Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Mac 02, 2011

Cerita bola: Dah nasib Negeri Sembilan

Rusa terkena bisa, Kijang melompat riang. Itulah kata-kata yang dapat aku katakan. Tewas 3-0 kepada Kelantan adalah sesuatu yang pahit bagi NS, lebih-lebih lagi kepada Wan Jamak yang telahpun menerima kata dua daripada Presiden mereka.

Sebelum itu kita tinjau sekitar sebelum perlawanan: Kaunter tiket dikatakan dibuka sejak pukul 11:00 pagi lagi. Seperti biasa, penyokong beratur panjang. Tapi aku bernasib baik walaupun terlewat. Jam 3:00 petang, tiket masih ada. Kali ini tidak ramai yang berkerumun. Mungkin ini tiket tambahan.

Pintu stadium dibuka awal agar tidak berlaku kesesakan. Sebelum azan Maghrib penyokong-penyokong berduyun-duyun beratur. Ya, sebelum Maghrib. Lebih kurang 7:29 malam azan berkumandang. Dan, berduyun-duyun jugalah penyokong membanjiri surau berdekatan stadium dan surau IPK Kelantan di seberang jalan. Aku tak pasti surau di aras atas bangunan medan selera MPKB-BRI dibuka atau tidak.
Menanti azan Maghrib berkumandang (surau stadium)

Ada yang masuk stadium sebelum azan.. Apa nak dikata. Dalam menunaikan kewajipan ini ada sesuatu yang tidak manisnya; kedengaran dengan jelas dan kuat dari ruang stadium insan-insan yang bergelar penyokong duk meniup venuzuala (macam tu agaknya ejaannya), wisel, bersorak terpekik telolong. Walaupun taknak solat tapi janganlah ganggu orang.

Seperti biasa lori tangki air MPKB-BRI tersedia bersebelahan surau. Walaupun surau ini telah ada paipnya, tapi MPKB turut menyediakan lori tangki untuk para jemaah mengambil wuduk. Jadi takdelah jemaah duk beratur panjang kerumum paip surau.

Dalam stadium: Kali ini limpahan penonton hingga ke pagar. Seperti biasa, sokongan yang tidak pernah menghampakan pasukan. Di sudut tempat duduk astaka ada sekelompok penyokong NS. Berani juga mereka datang. Tahniah kerana berani.

Juga seperti biasa, kehadiran penonton wanita "tidak" dialu-alukan oleh sebahagian penyokong yang tolol. Lalu saja depan scoreboard mereka akan disambut dengan balingan bekas air, keropok lekor "khas" untuk acara sambutan, dan juga sekali-sekali balingan burger sejuk. Pekikan, jeritan, lolongan sudah pasti acara wajib untuk sambutan ini. Ada wanita yang "bernasib"  telah menerima bekas air dan keropok di atas kepala. Rambut mereka akan tersalut dengan losyen istimewa berupa pencicah keropok. Itulah yang sering berlaku di SSM IV. "Hadiah" yang selalu diberi oleh mereka yang babil dan tolol.

Ada bomoh di stadium? Entah dari mana pakcik ni sorang; bertubuh agak gempal, pakai jaket hitam berlencana sebuah parti politik. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu (depan score board) sambil menadah tangan. Mungkin menjampi agar Kelantan menang untuk sekian kalinya. Kemudian seperti lagak seorang pendekar dia bersila dan menumbuk bumi. Serentak dengan itu bergema sorakan dari bangku penonton. Hhah..agaknya dia ni ada masalah mental.


Sesi pemanas badan oleh kedua-dua pasukan menerima sorakan macam biasa. Tapi sebelum perlawanan bermula NS telah menerima satu tampanan. Bola mereka dicuri. Ya, diambil oleh penyokong ketika mereka memanaskan badan. Bola yang ditendang oleh salah seorang pemain NS terus ke tepi padang, di pagar yang mengelilingi stadium (berhadapan score board). Agak lama bola di situ tanpa dipedulikan oleh pemain. Mungkin takut untuk mendekati. Akhirnya, ada yang culas, menghulur tangan di celah-celar pagar ini untuk mengambil bola "percuma" berserta dengan dosa percuma kerana mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Kemudian, bila ada pemain yang cuba mencari-cari bola itu, mereka disorak. Cari punya cari tak juga jumpa-jumpa.

