Dalam dunia ni kita tidak boleh hidup sendirian. Kita ada keluarga, masyarakat dan macam-macam lagilah. Selain hidup bahagia bersama keluarga,kita juga bahagia hidup bersahabat. Dan hari ini kerana mengenangkan hidup bersahabat ini, aku mencari-cari sahabat yang telah lama aku tidak hubungi. Ini semua sahabat lama (tidaklah lama sangat, adalah lebih kurang setahun lebih).
Pencarian aku melalui laman sosial internet; hasilnya terjumpalah beberapa orang. Dan perasaan aku bercampur baur mengenai berita-berita semasa mengenai sahabat aku ini. Gembira, sayu, sedih dan pelbgai perasaan lagi. Dan rata-ratanya telah pun berada pada kedudukan yang agak selesa dengan kerjaya dan bidang masing-masing.
Ada yang telah berkeluarga, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan ada juga yang telah pun hidup sebagai orang yang bekerjaya; ada yang jadi guru, ada yang berada di bahagian pentadbiran dan macam-macam lagilah. Inilah yang dikatakan rezeki Allah untuk hamba-Nya.
Melihat perkembangan terkini sahabat-sahabat, terdetik di hati aku mengenai "pencapaian" aku yang terkini, terkebelakang dan mungkin terkehadapan. Tapi itu semua seolah-olah tidak membawa apa-apa makna. Tetapi, aku percaya Allah akan sentiasa membuat percaturan kepada setiap hamba-Nya di muka bumi ini.
Dan untuk semua sahabat; tidak kira sahabat lama dan baru, sahabat lama yang tidak berhubung dan yang sentiasa berhubung, ketahuilah olehmu sahabat, aku sentiasa berdoa kepada Ilahi agar kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang sentiasa. Kejayaan yang diredhai, diberkati dan direstui oleh-Nya.
7 Januari
Penghujung 2009
7 Januari
Penghujung 2009
.:.✿ amin....jangan putus asa...(^^,)/ .:.✿
BalasPadamAmin.. x putus asa cuma putus harapan..;-)
BalasPadam