Umum mengetahui Kelantan terpaksa melepaskan trofi Piala Malaysia lebih awal. Mengimbas kembali detik malang Kelantan; terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan jiran terdekat, Terengganu, pada saingan suku akhir. Terengganu gah menundukan Kelantan di laman sendiri dengan jaringan 3-1 (10 Oktober). Lebih perit lagi Kelantan bukan saja tewas dengan jaringan tapi tewas dengan jumlah pemain. Shakir, Daudsu dan Muhd. Aziz diperintah keluar padang kerana didakwa mengasari pemain lawan. Sementara Terengganu pula kehilangan Ismail Faruqi dan Zubir Azmi.
"LIMA kad merah dan lebih 10 kad kuning yang dilayangkan dalam tempoh 90 minit pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan kelmarin sudah cukup membuktikan betapa mutu pengadilan bola sepak di negara ini berada pada tahap memalukan. "(Kosmo!: Pengadil bertindak ikut emosi)
14 Oktober menjadi penentu nasib Kelantan. Semangat wira merah diteruskan di SSM IV, tapi malang, semangat yang membara tinggal abu. Kelantan perlu bangkit pada awalnya tapi bengkok akhirnya setelah hanya mencatat seri 2-2. Walaupun ditemani lebih 25,000 penyokong di dalam stadium (tidak termasuk di luar perkarangan stadium) gol kemenangan yang diburu tidak kunjung tiba.
Ashaari Samsudin menjadi pencetus kemusnahan impian Kelantan setelah menjaringkan dua gol awal. Azamuddin dan Piya berjaya menyamakan kedudukan tetapi jaringan itu tidak mampu membawa Kelantan ke peringkat separuh akhir. Akhirnya Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Terengganu. Nyata psikologi menjadi penentu Terengganu untuk memadamkan hasrat Kelantan menyimpan trofi PM lebih lama.
____________________________________
Mungkin kehangatan Kelantan tidak sama seperti sebelumnya. Mungkin ini juga sudah terbayang ketika saingan liga lagi. Seri dengan Terengganu di SSM IV - pusingan pertama liga - bagaikan ada yang tidak kena. Namun pusingan kedua Liga Super Kelantan tampil garang dengan jaringan 3-0 di tempat lawan (6 Jun '11). Selang beberapa hari (11 Jun) Terengganu kembali menceriakan penyokongnya setelah menundukan Kelantan dengan jaringan 2-1 untuk merebut Piala FA. Kekecewaan kepada Terengganu tidak berakhir di situ; Kelantan kecundang untuk melihat pemainnya mendakap "kasut emas", setelah Matyo hanya ketinggalan satu gol kepada Hadi Yahya.
Musim lalu Kelantan hanya tewas kepada kedah kerana sedikit kesilapan Syed Adney. Musim ini Kelantan tewas empat kali daripada 26 perlawanan, termasuk tewas besar kepada Perak, 4-0.
Di sebalik kekalahan ini Kelantan, khususnya penyokong, tidak harus terus berduka. Musim 2011 Kelantan berjaya mendakap dua trofi baru, Piala Sumbangsih dan Piala Liga Super. Sebagai juara liga, Kelantan berpeluang mempertahankan Piala Sumbangsih pada tahun hadapan. Lawannya adalah juara PM, sama ada Terengganu, T-Team, Negeri Sembilan atau Selangor.
Sekiranya Negeri Sembilan beraksi pada final PM tahun ini, sudah pasti ia sesuatu yang menakjudkan bagi Hai-O. 2009, Hai-O bersama NS menjuarai PM. 2010 Hai-O bersama Kelantan menjuarai PM. 2009 dan 2010, penyumbang gol adalah Hai-O. Lebih manis Hai-O dinobatkan pemain terbaik final 2010; (Akhirnya Piala Malaysia ke Kelantan). Jika NS berjaya menawan kembali PM, Hai-O adalah pemain yang bertuah. Dan untuk itu Hai-O sedia "mengamuk" untuk meremukan lawan.
Sekiranya T-Team berpeluang untuk ke final, ia juga detik gembira buat Indra Putra dan Norfahan Muhammad. 2009 dan 2010, keduanya berjaya mengecapi final ketika bersama Kelantan.
