliau menambah, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan yang ditamat pada Disember 2011 pula akan menyebabkan sebahagian besar isi rumah dari 5.94 juta akan terkesan.
Katanya, rakyat masih boleh menerima kadar yang lebih rendah jika Kerajaan memberikan hak pengeluaran sumber tenaga elektrik terus kepada TNB dan menghapuskan IPP sebenarnya.
Tambahnya, untuk apa BN masih mahu terus menyara dan membela IPP sedangkan sebelum 1996, kualiti sumber elektrik negara tidaklah teruk sangat dan TNB pun telah menjalankan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka.
Manurutnya, apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa.
Oleh itu, katanya DPPWP menuntut penjelasan Kerajaan berhubung nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB.
“Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran,” ujarnya.
Katanya, dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini.
“Rakyat hanya ada satu pilihan untuk mencapai impian menghapuskan IPP ini iaitu dengan menolak BN dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat melaksanakan dasar-dasar yang lebih menguntungkan rakyat,” katanya lagi.
Sumber: http://bm.harakahdaily.net (31 Mei 2011)

****************************************
TARIF ELEKTRIK DINAIKKAN BAGI TAMPUNG KOS OPERASI TNB
Kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun 2011 adalah untuk membolehkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menampung kenaikan harga bahan bakar global, terutama harga arang batu yang melonjakkan kos operasi syarikat itu. 
Namun, walaupun tarif elektrik dinaikkan, ia masih tidak dapat membantu TNB menampung kos peningkatan harga arang batu global ketika ini. Presiden dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh, menjelaskan berikutan harga arang batu yang tinggi itu, pendapatan TNB bagi dua suku pertama tahun ini menyusut berbanding pendapatan tempoh sama tahun lalu. 
Kerajaan mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan. Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan ialah pada Jun 2006.
Harga arang batu yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca utama yang menjejaskan pendapatan TNB dan ia dapat disaksikan menerusi penurunan harga saham kumpulan itu. Arang batu menyumbang kira-kira 40 peratus kepada kos bahan bakar TNB dan dengan sedikit saja kenaikan akan memberi kesan besar kepada pendapatan TNB.
Bekalan arang batu global semasa semakin terhad berikutan banjir besar di salah satu kawasan pengeluaran utamanya di Queensland, Australia awal tahun ini.
Datuk Seri Che Khalib berkata, harga arang batu semasa berada pada AS$125 satu tan, iaitu hampir 50 peratus lebih tinggi daripada paras kawalan AS$85 satu tan yang digunakan struktur tarif TNB sebelum ini sehingga menyebabkan TNB berdepan penurunan pendapatan sejak dua suku terakhir lalu.
Beliau berkata, selain arang batu, sumber bahan bakar yang digunakan oleh TNB ialah gas, iaitu sebanyak 54 peratus dan sumber hidro lima peratus.
Ketika ini, kebanyakan bekalan arang batu TNB dibeli di bawah kontrak bersyarat dengan harganya dirunding setiap tahun berdasarkan kadar semasa.
Kesan Minimum
Sementara itu, Datuk Seri Che Khalib menegaskan kenaikan tarif elektrik memberi kesan paling minimum kepada kebanyakan pengguna, berdasarkan purata bil bulanan semasa pengguna.
Berdasarkan kiraan semasa, tiada kenaikan tarif akan berlaku kepada 4.4 juta pengguna, iaitu mereka menggunakan jaluran penggunaan asas sehingga 300kwj.

****************************************
Tiada kenaikan guna 300 kWj



PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.
Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.
Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.
Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.
“Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.
“Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.
“Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.
“Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.
Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:
* Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.
* Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.
* Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.
* Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.
* Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.
* Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.
Sumber: http://www.utusan.com.my  (31 Mei 2011)

****************************************
Apa-apa jelah...