Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, September 17, 2011

Cerita 16 September

Cerita 16 September 2011, bersamaan 18 Syawal 1432 Hijriah, Jumaat. Hari ini khatib mengingatkan jemaah tentang kemerdekaan negara. Seperti yang biasa kita dengar mengenai perihal kemerdekaan; tentang keamanan negara, susah payah pemimpin, nikmat kemerdekaan, dan pelbagai lagi. Kawe percaya, ramai yang boleh mengagak apa yang khatib pesan, walaupun ada yang tidak ke masjid hari ini.
-Parlimen Malaysia, mercu tanda kedaulatan negara
Bila sebut 16 September ramai yang terbayang mengenai Hari Malaysia. Suatu tarikh yang keramat sama seperti tarikh 31 Ogos. Pada 16 September 1963, Tanah Melayu, Borneo dan termasuk Singapura menjadi satu negara yang diberi nama Malaysia. Tahun 1965 Singapura mula memilih untuk hidup sendiri, keluar dari Malaysia.
-Tunku Abdul Rahman Putra al Haj istyharkan kemerdekaan
16 September sekali lagi menjadi catatan penting apabila YAB Datuk Seri Najib mengisytiharkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sempena Hari Malaysia tahun ini.
-Yang menyokong ISA dihapuskan
ISA akan diganti dengan akta baru yang sesuai untuk menangani kekacauan dalam negara. Lihat: Undang-undang ganti ISA diharap tangani isu sensitif dan Akta polis: KPN temui peguam negara dari Utusan On line.

Di sebalik pemansuhan ini kawe tertarik dengan suatu perkara. Sebelum pemansuhan ISA diputuskan, ramai pihak yang mempertahankan ISA. Kini, setelah PM memansuhkan ISA, pihak yang sama mula bertukar fikiran mengatakan ISA memang patut dihapuskan. Macam-macam.. Semoga pihak yang suka mengampu ini akan terus maju. Dan sikap mengampu akan turut terhapus seperti mana terhapusnya ISA di muka bumi Malaysia.
-Yang menyokong ISA dipertahankan

Sama-samalah kita pertahankan Malaysia tercinta.
-Tonggak pertahanan negara
16 September 2011 juga menyaksikan sesuatu di sekitar Pengkalan Chepa (PC), Kelantan. Logo dan lambang Barisan Nasional telah tergantung di tiang-tiang elektrik, tertampal di pokok-pokok di sepanjang jalan utama. Adakah ini tanda-tanda awal PRU 13? Atau sekadar mengingatkan kembali tentang kewujudan BN di Kelantan, setelah dibayangi PAS selama lebih 20 tahun?
-Ini gambar dari google, bukan dari PC.
___________________________________

Ini juga kisah 16 September;

Ahli akademik anggap cadangan Anwar tidak relevan

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September diisytiharkan cuti umum tidak relevan kerana ia bermotifkan politik.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, cuti umum itu tidak perlu kerana selain boleh menjejaskan produktiviti ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya, jika Anwar cuba 'menanam' nilai-nilai patriotik menerusi cadangan itu, ia tidak membawa makna kerana tarikh sambutan Hari Kebangsaan yang bermula 31 Ogos sehingga 16 September setiap tahun sudah memadai untuk tujuan tersebut.

''Dalam tempoh itu, secara tidak langsung kita telah merayakan sambutan ulang tahun penubuhan Malaysia, namun ia 
tidak bermakna kita perlu cuti lagi. Setiap negeri telah ada cuti umum masing-masing, untuk apa ditambah lagi,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas cadangan Anwar supaya lima negeri yang dikuasai oleh pembangkang mengisytiharkan cuti umum pada 16 September.

Sementara itu, Prof. Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan cadangan Anwar itu sebagai gimik daripada seorang ahli politik yang ketandusan idea dan bertujuan mengalih perhatian daripada isu-isu besar.

Menurutnya, tiada apa signifikan sama ada 16 September diisytiharkan cuti umum atau tidak.

''Apakah kalau cuti, kita lebih patriotik? Tiada asas untuk kata, tidak cuti tidak patriotik. Ini lebih kepada gimik politik oleh ahli politik yang bankrap idea seperti Anwar.

