Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, Mei 24, 2011

Cerita bola: Final makin hampir, RTM masih membisu dan membatu

Perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011 (Kelantan vs Terengganu) makin hampir tetapi RTM masih membisu dan membatu. Buat sekian kalinya RTM masih membatu terhadap tuntutan sebahagian peminat bola sepak tempatan supaya diadakan siaran langsung liga tempatan.

Jika RTM tidak berhasrat menyiarkan siaran langsung Final FA Cup 2011 yang bakal berlangsung pada 11 Jun ini, maka RTM telah mencipta satu rekod sejarah. Sejarahnya adalah buat pertama kali perlawanan akhir bola sepak tanpa kelibat RTM sebagai penyiar rasmi.

Rundingan. Perbincangan. Tawaran. Itulah di antara alasan yang diberikan oleh RTM untuk tidak menyiarkan siaran langsung sehingga kini. Sejauh mana perbincangan, rundingan dan tawaran yang dilakukan oleh RTM dengan penyiar rasmi bagi tahun 2011, Astro? Apakah perkembangan itu ada kembangnya? Atau telahpun mengucup dan mengecup?

Untuk mengekalkan slogan "'Sukan Terbaik Hanya Di RTM", diwujudkan pula rancangan "Stadium Angkasa". Bersiaran pada pukul 10:00 malam setiap Selasa. Aku tak tahulah rancangan ini yang diacarakan oleh Hafizal Hamad bersiar secara langsung atau rakaman. Sekarangpun tak tahu episod ke berapa. Yelah, aku tak pernah tengok. Macam mana nak tengok, setiap Selasa biasanya berlangsungnya perlawanan bola sepak, Liga Super. Kalau tak tengok di stadium, aku tengok di Astro Arena, 801. Jadi mana ada masa.

SA mengetengahkan pelbagai jenis sukan tanah air (mengikut laporan akhbar). Bersiaran pada pukul 10:00 hingga 11:00 malam (sekali lagi diulang). Liga Super biasanya betul-beul habis (kalau tak betulpun hampir-hampir betul) pukul 10:45 malam. Bagi yang ke stadium mungkin mereka ambil masa di antara 30 minit (sebaik wisil penamat) hingga satu jam untuk sampai ke rumah. Maknanya hasrat untuk tengok SA (kalau ada yang berminatlah) mereka akan terlepas peluang. Bagi yang memang duk kat rumah (tengok Liga Super melalui Astro Arena - sekali lagi diulang) mereka akan ada masa lebih kurang 15 minit untuk menjengah seketika TV1. Tapi kebiasaanya juga Liga Super yang dipancarkan siaran langsung oleh Astro mahupun RTM (dulu), akan selesai hampir-hampir pukul 11:00 malam. Berapa minit lagi yang tinggal sebelum SA habis?

Persoalan juga timbul, siapa golongan sasar yang diingini oleh SA? Golongan peminat sukan tanah air, atau golongan peminat sukan yang tak minat bola sepak tempatan? Bagi peminat sukan yang tak minat bola sepak tempatan mereka boleh tonton rancangan SA, sebabnya mereka tak ke stadium dan tak "ke" Astro Arena.

SA dihoskan oleh Pengulas Sukan Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 (baca). Ada ke orang nak tengok?

BERWIBAWA
Datuk Hj.Hasbullah Awang, Jasnie Safie, Hafizal Hamad, di antara pengulas sukan terbaik RTM. Begitu juga dengan beberapa bekas pengulas RTM seperti Hj.Zainal Abidin Rawop, Shaukie Kahar (pengulas Astro Arena sekarang) dan Dahlan Maamor. Mereka ini begitu dekat dengan RTM. Tapi sayang..

Sayanglah sebab beberapa segmen sukan dahulu di RTM kini berkubur. "Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Fokus Bola", antara segmen sukan yang terbaik.

FACEBOOK
Sehingga catatan ini ditulis (pukul 0054), laman sosial Facebook yang mendesak "orang kuat" RTM menyiarkan siaran langsung berjumlah hanya 7290 sahaja. Sasarannya 100,000, tapi nampaknya susah lepas target.

Kita tak tahu bagaimana lagi untuk merayu agar siaran Langsung percuma dapat diadakan semula. Slogan-slogan "RTM teman setia anda", "RTM Tetap unggul" barangkali hanya tagline semata-mata.

1 ulasan:

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..