Dalam minggu ini dua orang kata aku makin kurus. Seorang makcik (ibu sahabat aku) yang hampir empat tahun tidak jumpa berkata aku semakin kurus, tidak seperti dulu. Seorang sepupu yang sebulan lebih tidak jumpa juga berkata sedemikian. Hah..yang tak jumpa sebulan pun kata aku kurus, inikan pula yang hampir empat tahun.
Kali terakhir berat badan aku diukur adalah 58.63 kg. Berat itu bercampur dengan selipar, beg duit, pakaian di badan, jam di tangan dan bercermin mata. Kalau buang “campuran” tu mungkin berat badan aku menurun ke angka 56 kg. Itu angka bulan lepas. Dengan tinggi 1.66 cm. BMI? Bulan ini macam mana?
Orang kata makin kita senang hati badan makin berisi. Makin kita rungsing dan susah hati berat badan makin susut. Betul ke? Apa penyebab kepada penurunan berat badan selain berdiet, bersukan dan kurang makan? Nak jugalah cari kat internet sebab musabab berat badan tak naik-naik dan asyik turun je, tapi internet pula buat hal; punyalah perlahan macam siput ba** tengah sakit tenat; nak berjalan pun taknak.
Selera makan tak pernah berkurang. Kalau setakat sekali dua tambah nasi tu mainan je tu. Tapi masih lagi begini. Hahai..tak kisahlah, asalkan perut sentiasa kenyang.
*****************************
Malam tadi mata tak mahu lelap. Puas dipujuk, puas dirayu "dia" buat ndak je. Sebelum tu dari pukul 10:00 malam - 12:00 tengah malam, macam biasa habiskan masa di gelanggang badminton. Kemudian keluar minum kejap. Balik rumah lebih kurang 01:30 pagi. Hhah..masa nilah mata buat hal. Nak belek-belek Face Book, tagged, Kosmo!, internet pun sama dengan mata, buat hal.
Tak boleh tidur; golek punya golek, pusing punya pusing, tonggeng punya tonggeng tak juga lelap-lelap. Akhirnya buku E.H.Carr, "Apakah Sejarah", terjemahan DBP, 1988, menjadi pilihan. Buku terjemahan BI ke BM; bayangkan macam mana susunan ayat-ayatnya. Tapi walau macam mana tunggang terbalik ayatnya sekalipun, ia masih dalam BM, jadi mudahlah nak faham. Al maklumlah, aku ni BI bukanlah tak pandai tapi tak faham. Hhuh..
Setelah lima halaman karya E.H.Carr tu mata masih taknak lelap. Hangin betullah. Dipendekan cerita yang tersedia pendek ni mata terus celik hingga ke Subuh. Selepas sembahyang, internet pula "menjadi". Apa lagi layan blog, dan FB la (tapi malas nak search sebab musabab kurus cekending)
Petang nanti nak ke rumah sahabat. Kenduri kahwin. "Nikoh dohlah demo dih".
Disebabkan internet telah berkompromi dengan aku di pagi hari ini, aku lengahkan seketika tidur. Tapi tak boleh lengah sangat, takut-takut tengah hari ni tak bangun solat Jumaat. Dan kalau mata mengantuk macam mana nak makan gulai kawah orang kahwin. Hahai...jadi aku kena cepat-cepat "log keluar" dari blog ini sebelum mata ni sekali lagi merajuk ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..