"Ini bukan idea baru, beberapa pihak ada usulkan sebelum ini. Sudah 45 tahun Malaysia terbentuk, baru sekarang nak timbul soal cuti," katanya.

Mohamed Mustafa berkata, Malaysia menyambut merdeka pada 31 Ogos setiap tahun, oleh itu, ia sudah memadai dan tidak perlu lagi tarikh lain bagi tujuan berkenaan.

''Mana ada negara dalam dunia sambut merdeka pada dua tarikh berbeza. Kita boleh satukan dua peristiwa ini iaitu merdeka pada 31 Ogos dan penubuhan Malaysia pada 16 September dalam satu sambutan dan satu cuti. 16 September boleh dijadikan kemuncak sambutan seperti sekarang, tiada masalah pun," katanya.

Ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang turut menguar-uarkan penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini, Mohamed Mustafa menegaskan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melaksanakan pendekatan politik yang boleh menghancurkan negara.

''Kalau Anwar sudah mempunyai bilangan anggota Parlimen yang cukup untuk berpaling tadah dia tidak perlu tunggu tarikh berkenaan, dia boleh menubuhkan kerajaan lebih awal tetapi nampaknya dia sendiri belum pasti. Selain itu persoalan juga timbul apakah BN akan serah kuasa dengan begitu mudah dan tidak berbuat apa-apa," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan apa yang cuba dilakukan oleh Anwar pastinya akan membawa implikasi perpecahan politik yang mampu menggugat kestabilan negara.

''Kita di ambang ketidakstabilan politik, apakah ini yang rakyat mahu? Apakah Anwar dapat menjamin kerajaan begini boleh bertahan lama, tidakkah pihak lain akan cuba supaya mereka juga dapat membentuk kerajaan cara ini?

"Anwar sebenarnya sedang memulakan satu cara politik yang tidak sihat dan berisiko tinggi kepada masa depan negara. Negara boleh hancur . Ini bukan budaya politik matang yang kita mahukan setelah 51 tahun merdeka.

"Mandat biar tulen barulah kerajaan boleh memerintah dengan berkeyakinan tanpa ragu-ragu akan tumbang bila-bila masa,'' katanya.

Sementara itu, ahli akademik, Abdul Hamid Yeop Zainudin berkata, cadangan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa ia sebahagian daripada agenda politiknya dalam usaha meraih perhatian rakyat secara psikologi.

''Ini adalah perang psikologi yang cuba diterapkan oleh Anwar, tiada lain semata-mata untuk tujuan politik beliau,'' katanya.

Abdul Hamid yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, tindakan Anwar itu juga amat berbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.

Dari: http://www.utusan.com.my (3/09/2008)

....MyView: Adakah tahun ini kita cuti pada 16 September? Dan tahun-tahun akan datang? Adakah? Hehehe....
-Mampukah kita bersatu seperti mana bersatunya datuk nenek kita sewaktu Tunku laungkan MERDEKA!! 54 tahun lalu?
__________________________

Selasa, September 13, 2011

Angkara bas Shamisha Holiday & Travels Sdn. Bhd.

-Gambar bas Shamisha, dari google
Ini kisah dan cerita benar mengenai syarikat pengangkutan (bas) Shamisha Holiday & Travels Sdn.Bhd. Bukan bertujuan untuk mengaibkan atau menjatuhkan syarikat pengangkutan ini. Kisahnya begini;

Pada 09 September 2011, Jumaat, adik kawe dan dua rakannya akan bertolak ke Kedah. Jadual asal yang tercatit pada tiket bas Shamisha adalah pukul 09:30 malam. Perjalanan dari Kota Bharu (terminal Tesco) ke Changlung,Kedah (untuk ke UUM).

Tunggu punya tunggu bas yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. Lebih kurang pukul 10:00 malam mereka bertiga bertanya kerani kaunter Shamisha. Itupun kerani dah tutup kaunter dan bersiap untuk balik. Dipendekkan cerita kerani kata bas untuk ke Changlung bertolak di Pasir Mas, bukan di Tesco. Pertukaran tempat naik bas tanpa notis kepada pelanggan!!

