Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Oktober 21, 2011

Cerita bola: RTM kembalikan semangat bola kita

Radio Televisyen Malaysia
Terima kasih RTM kerana kembali menyemarakan kembali arena sukan negara, khususnya bola sepak. Setelah "hilang" hak penyiaran RTM sunyi seketika dalam penyampaian info sukan. Ini sekaligus meresahkan peminat sukan tanah air. Dan tidak kurang juga yang terus menghentam RTM yang gah dengan slogan "Sukan terbaik hanya di RTM".

Siaran langsung perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan - Terengganu menjadi pengubat duka kepada peminat suara Datuk Hj. Hasbullah Awang dan kepetahan Hafizal Hamad di depan kamera.

Sementelah kembalinya RTM dalam penyiaran siaran langsung, teringin rasanya untuk kembali mengadap tv menonton "Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Fokus Bola dan Sekilas Liga". Info yang dimuatkan dalam rancangan ini sedikit sebanyak membantu menaikan semula sukan bola kita.

Rata-rata peminat bola sepak lebih menumpukan bola sepak asing berbanding bola sepak tempatan. Salah satu puncanya (tumpuan kepada bola asing) adalah kerana liputan meluas media massa. Belek surat khabar, tonton siaran tv, semuanya gah dengan laporan dunia sukan negara asing.

Untuk mengalihkan sedikit tumpuan orang kita ke arah dunia luar, ada baiknya media kita memberi tumpuan yang lebih kepada sukan tempatan. Dengan cara ini masyarakat kita (mungkin) akan lebih mengetahui sukan negara kita berbanding dengan negara luar.
Liga Super 2011
Untuk saingan Liga Malaysia, RTM kembali "agresif" dengan penyiarannya. Hampir semua perlawanan disiarkan oleh RTM. Secara mudahnya dalam seminggu RTM menyiarkan siaran langsung dengan penuh.

Pada 18 Oktober '11, RTM - Astro Arena, saling bertukar visual untuk lintas lansung semasa perlawan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia. Ini menunjukkan ada suatu kerjasama yang erat. Mudah-mudahan untuk tahun-tahun akan datang kerjasama ini terus berlangsung demi sukan tempatan.
Kesepakatan memartabatkan sukan negara
Untuk musim 2012, belum tentu lagi RTM bertindak sebagai penyiar kerana hak penyiaran utama masih lagi dipegang oleh Astro. Tapi rasanya itu bukan alasan.
_________________________________
Taip "RTM" dalam kotak "carian MyView" (sebelah kanan) untuk melihat lain-lain catatan mengenai RTM - Siaran langsung bola sepak (luahan hati).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..