Cerita 16 September 2011, bersamaan 18 Syawal 1432 Hijriah, Jumaat. Hari ini khatib mengingatkan jemaah tentang kemerdekaan negara. Seperti yang biasa kita dengar mengenai perihal kemerdekaan; tentang keamanan negara, susah payah pemimpin, nikmat kemerdekaan, dan pelbagai lagi. Kawe percaya, ramai yang boleh mengagak apa yang khatib pesan, walaupun ada yang tidak ke masjid hari ini.
-Parlimen Malaysia, mercu tanda kedaulatan negara |
Bila sebut 16 September ramai yang terbayang mengenai Hari Malaysia. Suatu tarikh yang keramat sama seperti tarikh 31 Ogos. Pada 16 September 1963, Tanah Melayu, Borneo dan termasuk Singapura menjadi satu negara yang diberi nama Malaysia. Tahun 1965 Singapura mula memilih untuk hidup sendiri, keluar dari Malaysia.
-Tunku Abdul Rahman Putra al Haj istyharkan kemerdekaan |
16 September sekali lagi menjadi catatan penting apabila YAB Datuk Seri Najib mengisytiharkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sempena Hari Malaysia tahun ini.
-Yang menyokong ISA dihapuskan |
ISA akan diganti dengan akta baru yang sesuai untuk menangani kekacauan dalam negara. Lihat: Undang-undang ganti ISA diharap tangani isu sensitif dan Akta polis: KPN temui peguam negara dari Utusan On line.
Di sebalik pemansuhan ini kawe tertarik dengan suatu perkara. Sebelum pemansuhan ISA diputuskan, ramai pihak yang mempertahankan ISA. Kini, setelah PM memansuhkan ISA, pihak yang sama mula bertukar fikiran mengatakan ISA memang patut dihapuskan. Macam-macam.. Semoga pihak yang suka mengampu ini akan terus maju. Dan sikap mengampu akan turut terhapus seperti mana terhapusnya ISA di muka bumi Malaysia.
-Yang menyokong ISA dipertahankan |
Sama-samalah kita pertahankan Malaysia tercinta.
-Tonggak pertahanan negara |
16 September 2011 juga menyaksikan sesuatu di sekitar Pengkalan Chepa (PC), Kelantan. Logo dan lambang Barisan Nasional telah tergantung di tiang-tiang elektrik, tertampal di pokok-pokok di sepanjang jalan utama. Adakah ini tanda-tanda awal PRU 13? Atau sekadar mengingatkan kembali tentang kewujudan BN di Kelantan, setelah dibayangi PAS selama lebih 20 tahun?
___________________________________
-Ini gambar dari google, bukan dari PC. |
Ini juga kisah 16 September;
Ahli akademik anggap cadangan Anwar tidak relevan
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September diisytiharkan cuti umum tidak relevan kerana ia bermotifkan politik.
Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, cuti umum itu tidak perlu kerana selain boleh menjejaskan produktiviti ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.
Katanya, jika Anwar cuba 'menanam' nilai-nilai patriotik menerusi cadangan itu, ia tidak membawa makna kerana tarikh sambutan Hari Kebangsaan yang bermula 31 Ogos sehingga 16 September setiap tahun sudah memadai untuk tujuan tersebut.
''Dalam tempoh itu, secara tidak langsung kita telah merayakan sambutan ulang tahun penubuhan Malaysia, namun ia
tidak bermakna kita perlu cuti lagi. Setiap negeri telah ada cuti umum masing-masing, untuk apa ditambah lagi,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas cadangan Anwar supaya lima negeri yang dikuasai oleh pembangkang mengisytiharkan cuti umum pada 16 September.
Sementara itu, Prof. Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan cadangan Anwar itu sebagai gimik daripada seorang ahli politik yang ketandusan idea dan bertujuan mengalih perhatian daripada isu-isu besar.
Menurutnya, tiada apa signifikan sama ada 16 September diisytiharkan cuti umum atau tidak.
''Apakah kalau cuti, kita lebih patriotik? Tiada asas untuk kata, tidak cuti tidak patriotik. Ini lebih kepada gimik politik oleh ahli politik yang bankrap idea seperti Anwar.
"Ini bukan idea baru, beberapa pihak ada usulkan sebelum ini. Sudah 45 tahun Malaysia terbentuk, baru sekarang nak timbul soal cuti," katanya.
Mohamed Mustafa berkata, Malaysia menyambut merdeka pada 31 Ogos setiap tahun, oleh itu, ia sudah memadai dan tidak perlu lagi tarikh lain bagi tujuan berkenaan.
''Mana ada negara dalam dunia sambut merdeka pada dua tarikh berbeza. Kita boleh satukan dua peristiwa ini iaitu merdeka pada 31 Ogos dan penubuhan Malaysia pada 16 September dalam satu sambutan dan satu cuti. 16 September boleh dijadikan kemuncak sambutan seperti sekarang, tiada masalah pun," katanya.
Ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang turut menguar-uarkan penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini, Mohamed Mustafa menegaskan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melaksanakan pendekatan politik yang boleh menghancurkan negara.
''Kalau Anwar sudah mempunyai bilangan anggota Parlimen yang cukup untuk berpaling tadah dia tidak perlu tunggu tarikh berkenaan, dia boleh menubuhkan kerajaan lebih awal tetapi nampaknya dia sendiri belum pasti. Selain itu persoalan juga timbul apakah BN akan serah kuasa dengan begitu mudah dan tidak berbuat apa-apa," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan apa yang cuba dilakukan oleh Anwar pastinya akan membawa implikasi perpecahan politik yang mampu menggugat kestabilan negara.
''Kita di ambang ketidakstabilan politik, apakah ini yang rakyat mahu? Apakah Anwar dapat menjamin kerajaan begini boleh bertahan lama, tidakkah pihak lain akan cuba supaya mereka juga dapat membentuk kerajaan cara ini?
"Anwar sebenarnya sedang memulakan satu cara politik yang tidak sihat dan berisiko tinggi kepada masa depan negara. Negara boleh hancur . Ini bukan budaya politik matang yang kita mahukan setelah 51 tahun merdeka.
"Mandat biar tulen barulah kerajaan boleh memerintah dengan berkeyakinan tanpa ragu-ragu akan tumbang bila-bila masa,'' katanya.
Sementara itu, ahli akademik, Abdul Hamid Yeop Zainudin berkata, cadangan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa ia sebahagian daripada agenda politiknya dalam usaha meraih perhatian rakyat secara psikologi.
''Ini adalah perang psikologi yang cuba diterapkan oleh Anwar, tiada lain semata-mata untuk tujuan politik beliau,'' katanya.
Abdul Hamid yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, tindakan Anwar itu juga amat berbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.
Dari: http://www.utusan.com.my (3/09/2008)
....MyView: Adakah tahun ini kita cuti pada 16 September? Dan tahun-tahun akan datang? Adakah? Hehehe....
-Mampukah kita bersatu seperti mana bersatunya datuk nenek kita sewaktu Tunku laungkan MERDEKA!! 54 tahun lalu? |
__________________________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..