Sebelum itu kerani bagi tahu penumpang perlu naik bas di terminal, bila tiba di Pasir Mas penumpang yang hendak ke Changlung perlu bertukar / berpindah bas.

Dua pilihan; sama ada untuk kejar bas di Pasir Mas yang jarak setengah jam perjalanan atau ambil tiket ganti pada keesokan harinya. Tapi, tiket yang kosong hanya dua tempat duduk sahaja! Mereka memilih untuk mengejar bas di Pasir Mas. Dengan cepat kawe memecut kancil tua ke Pasir Mas.

Bila tiba, bas memang tidak kelihatan. Lebih kurang 15 minit menanti, kami mengambil keputusan untuk pulang.

Esoknya (10 September) sekali lagi mereka ke kaunter Shamisha di Tesco. Dua pilihan juga: sama ada ganti tiket atau ambil balik duit, RM46.00 (harga biasa RM45.00). Mereka ambil tiket ganti. Tapi perjalanan kali ini hanya setakat Alor Star. Alor Star ke UUM lebih kurang satu jam perjalanan. Ini bermakna mereka perlu naik bas atau teksi pula.

Tiket ganti untuk ke Alor Star pada 10 September, tepat pukul 09:30 malam. Tiket kosong untuk tiga orang, bukan dua.

Malangnya...

Pada awalnya bas tunggu di luar terminal, lebih kurang 200 meter. Juga tanpa notis. Kerani kata perlu naik di luar terminal. Bila kami cari bas itu tidak juga kelihatan. Berpatah balik ke kaunter. Disuruh pula tunggu di terminal. Ke hulu hilir galas beg besar nak cari bas.

Sama seperti sebelumnya, penumpang yang ingin ke Alor Star perlu berpindah bas, kali ini sama ada di Pasir Mas atau Tanah Merah. Lebih kurang 09:40 malam bas bergerak.

Lebih kurang pukul 11:00 lebih bas Shamisha Holiday & Travels Sdn.Bhd., bertanda T4, bernombor pendaftaran KBS 7359, tiba di Tanah Merah.

Adik kawe dan dua rakannya turun di stesen bas Tanah Merah menanti bas Shamisha untuk ke Alor Star. Setelah sejam menanti bas tak muncul-muncul. Kerani Shamisha Tanah Merah maklumkan lebih kurang pukul 12:00 tengah malam bas akan tiba. Tapi nampaknya hampa.

Akhirnya kaunter ditutup lebih kurang pukul 2:00 pagi. Mereka disuruh terus menanti.

Agen kaunter syarikat lain cuba membantu. Agen menelefon Shamisha. Hasilnnya, bas ke Alor Star dah lama bertolak. Katanya, staf Shamisha Kota Bharu (sama ada kerani atau pemandu) tak bagi tahu staf Tanah Merah (sama ada kerani atau pemandu) tentang tiga penumpang malang ini. Jadi pemandu tak menunggu.

Katanya lagi, tiga penumpang malang ini boleh menunggu bas Shamisha dari Kedah yang dalam perjalanan ke Tanah Merah. Bas itu baru menuruni bukit Grik, menuju ke Jeli. Bila bas itu tiba, pemandu akan membawa tiga penumpang ini terus ke Kedah. Itu gambaran dan bayangan awal.

Menanti terus menanti. Menunggu terus menunggu. Akhirnya tiba masanya mereka bertolak ke Kedah. Hampir pukul 5:00 pagi, baru mereka bertolak dari Tanah Merah, Kelantan ke Kedah. Agen di Tanah Merah (kawe tak pasti agen Shamisha atau agen lain) menyuruh pemandu membawa terus mereka ke UUM.

Begitulah ceritanyaaaaaaaa...
______________________________

Dalam perkembangan lain; kawe pernah naik bas Shamisha pada 12 Julai 2011 dari Shah Alam ke Pengkalan Chepa, Kelantan. Perjalanan yang biasa. Bas yang selesa dengan tempat duduk emput. Tapi malangnya, tiba di Machang, kami berpindah bas. Penumpang yang hendak ke Kota Bharu / Pengkalan Chepa dikehendaki turun dan bertukar bas. Penumpang yang hendak ke Tanah Merah atau Jeli tak perlu turun.

