Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Ahad, Mac 20, 2011

Cerita bola: RTM jawab

Isu siaran langsung Liga M: RTM masih bincang dengan Astro

PERBINCANGAN masih belum selesai.
Itu punca mengapa Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) masih gagal membuat siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) sehingga ke hari ini.
Menurut Pemangku Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail, RTM tidak dapat menyiarkan perlawanan Liga Super, Liga Premier dan Piala FA kerana masih belum mendapat hak untuk berbuat demikian.
"RTM masih dalam perbincangan dengan pihak Astro dari segi pembelian hak siaran. Sebelum ini, hak siaran tersebut dipegang oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) melalui MSL (Malaysia Super League Sdn. Bhd.).
"Tetapi bermula musim 2011, MSL telah menjual semua hak siaran kepada Astro dan RTM perlu membelinya daripada Astro.
"RTM ditawarkan RM6 juta untuk hak siaran televisyen percuma sahaja dan tidak termasuk hak siaran radio dan media baru seperti sebelum ini," katanya menerusi satu kenyataan kepada Kosmo! semalam.
Namun tegas Norhyati, siaran bola sepak tetap merupakan sebahagian agenda siaran sukan negara yang perlu diberi perhatian sama dengan sukan-sukan lain seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan sebagainya.
"Berhubung kegagalan RTM menyiarkan secara langsung perlawanan akhir badminton Seluruh England antara Datuk Lee Chong Wei bertemu Lin Dan pula, RTM tidak mempunyai hak siaran perlawanan tersebut.
"Hak siaran semua perlawanan Siri Super 2011 bagi televisyen berbayar dan percuma telah dibeli Astro.
"Bagaimanapun, RTM sedang berusaha dan dalam perbincangan untuk mendapatkan siaran badminton yang lain daripada Astro untuk disajikan kepada penonton setia RTM.
"RTM sentiasa berusaha untuk memartabatkan sukan tempatan lain supaya slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM' masih lagi relevan," jelasnya.
Rabu lalu, Kosmo! menyiarkan laporan tentang peminat yang kecewa dengan ketiadaan siaran langsung Liga M di RTM lalu mewujudkan satu laman Facebook yang dinamakan Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..