Kelantan mengesahkan trofi Liga Super 2011 milik mereka apabila menewaskan Sabah 2 - 1 di Likas, Kota Kinabalu. Dua jaringan menarik Matyo memusnahkan impian Sabah untuk menjinakan Kijang di laman sendiri. Walaubagaimanapun impian untuk melihat penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha, mendakap "kasut emas" berkecai apabila Abdul Hadi Yahya, penyerang Terengganu berjaya memintasnya. Matyo yang menjaringkan 19 gol kempunan kepada Hadi yang mencipta 20 gol, hanya satu gol perbezaan.
Kelantan sahkan kejuaraan
KUALA LUMPUR - Kelantan cemas seketika sebelum mengesahkan kejuaraan Liga Super 2011 apabila diasak pasukan tuan rumah Sabah pada babak akhir perlawanan, sebelum menang 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam.
Peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-5 dan ke-71.
Selepas jaringan kedua itu, Kelantan yang hanya menantikan wisel penamat dibunyikan, cemas apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.
Jaringan tersebut menyuntik semangat pemain Sabah untuk memburu gol penyamaan dengan melakukan asak bertali arus, namun gagal menembusi gawang Kelantan yang dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.
Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor dan Terengganu. Laporan lanjut: www.utusan.com.my
Penantian Kijang berakhir
TROFI Liga Super yang amat diidam-idamkan akhirnya berada dalam dakapan Kelantan buat kali pertama selepas skuad gergasi Pantai Timur itu menewaskan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir liga malam tadi.
Penyerang sensasi Norshahrul Idlan Talaha beraksi cemerlang dengan menyumbat dua gol pada setiap babak namun tiada keceriaan berganda untuknya apabila dia sekadar mengumpul 19 gol daripada 26 perlawanan, dipintas pada saat akhir oleh penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahaya yang meraih 20 jaringan untuk muncul penjaring terbanyak hasil ledakan empat gol ketika membantu Terengganu membelasah Felda United 6-2.
Gelaran juara Liga Super itu satu sejarah buat skuad The Red Warriors yang sering kempunan untuk menempatkan diri di kalangan pasukan elit sejak 1979 kerana cubaan mereka paling hampir adalah muncul naib juara di belakang Selangor pada tahun lalu.
Kemenangan ke atas Sabah membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata, meninggalkan Terengganu di tempat kedua dengan 53 mata manakala Selangor yang sekadar seri tanpa jaringan menentang Perak di Ipoh tersingkir ke tangga ketiga apabila ketinggalan empat mata di belakang sang juara. Laporan lanjut: www.hmetro.com.my
Milik Kelantan
NORSHAHRUL Idlan Talaha membuktikan bisanya apabila menyumbat dua gol untuk membantu Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi.
Namun, dua gol penyerang kebangsaan itu gagal membantunya memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga selepas penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya meledak empat gol ketika Terengganu membelasah FELDA United 6-2.
“Kejayaan ini memberi motivasi terbaik buat kami untuk menghadapi misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas ini,” kata pengendali Kelantan, Datuk M Karathu. “Pada awalnya memang situasi agak tertekan, tetapi gol pembukaan Norshahrul sedikit meredakan tekanan. Laporan lanjut: www.bharian.com.my
*Buat sekian kalinya Piya menyambut lontaran Daudsu sebelum dihantar kepada Matyo untuk jaringkan gol. Dan sekian kali juga Piya membuat hantaran utk disudahkan oleh Matyo.
*Apa punya malanglah Felda United FC. Tewas 2-6 kepada Terengganu di laman sendiri sesuatu yang memalukan. Sebelum ini tewas 0-6 kepada Kelantan di Kota Bharu..
Terengganu ratah FELDA United
JUARA Piala FA, Terengganu yang turun dengan harapan memintas Kelantan di persada liga sekiranya pendahulu itu tumpas di Sabah, berpesta gol ketika membenam FELDA United 6-2 di Stadium MBPJ malam tadi - kemenangan yang melonjak pasukan kendalian Irfan Bakti Abu Salim ke tangga kedua liga selepas Selangor sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak.
Tanpa menghiraukan keputusan Kelantan yang mengesahkan kejuaraan selepas membenam Sabah di Stadium Likas, Terengganu yang perlu menang besar mengganas sebaik bermula dan memerlukan tempoh enam minit untuk membolosi skuad E Elavarasan dengan tiga gol - bermula jaringan minit ke-16 Reeshafiq Alwi, Abdul Manaf Mamat dan pemburu kasut emas Liga Super, Abdul Hadi. Laporannya di: www.bharian.com.my
*Pemain Kelantan pilihan Ong Kim Swee
Ong Kim Swee menyenaraipendek pemain pilihan untuk menyarung jersey kebangsaan untuk menentang Chelse. Apa yang menari lima pemain Kelantan yang turut mendapat kepercayaan Kim Swee. Antaranya kapten BADRI RAZI, DAUDSU JAMALUDIN, IZUAN SOLAHUDIN, dan RIZAL FAHMI, dan SUBRAMANIAM.. Sumber ini diperoleh dari: suarasukan1mas.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..