Pindah bas kawe tak heran, cuma bas ganti ni memang menyeksakan telinga. Dalamannya baik tapi ada bunyi yang kurang enak. Tempat barang di bawah bumbung (atas kepala) berbunyi "knyit-kyit" tanpa henti. Dari Machang ke KB, selama sejam kami dihidangkan dengan bunyi "kyit kyit kyit kyit kyit...."

Satu cerita daripada sahabat kawe; kalau naik Shamisha penumpang selalu diarah bertukar-tukar, berpindah-pindah bas sebelum sampai ke destinasi.

Harap-harap apa yang terjadi pada adik kawe dan rakan-rakannya, kawe dan sahabat kawe, tidak terjadi pada penumpang Shamisha lain. Harap-harap ini hanya sekelumit kecil kesilapan Shamisha. Harap-harap ini hanya ralat yang tidak disengajakan Shamisha.


Pada cik kak kerani Shamisha Terminal Bas Kota Bharu, berhampiran Tesco, selalu-selalulah memberi info yang betul.


Kawepun kena minta maaf juga kat cik kak tu, kena marah-marah. Yelah, siapa tak marah bila dua kali kena macam tu. Malam tu pula hujan, basah jugalah kawe. Kawe pun memang kalut malam tu, nak bola Kelantan lawan Johor FC. Terlepas separuh masa pertama. Nasib baik Kelantan menang. Tapi akak tu bagus dan profesional. Kena marahpun boleh senyum lagi, sikitpun tak nampak tertekan. Atau mungkin muka kawe ni tak nampak bengkeng walaupun tengah marah.


Untuk masa akan datang, bas Shamisha (mungkin) tidak akan ada dalam senarai bas pilihan kawe. Biarlah sekali saja yang kena dan terkena.


Lawati website: Shamisha Holiday & Travels Sdn. Bhd. dan
facebook: Shamisha Holiday & Travels Sdn. Bhd.


Jom dengar retro. Tapi ini pasal kereta api, bukan bas..
KEMBARA - Ekspres rakyat
_________________________
Update, 17 September 2011. Ikuti cerita daripada salah seorang penumpang malang tebabit (rakan adik kawe), di laman ohhtiha ohhme.blogspot

Ahad, September 11, 2011

Khas untuk pelanggan Celcom

-Celcom segalanya di tangan anda
Heboh mulai tarikh 15 September nanti syarikat telco akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% bagi pek permulaan kad prabayar dan kad tambah nilai. Setakat hari ini kementerian yang bertanggungjawab belum memberi kata-kata akhir terhadap syarikat telco. Yang pasti kementerian seperti Kementerian Pedagangan, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Warisan tidak bersetuju dengan hasrat telco.

Yang pasti juga kita tidak pasti sampai bila kementerian mampu menyekat hasrat telco.

Ini pesanan daripada Celcom untuk pelanggannya;
RM0. Plggn dihargai mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan.
Info:www.celcom.com.my
Beginilah cara celcom menghargai pelanggan yang juga penyokongnya. Sebagai penghargaan, kita yang diperas. 

Tapi pada pihak mana yang patut kita salahkan? Pada kerajaan atau telco? Apa-apapun kita nantikan 15 September nanti.
-Imej dari Google.
-Untuk mendapatkan gadis cantik ini, tak tahu berapa caj perkhidmatan dikenakan. Hehe...

Jumaat, September 09, 2011

Caj tambahan untuk kad prabayar

-Imej daripada Google
Mulai 15 September ini (perancangan / peringkat cadangan) pengguna prabayar akan "dipaksa" membayar caj perkhidmatan kad prabayar dan kad sim telco. Walaupun caj yang dikenakan hanya 6%, bagi kawe itu adalah caj yang besar dan tidak sepatutnya. Yang patut adalah tidak patut dikenakan sebarang caj. Cukuplah apa yang ada sekarang. 

Nampaknya tak habis-habis isu kenaikan harga barang. Lepas petro, elektrik, kemudian caj perkhidmatan. Adakah ini sumber utama untuk meningkatkan ekonomi negara? Adakah ini sumber utama untuk tingkatkan aliran ekonomi negara? Adilkah..?

Lepas ini tak tahu apa lagi yang akan dikenakan caj perkhidmatan.

