Tahniah dan syukur Alhamdulillah. Setelah sekian lama menanti akhirnya Kelantan tercatat juga dalam senarai juara Piala Malaysia (PM). Aku rasa tidak perlu ulasan panjang kerana umum mengetahui bagaimana Kelantan menewaskan NS dengan jaringan 2-1.
Hai-O dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan, Piya pula dipilih oleh penaja bersama, 100Plus untuk menerima anugerah sama. Khairul Fahmi (Apex) walaupun tidak menerima apa-apa anugerah tetapi sumbangannya tetap disanjung.
Final PM 2009; Hai-O bersama NS, menjadi penjaring kedua perlawanan dan kedua gol NS, jaringan dengan kepala menewaskan Halim Napi. 2010, Hai-O bersama Kelantan, menjadi penjaring kedua perlawanan dan pertama Kelantan, jaringan dengan kepala menewaskan Sani Annuar Kamsani. Dua situasi dua keadaan, dua kegembiraan.
2009, salah satu gol NS diperoleh menerusi penalti yang diberikan oleh Yusuf Mat Karim setelah Zamri (pertahanan Kelantan) didakwa menjatuhkan penyerang NS di dalam kawasan penalti. Salah seorang "Si Kembar" NS berjaya tewaskan Halim Napi. 2010, sekali lagi NS dihadiahkan penalti. Kali ini giliran Sukhidin menghadiahkan penalti kerana Apex menjatuhkan Kunalan di dalam kawasan penalti, disudahi oleh Sharuain Abu Samah (penjaring pertama NS 2009), dan menewaskan Apex. NS memang "hebat" kerana sering saja memperoleh sepakan penalti.
2009, tahun penabalan Yang Dipertuan NS yang baru. Hadiah PM untuk YDP NS oleh pemain NS. Tahun 2010, giliran Kelantan pula mempersembahkan PM kepada sultan baru, Sultan Muhammad IV. Sama ada suratan atau kebetulan, skripnya seakan sama.
2009, tahun penabalan Yang Dipertuan NS yang baru. Hadiah PM untuk YDP NS oleh pemain NS. Tahun 2010, giliran Kelantan pula mempersembahkan PM kepada sultan baru, Sultan Muhammad IV. Sama ada suratan atau kebetulan, skripnya seakan sama.
Kelantan akhirnya berpeluang untuk mencium PM. Walaupun permainan Kelantan tidaklah serancak dan segarang ketika menerima kunjungan Red Giants (suku akhir) dan Kenari (separuh akhir) di KB tempoh hari, ia mampu mengembirakan puluhan ribu penyokong Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kepada penyokong Kelantan, semangat bola kita belum berakhir. Puncak Piala Emas Raja-raja akan memulakan tirainya tidak lama lagi. Dalam saingan ini Kelantan adalah gergasi yang digeruni. Juara 12 kali sudah cukup untuk mengambarkan betapa "kuatnya" Kelantan. Dalam saingan tahun ini Kelantan memburu kejuaraan ke-13.
Ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..