Separuh masa kedua ada sedikit kekecohan penonton di score board. Ada pergaduhan sesama sendiri. Mungkin daripada golongan yang babil dan tolol. Mungkin kerana insiden balingan objek. Ada yang tak puas hati lalu bertumbuk. Akhirnya ditenangkan oleh pihak polis. Tangkapan? Tak tahu ada tangkapan atau tidak.

Itu kisah penonton. Sekarang kisah pemain. Daudsu, Nurul Azwan Roya, Idlan, Khalid, Rizal Fahmi Rosid dan Apex harus diberi pujian. Kesukaran penyerang NS untuk menjaringkan gol dek kerana adanya Daudsu yang sentiasa menghampakan mereka. Sepanjang tempoh 90 minit, Daudsu sukar dilepasi oleh barisan serangan Wan Jamak. Apex pula hanya sesekali saja diuji.

Nurul Azwan pemain yang paling rajin dan paling banyak membuat hantaran cantik malam tadi. Gerakan lincahnya sukar dihalang oleh benteng pertahanan lawan. Sepakan percumanya juga pencetus gol pertama Kelantan. Sepakannya bijak disambut oleh Rizal Fahmi di tepi garisan sebelah kanan gol NS. Rizal dengan aksi tandukan terbang bijak menyambut bola Azwan sebelum disambung oleh S.Chanturu juga dengan tandukan terbang paras pinggang. Dan hasilnya Kelantan mendahalui dengan 1-0.

Khalid yang dibawa masuk menggantikan Ramzul tidak menghampakan penyokong. Pada awalnya langkah Khalid agak terbatas. Kemudian Khalid semakin yakin dan dapat menyesuaikan diri dengan permainan pantas malam tadi. Lorongannya untuk Idlan di luar kotak penalti telah menjelmalkan gol kedua Kelantan. Tidak lama selepas itu Khalid menarik perhatian penonton dengan gerakan yang cukup menarik. Gerakan "kencing anjing"nya untuk Idlan membuahkan gol ketiga Kelantan.

Dua gol cantik daripada Idlan cukup menarik. Gol pertamanya hadir setelah membuat rembatan cantik melambung melepasi jangkauan Farizal Marlias, penjaga gol NS. Gol keduanya lebih menarik. Menerima hantaran menarik daripada Khalid, disudahi dengan jaringan menarik. Bola melambung tinggi  mengelirukan dan melepasi kepala Farizal. Bagi penyokong yang berada di belakang gol NS, mereka juga tidak menyangka bole itu boleh masuk. Jangkauan awal bola itu melepasi palang gol, tapi akhinya hanya melepasi kepala Farizal.

Menarik menarik menarik menarik... Itulah gambaran untuk perlawanan malam tadi.
Derita Rusa di laman Kijang


Bagaimana dengan Hairuddin Omar, pemain baru NS, bekas penyerang Kelantan musim lalu? Pemain Terbaik Pelawanan Akhir Piala Malaysia 2010 ini tidak dapat bergerak bebas. Setiap langkahnya diawasi dengan begitu rapi oleh setiap pemain Kelantan terutama di bahagian tengah dan pertahanan. Pernah menewaskan Halim Napi pada Final PM 2009 ketika mewakili NS. Tapi pada pertemuan ini Hai-O gagal menewaskan Khairul Fahmi Che Mat, junior Halim.

*Pujian harus diberikan juga untuk Nizab Ayub yang turut membantu Kelantan seri dengan Kedah pada 25 Feb.'11 lalu. Kelantan hampir menemui kekalahan apabila ketinggalan 1-0 kepada Kedah. Nizab yang masuk sebagai gantian bijak membuat hantaran ke dalam kawasan Kedah sebelum disambut oleh Idlan dan melepaskan sepakan padu untuk Kelantan ikat Kedah di laman sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..