Sedar tak sedar pengguna prabayar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang masih pelajar, golongan berpendapatan rendah, malah golongan penganggur pun ada. Untuk apa diperas golongan ini? Golongan kami..

Kalau KFC, McDonald yang ada caj perkhidmatan kawe tak pelik; sebab kita boleh buat pilihan sama ada nak makan makanan barat atau nak makan "jemput-jemput", atau burger pasar malam atau ayam goreng YFC (pasar malam).

-Imej daripada Google
Tapi kalau perkhidmatan talian telefonpun dikenakan caj ke mana kita nak cari altenatif?


Kepada siapa kita nak mengadu? Kepada siapa kita nak salahkan? Kepada siapa? Tapi macam biasalah, setiap kenaikan akan ada alasan. Kita nantikan apa alasan kali ini.


Lepas ni akan ada tindak balas daripada rakyat/ pengguna. Reaksi pertama (yang kawe tengok) adalah kewujudan laman di facebook: kamibantahcukaireload. Setakat catatan ini dicatat (pukul 0226) jumlah ahlinya adalah 7927.


Tengok ni sama; Jimat punya hal
Kejutan tahun baru daripada kerajaan
Celcom tipu aku?

Ahad, September 04, 2011

Cerita bola: Kelantan sebelum sepak mula PM 2011


Shahrizan jadi taruhan utama

KEMAMPUAN Shahrizan untuk menggalas tanggungjawab menjaga gawang Kelantan masih dipersoalkan.


KELANTAN cukup terkenal sebagai sebuah pasukan yang berjaya menampilkan beberapa nama besar di posisi penjaga gol sejak era 1980-an.
Selepas kemunculan Hamid Ramli, legasi kecemerlangan tersebut diteruskan dengan kehadiran Wan Kamarulzaman Mohamad, Halim Napi dan ketika ini – Khairul Fahmi Che Mat sedang berada di kemuncak karier.
Bagaimanapun, menjelang kempen Piala Malaysia yang akan membuka tirainya Selasa ini, Kelantan diselubungi khabar kurang gembira apabila tiga penjaga gol mereka tidak dapat disenaraikan.
Khairul Fahmi yang menggalas tanggungjawab bersama skuad Olimpik mungkin tidak mendapat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini kerana skuad Olimpik dalam persiapan bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012.
Kem Kelantan bertambah resah apabila dua lagi penjaga gol, Norhadi Ubaidillah dan Halim di- belenggu masalah kecederaan.
Berikutan masalah tersebut, seluruh ‘mata’ peminat setia skuad The Red Warriors kini tertumpu kepada penjaga gol kedua, Shahrizan Ismail yang tidak asing dalam kejohanan domestik.
Namun timbul persoalan sama ada Shahrizan mampu menggalas tanggungjawab yang diamanah ketika Kelantan dalam misi mempertahan Piala Malaysia musim ini.
Pada kempen tahun ini, dia lebih kerap memanaskan bangku simpanan dan hanya beraksi untuk tempoh 270 minit dalam Liga Super.
Kelibat Shahrizan sering dibayangi oleh ketangkasan Khairul Fahmi sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap prestasi semasa pemain berusia 32 tahun ini walaupun ‘dadanya cukup dengan ilmu’.
Sebagai rekod, Shahrizan pernah mencuri tempat sebagai penjaga gol No. 1 pasukan Selangor selama tiga musim bermula 2001.
Dia kemudiannya berkelana ke Terengganu pada 2005 sebelum memilih untuk pulang berbakti ke negeri kelahirannya, Kelantan pada 2008.
Musim 2009 menyaksikan Shahrizan kehilangan posi- sinya selepas kemunculan semula Halim dan setahun kemudian, dia sekali lagi diketepikan dengan kehadiran Syed Adney Syed Hussain.
Secara tiba-tiba, kelibat Khairul Fahmi pula mula mencuri tumpuan sehingga mencetuskan fenomena baharu dalam skuad Kelantan.
Selepas lebih dua musim menanti, pentas Piala Malaysia adalah kesem- patan terbaik untuk Shahrizan membuktikan keupayaan sebenarnya.
Dalam empat siri perlawanan persahabatan sebelum ini, Shahrizan mempamerkan aksi cemerlang ketika bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor, Songkla FC dan hanya melepaskan satu gol ketika Kelantan menentang T-Team.
Statistik tersebut mungkin sudah cukup untuk menutup mulut para pengkritik yang meragui kemampuannya selain ia satu isyarat jelas bahawa Shahrizan kini sedang mencongak sesuatu untuk merampas semula posisi penjaga gol utama Kelantan.
Memiliki susuk tubuh yang lebih kecil dan rendah, Shahrizan memiliki kekuatan tersendiri terutama kemampuannya membaca gerak lawan ketika situasi bola satu lawan satu.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu pernah memberitahu, Shahrizan adalah seorang yang cukup sempurna untuk mengisi posisi penjaga gol.
“Apabila penjaga gol nombor satu dan dua anda berada pada tahap yang sama ia suatu yang cukup sempurna. Mereka (Khairul Fahmi dan Shahrizan) membuatkan saya pening untuk memilih yang terbaik.
“Shahrizan memiliki segala kekuatan yang diperlukan oleh seorang penjaga gol. Dia cukup baik dalam situasi bola rendah dan tindakan refleks, cuma dia memerlukan lati- han yang lebih untuk berdepan bola tinggi.
“Dia kini sedang berada pada prestasi terbaik dan Apeq (Khairul Fahmi) mungkin terpaksa bekerja keras selepas ini sekiranya mahu terus menyarung jersi utama pasu- kan,” jelasnya.
Ketika Shahrizan sudah bersedia menggalas tanggungjawabnya, Kelantan kini perlu mencari seorang lagi penjaga gol simpanan.
Ia mungkin menjadi rebutan dua pemain muda iaitu penjaga gol Piala Presiden, Judtana Eh Put dan Muhammad Syazwan Yusoff atau Kelantan harus menagih kudrat Halim.
_______________________

