Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, Oktober 04, 2011

Impian + cita + angan = ?

Impian dan idaman
Pernah menanam impian untuk memiliki aset seperti di atas? Pernah bukan. Sebagai manusia normal kita tidak lari daripada mempunyai impian sebegitu. Kemudian kita mula berangan. Seronok betul dunia angan-angan dan imiginasi.

Banyak benda yang kita hajati sepanjang hidup. Kalau ada rezeki dapat, kalau tiada rezeki melepas. Tapi yang melepas dilepaskan dengan angan-angan dan khayalan.

Selain meterial kita juga impikan sesuatu yang tersembunyi dalam diri. Suatu angan-angan yang sentiasa subur. Impian untuk hati nurani. Contohnya seperti keluarga bahagia. Tiada siapa di dunia ini inginkan keluarga yang porak peranda, berpecah belah.

Tiada apa yang lebih penting daripada keluarga bahagia. Tapi kita hairan dalam kita mencari kebahagia hidup kita alpa dengan keluarga. Seorang kekasih sejati -kononnya - mementerai janji untuk memiliki keluarga bahagia, tapi dalam masa yang sama mereka lupakan ibu dan ayah. Impian memang tinggi tapi ibu dan ayah dipinggirkan. Agak-agaknya dapat atau tidak impian ini dalam hidup (setelah kita lupakan ibu dan ayah).

Entah dapat entah tidak impian sebegini
Ada suatu lagi impian yang besar dalam hidup kita sebagai umat Islam sebelum menutup mata; ingin menunaikan Rukun Islam kelima, menunaikan haji. Tapi impian meterial lebih besar daripada impian menunaikan haji. Tapi tidak semua begitu.

Destinasi bulan madu. Ada tak yang terfikir untuk berbulan madu di "rumah Allah" yang penuh barakah ini? Atau sekurang-kurangnya tempat ini menjadi pilihan utama destinasi pelancongan. Tapi bila sebut "melancong" kita terbayang keseronokan dunia. Ok, kita sebut "umrah". "Melancong" dan "umrah" seakan sama erti; ziarah, cuma bila sebut "umrah" kita terbayangkan Kaabah dan ibadat di "tanah suci". Alangkah bagusnya kalau impian ini terlaksana ketika jasad masih sihat, ingatan dan fikiran masih segar.

Ada satu lagi impian yang mungkin tidak ramai yang menginginkannya. Barangkali. Impian atau cita-cita untuk "mati". Mati bukan sebarang mati, tapi mati dalam keimanan dan keinsafan. Ada yang takut untuk mati. Sama ada takut kerana tidak bersedia atau takut kerana tidak mahu tinggalkan kelazatan dunia. Walaupun takut, walaupun tidak bersedia kita akan laluinya juga. Ada yang bercita-cita seperti ini?

Walau apapun impian, walau apapun angan-angan, walau apapun cita-cita, mudah-mudahan semuanya diberkati Allah. Semoga Allah memberi rahmat untuk kita semua. Insya-Allah.


Keluarga idaman

Allah jua segalanya

Pengharapan hanya kepada Ilahi
..........................
Masa tingkatan tiga dulu ayah kawe pernah berkata; "... hidup kita ni perlu ada cita-cita, kemudian kita kena berangan, lepas tu kena ada usaha. Kalau hanya bercita-cita dan berangan saja tanpa usaha semuanya sia-sia", lebih kurang begitulah katanya. Ayah kata macam tu sebab keputusan percubaan PMR kawe yang jatuh teruk. Tapi insaf kejap je. Hehehe...
Cita + angan + Usaha = ??.... Cita + angan - usaha = ?? ...


SAUJANA - Keluarga bahagia
..........................
*Semua gambar copy & paste daripada google, kemudian letak nama sendiri (ramboview) Hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..