Kegemilangan bola sepak Kelantan belum berakhir; Piala Emas Raja-raja dan Liga Futsal Kebangsaan menjadi impian terakhir untuk musim ini. Walaupun berada dalam persatuan yang berbeza, Piala Emas (Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan) dan Futsal (KAFA), menjadi pengubat duka buat penyokong. Untuk saingan liga futsa Kelantan mungkin bukan pasukan pilihan, tapi untuk Piala Emas Raja-raja, Kelantan adalah jaguhnya.
Terima kasih kepada B.Sathianathan dan Datuk M.Karathu kerana meletakan Kelantan sebagai pasukan ternama untuk musim lalu dan musim ini. Saingan untuk musim depan masih lagi menjadi tanda tanya, sama ada pemain import, penganti M.Karathu sebagai jurulatih, saingan AFC dan format liga yang sentiasa berubah-ubah.
________________________
Sekilas persaingan Kelantan 2011
LIGA SUPER
MALAYSIA 2011 PUSINGAN PERTAMA
|
|||
BIL.
|
TARIKH
|
PASUKAN
|
KEPUTUSAN
|
1
|
29/01
|
Selangor vs Kelantan
|
0 – 2
|
2
|
01/02
|
Kelantan vs
Terengganu
|
1 – 1
|
3
|
12/02
|
Kelantan
vs Johor FC
|
4 – 1
|
4
|
15/02
|
Kuala Lumpur vs Kelantan
|
0 – 2
|
5
|
25/02
|
Kedah vs Kelantan
|
1 – 1
|
6
|
01/03
|
Kelantan
vs Negeri Sembilan
|
3 - 0
|
7
|
12/03
|
Pahang vs Kelantan
|
2 – 0
|
8
|
01/04
|
Kelantan
vs Harimau Muda A
|
2 – 1
|
9
|
05/04
|
T-Team vs Kelantan
|
4 – 3
|
10
|
09/04
|
Kelantan
vs Felda United
|
6 – 0
|
11
|
12/04
|
Perak vs Kelantan
|
4 – 0
|
12
|
16/04
|
Kelantan
vs Sabah
|
0 – 0
|
13
|
19/04
|
Perlis vs Kelantan
|
1 - 5
|
LIGA SUPER
MALAYSIA 2011 PUSINGAN KEDUA
|
|||
BIL.
|
TARIKH
|
PASUKAN
|
KEPUTUSAN
|
1
|
22/04
|
Kelantan vs Perlis
|
4 – 0
|
2
|
26/04
|
Kelantan vs Selangor
|
1 – 0
|
3
|
30/04
|
Kelantan vs Kuala
Lumpur
|
2 – 0
|
4
|
03/05
|
Johor FC vs Kelantan
|
0 – 2
|
5
|
06/05
|
Kelantan vs Kedah
|
2 – 0
|
6
|
10/05
|
Negeri Sembilan vs Kelantan
|
0 – 0
|
7
|
19/05
|
KL Felda United vs Kelantan
|
1 – 3
|
8
|
22/05
|
Harimau Muda A vs Kelantan
|
2 – 2
|
9
|
25/05
|
Kelantan vs T-Team
|
1 - 2
|
10
|
28/05
|
Kelantan vs Pahang
|
1 -0
|
11
|
06/06
|
Terengganu vs Kelantan
|
0 -3
|
12
|
14/06
|
Kelantan vs Perak
|
1 -0
|
13
|
06/07
|
Sabah vs Kelantan
|
1 -2
|
PIALA FA 2011
|
|||
BIL.
|
TARIKH
|
PASUKAN
|
KEPUTUSAN
|
1
|
18/02
|
T-Team vs Kelantan
|
1 – 1
|
Penentuan penalti
|
5 – 6
|
||
2
|
04/03
|
Johor FC vs Kelantan
|
0 – 1
|
3
|
15/03 (Suku akhir 1)
|
Kelantan
vs Felda United
|
2 – 2
|
4
|
19/03 (
|
Felda United vs Kelantan
|
0 – 3
|
5
|
13/05 (
|
Selangor vs Kelantan
|
1 - 5
|
6
|
16/05 (
|
Kelantan
vs Selangor
|
1 - 1
|
7
|
11/06 (Akhir)
|
Kelantan
vs Terengganu
|
1 - 2
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..