Kelantan terpaksa gigit jari
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my
2011/09/04

APEK (kiri) gigih menjalani latihan bersama penjaga gol skuad Olimpik.
APEK (kiri) gigih menjalani latihan bersama penjaga gol skuad Olimpik.
FAM arah Apek untuk kekal beraksi bersama skuad Olimpik 

PENJAGA gol, Khairul Fahmi Che Mat diarah untuk kekal beraksi bersama skuad Olimpik atas titah Pengerusi Jawatankuasa Skuad Kebangsaan yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata keputusan itu dibuat Sultan Ahmad Shah lewat petang semalam selepas kemelut yang timbul berhubung penjaga gol terbabit dimaklumkan kepada baginda.
"FAM sedia maklum dan sudah menerima khidmat pesanan ringkas daripada Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang memaklumkan sudah menghantar surat permohonan mengenai khidmat Khairul Fahmi. 

"Apapun permohonan ini satu perkara yang sensitif dan ia sudah dipersembahkan kepada Sultan Ahmad Shah untuk makluman baginda. 

"Lewat petang tadi (semalam) baginda menitahkan Khairul Fahmi akan kekal menjalani latihan dengan skuad Olimpik bagi persiapan menghadapi pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Fukuoka, Jepun 21 September ini," katanya pada sidang media di Kuantan semalam. 

Azuddin berkata, bagaimanapun FAM akan menimbang pilihan lain termasuk meminjamkan salah seorang penjaga gol dalam skuad Olimpik (selain Khairul Fahmi) kepada skuad The Red Warriors bagi menghadapi Piala Malaysia.

Akhbar kelmarin melaporkan jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee enggan melepaskan Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek menyertai skuad Kelantan untuk saingan Piala Malaysia bagi membolehkan penjaga gol itu terus bersama skuad kendaliannya. 

Malah Apek sendiri yang agak terganggu mindanya memutuskan untuk mengutamakan skuad negara. 

"Saya akur tugas dengan kedua-dua pasukan (negara dan Kelantan) begitu penting. Namun bagi saya misi negara lebih penting dan mahu membantu meningkatkan mutu bola sepak negara," katanya. 

