Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Mei 26, 2010

Cerita bola.; ..Dan seri lagi.

Liga Super 25 Mei 2010 diteruskan oleh Kelantan dengan berkunjung ke Alor Star menentang Kedah. Tahun 2010 telah menyaksikan Kelantan seri tanpa jaringan dengan Kedah di Alor Star untuk saingan Piala FA (perlawanan pertama). Perlawanan kedua di Kota Bharu pula Kedah bernafas lega setelah seri dengan jaringan 1-1. Keputusan itu membawa Kedah ke perlawanan suku akhir setelah mengambil kira jaringan di tempat lawan. Saingan Liga Super pusingan pertama pula Kedah berjaya membawa tiga mata dengan jaringan 1-0 ke atas Kelantan. (Imbasan kekalahan di KB)

Dan malam tadi Kelantan pulang dengan hanya satu mata setelah seri tanpa jaringan. Keputusan seri ini menjarakkan lagi mata dengan pendahulu liga, Selangor yang makin selesa setelah menundukan Pahang 3-2.

Keseluruhan permainan nampak agak seimbang di antara kedua-dua pasukan. Peluang Kedah dan Kelantan di pintu gol lawan masing-masing sentiasa mendebarkan. Kelantan yang tersenyum dengan kemenangan menentang Perlis 22 Mei lalu di Kota Bharu (2-1) tidak mampu memberi senyuman kepada penyokong pada pertemuan dengan Kedah kali ini.

Dari segi pertahanan Kelantan agak agresif mengekang lawan dari membolosi Khairul Fahmi @ Apec di pintu gol. Azizi yang mencetuskan kontrovesi ketika  menentang Perlis hujung minggu lalu kembali beraksi cemerlang. Di bahagian serangan nampaknya tidak membawa kesan yang mengembirakan. Dan ini membawa kepada kemasukan Hairuddin (ganti Indra) dan Akma (ganti Idlan). Hairuddin berluang luas untuk menjaringkan gol pada minit-minit akhir setelah menerima hantaran sepakan percuma Badri @ Piya. Dan episod seri pasukan Kelantan berterusan.

Untuk perlawanan akan datang Indra dan Daudsu berkemungkinan tidak dapat diturunkan setelah kedua-duanya menerima satu kad kuning pada malam tadi dan  satu pada perlawanan sebelum ini.

Apa-apa pun peluang untuk menggenggam Piala Liga masih samar-samar kerana Selangor masih lagi gah di persada.

Keputusan ini juga "membenarkan" kegusaran Sathianathan dan penyokong Kelantan sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..