Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Ahad, Oktober 02, 2011

Kempen politik dah bermula

Antara parti-parti utama
Sejak akhir-akhir ini seakan gelombang Pilihan Raya Umum 13 makin dekat. Bila buka tv rata-ratanya berkisar politik. Siaran berita pukul 2000 - 2100, 15 minit pertama mesti berkaitan politik. Tapi ada sesuatu yang kurang. Kurang perhatian terhadap pendedahan politik matang dan adil.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak 15 minit pertama siaran tv akan mengetengahkan parti-parti tertentu saja. Dan sesetengahnya pula akan menghentam sesebuah parti atau kumpulan parti. Adilkah begitu?

Dalam dunia serba canggih begini janganlah rakyat atau lebih tepat lagi penonton hendak diperbodohkan dan dimomok serta dihidangkan berita-berita yang tidak munasabah. Carian maklumat kini lebih luas dan cepat. Mungkin info yang diterima melalui siaran berita hanya secebis kebenaran. Tapi siapa yang sedar mengenai situasi ini?

Kadang-kadang kesian juga kepada yang tidak mempunyai akses maklumat tambahan, atau lebih tepat lagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dunia teknologi maklumat. Sumber utama mereka adalah berita tv atau radio atau surat khabar. Bagi sesetengahnya sumber inilah yang utama dan tidak boleh ditakwil.

Kalau difkir-fikir balik, cerita politik saban hari cukup membosankan. Cerita yang sama tapi plot berlainan. Setiap parti ada agenda. Tuduh menuduh, kata mengata, mengadu domba menjadi mainan utama. Menjadi senjata utama. Tidak cukup dengan siaran tv ditambah lagi dengan tulisan surat khabar. Bertimbun-timbun cerita "perang" antara dua pihak. Yang jeliknya sesetengah media massa yang ada inilah menjadi tukang laga dan batu api.

Masalah rakyat belum selesai, harga barang naik mencanak, pelajar tercicir pelajaran, gejala sosial makin menjadi-jadi dan macam-macam lagi. Sepatutnya inilah yang diberi penekanan pertubuhan politik dan media massa, bukannya bercerita politik sepanjang masa.

Masih ada pihak sangsi terhadap kewibawan SPR 
Setiap kali PRU akan adalah program bersama Wakil Rakyat yang bergelar Yang Berhormat, bukan Yang Berkhidmat. Ini seolah-olah wakil rakyat hanya hidup masa PRU dan mati setelah tamat tempoh pembuangan undi.

Sudah-sudahlah bercerita politik. Kadang-kadang nak tengok tv pun rasa malas yang amat. Memanglah tv ni salah satu sumber dan punca maklumat, tapi kalau terlampau banyak maklumat yang entah betul atau tidak kita akan jadi bosan.

Minta-mintalah PRU cepat-cepat diadakan. Selepas ini cerita politik berat sebelah akan kembali normal.
...........................................
Pada perhimpunan BERSIH terdahulu satu tuntutan BERSIH adalah kebebasa media. Atau yang lebih tepat adalah hak sama rata media terhadap pertubuhan politik. Setakat ini adakah media bebas dan adil.
Sebahagian yang berarak
Baca ini juga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..