Ketika ini Kelantan hanya ada seorang penjaga gol iaitu Mohd Shahrizan Ismail selepas khidmat penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi dan penjaga gol ketiga, Norhadi Ubaidillah hampir pasti diketepikan dalam kempen Piala Malaysia musim ini setelah mengalami kecederaan.

______________________

Kecederaan tak luntur semangat Norhadi bantu Red Warriors
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bharian.com.my
2011/09/04

  NORHADI  (kiri) dibawa menaiki ambulans selepas kecederaan  kekita beraksi di  Universiade baru-baru ini.
NORHADI (kiri) dibawa menaiki ambulans selepas kecederaan kekita beraksi di Universiade baru-baru ini.
DI sebalik kecederaan paru-paru yang dialami ketika menentang Kanada di Sukan Universiti Dunia (Universiade), di Shenzen, China baru-baru ini, penjaga gol muda negara Norhadi Ubaidillah masih bersemangat untuk turun beraksi membantu Kelantan dalam saingan Piala Malaysia yang bermula Selasa depan. 

Semangat anak kelahiran Bachok, Kelantan ini mungkin bertambah selepas menyaksikan The Red Warriors mengalami masalah kekurangan penjaga gol selepas Khairul Fahmi Che Mat tidak dilepaskan oleh pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee.
Ekoran ketiadaan Khairul Fahmi, Kelantan kini hanya bergantung kepada Shahrizan Ismail selepas Norhadi dan penjaga gol veteran, Halim Napi turut mengalami kecederaan.
“Saya masih berharap kecederaan yang dialami ketika menentang Kanada lalu dapat pulih dengan cepat bagi membantu Kelantan untuk mengekalkan trofi kejuaraan,” kata Norhadi yang merupakan penjaga gol ketiga Kelantan musim ini. 

Norhadi kini berehat di rumah selepas mengalami kecederaan yang dialami ketika bertembung dengan penyerang Kanada dalam perlawanan penentuan tempat ke sembilan dan 10 kejohanan Universiade yang menyaksikan skuad negara tewas 1-5. 

Katanya, dia dinasihatkan supaya berehat sekurang-kurangnya dua bulan namun tetap mahu melihat kejayaan Kelantan mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. 

“Andai kecederaan yang dialami tidak pulih dalam tempoh terdekat, saya mendoakan kejayaan pasukan,” katanya.

Anak rantau penuhi masjid?

JUMAAT, 2 September: Untuk kesekian kalinya kawe terlewat untuk solat Jumaat edisi 4 Syawal 1432H. Hampir-hampir selesai kthubah pertama baru kawe duduk dalam masjid. Untuk itu kawe tidak berkesempatan untuk mendengar apa pesanan khatib pada hari ini.

Dari hujung-hujung telinga kawe dengar khatib berpesan mengenai Ramadhan dan Syawal yang baru kita lalui. Kawe cuba meneka perkara "familia" tentang Ramadhan dan Syawal adalah mengenai ibadat, keinsafan, kemaafan, kesyukuran dan beberapa perkara yang kita sedia maklum.

Sesuatu yang menarik juga adalah mengenai jumlah jemaah kali ini. Di luar kawasan masjid deretan kenderaan memenuhi ruang parkir sehinggakan laluan utama dan jalan menjadi sempit. Melihat keadaan ini kawe mula terbayang ruang parkir dalam kawasan masjid mesti penuh. Jadi kawepun pusing seketika jalan utama tersebut untuk cari parkir.

-Ini hanya gambar hiasan. Tiada kaitan dengan masjid dan jalan sesak di Kelantan.
Parkir di luar memang penuh. Kemudian kawe masuk kawasan masjid. Allhamdulillah, masih ada ruang di dalam. Selesai parkir kawe melangkah mencari tempat duduk. Memang ramai, memang padat, tidak seperti kebiasaan. Tapi masih ada ruang untuk kawe walaupun kali ini tidak mengadap khatib.

Anak rantau penuhi masjid? Memang memenuhi. Tapi seperti kebiasaan juga masih ramai yang jadi "penunggu" bawah pokok dan wakaf (pangkin) di luar masjid. Masih ada yang rancak berkthubah di luar.

-Selepas solat Jumaat. Ramai yang dah balik. Tak boleh ambil gambar ketika ramai sebab khatib sedang baca kthubah.