Muammar Gaddafi (Libya) |
Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, akhirnya menemui ajal dalam satu pertempuran dengan penentangnya. Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun setelah menggulingkan Raja Idris pada tahun 1969. Rampasan kuasa Gaddafi daripada Raja Idris dikatakan berlaku ketika Raja Idris ke luar negara kerana mendapat rawatan kesihatan.
Pada 23 Ogos 2011, Gaddafi digulingkan -kuasai pemerintahan- oleh penentangnya (penentangan sebenar bermula Februari 2011 lagi). Pemerintahan yang dikatakan ditaktor dan zalim menjadi punca sebilangan besar rakyatnya bangun memberontak.
Detik-detik akhir riwayat Gaddafi sungguh menyayatkan. Gaddafi diserang oleh kumpulan pemberontak di Sirte, Libya, ketika bersembunyi di dalam pembentung saluran air. Gaddafi dipercayai ditembak di perut dan kepala oleh kumpulan penentang. Gaddafi diheret keluar dari lubang persembunyian oleh pemberontak dalam keadaan masih bernyawa.
Selain ditentang oleh puak penentangnya, Gaddafi turut ditentang oleh Pertubuhan Perjanjian Antlantik Utara (NATO), kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu, dengan “kebenaran” PBB. Mahkamah jenayah antarabangsa mengkehendakinya kerana membunuh orang awam.
Sebelum terperangkap dan terbunuh, Gaddafi dan pengikutnya terlebih dahulu diserang jet pejuang NATO dalam usahanya cuba lolos dari tertangkap. Kecederaan pada kedua belah kaki yang dialaminya dikatakan punca Gaddafi bersembunyi di dalam pembentung. Turut ditangkap bersamanya adalah Mo’tassi, anaknya.
Pada mulanya mayatnya dibawa ke masjid di Misrata. Kemudian mayatnya menjadi rebutan. Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) memberi bayangan bahawa mayat Gaddafi akan diserahkan kepada suku kaum Gaddafi untuk dikebumikan di tempat rahsia. Bagi pemberontak pula mereka juga menuntut mayat Gaddafi kerana beranggapan mereka bertanggujawab ke atas mayat Gaddafi kerana merekalah yang menangkap (membunuh) Gaddafi.
Gaddafi dipangku |
Mayat Gaddafi disimpan di sebuah pasar raya di Misrata, untuk tatapan umum. Walaupun bau mayat mula membusuk dan mereput, belum ada kata putus lagi bila mayatnya hendak dikebumikan.
...................................
Begitulah sekilas mengenai Gaddafi yang ditentang oleh rakyatnya habis-habisan. Di sebalik tentangan ini juga ada kuasa luar lain yang turut sama campur tangan. Seperti biasa negara gila kuasa, Amerika Syarikat (AS) adalah pihak yang lebih sudu dari kuah. Begitu juga dengan Perancis.
Walau bersalah sekalipun Gaddafi semasa hayatnya, janganlah jenazahnya diaibkan. Sebaik-baiknya jenazah itu dikebumikan dengan secepat mungkin, bukan dengan membuat tayangan umum umpama barang hiasan.
Penentangnya bersorak dan bergembira dengan kematian Gaddafi. Bagaimana pula dengan ahli keluarganya?
Kawe bukan menyokong Gaddafi, dan tidak pula di sebelah penentangnya; tetapi sebagai seorang Islam kita patut bersimpati di atas setiap kematian. Kini, negara bukan Islam makin bersorak dan bergembira melihat sebuah lagi negara Islam bergolak.
AS yang turut memerangi Saddam Hussien pada 13 Desember 2003. Kemudian hayat Saddam berakhir di tali gantung pada 30 Desember 2006. Kononnya atas dasar demokrasi dan keprihatinan, AS menyerang Iraq.
Saddam Hussien (Iraq) |
Sebelum ini Tunisia dan Mesir turut bergoyang dengan rampasan kuasa. Dan yang menanti tiba nasib seperti Mesir dan Libya adalah Syiria dan Yaman. Semuanya bangun menentang pemerintah. Pemerintah dikatakan zalim dan mementingkan kuasa dan harta.
Hosni Mubarak (Mesir) |
Zine al-Abidine Ben Ali (Tunisia) |
Bashar al-Assad (Syiria) |
Ali Abdullah Salleh (Yaman) |
Apa sudah jadi dengan negara Islam? Semuanya bagaikan tidak kena. Nama sahaja negara Islam tapi corak dan cara hidup rakyat dan pemerintahan tidak menggambarkan ajaran Islam. Negara bukan Islam pasti pihak yang terlebih gembira kerana satu persatu negara Islam retak dan berpecah belah.
Di sebalik itu juga akan ada pihak yang cuba masuk campur dalam pentadbiran negara yang baru berantakan ini. Alasannya ingin berbakti. Kemudian hasil bumi akan turut dikaut sebagai hadiah kerana “membantu”. Sungguh licik.
Di Tunisia; "Rakyat Tunisia semalam mula mengundi buat kali pertama selepas ‘Kebangkitan Arab’ yang juga menjadi pilihan raya bebas julung kali dalam sejarah negara itu. Pilihan raya berkenaan yang dijangka memberi perkongsian kuasa kepada parti berhaluan Islam, dijangka menjadi kayu pengukur untuk negara Arab lain yang berdepan dengan kebangkitan rakyat hingga mengubah keadaan politik atau kerajaan". (www.hmetro.com.my)
Mudah-mudahan Malaysia ini terhindar daripada kesan-kesan negatif seumpama ini.
..............................
Jengok ini: Islam bergolak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..