Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Julai 14, 2011

Sehari sebelum "BERSIH"...

Sehari sebelum Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)... diadakan, kawe dalam perjalanan ke ibu kota. Bas Mutiara mula keluar dari Kota Bharu pada pukul lebih kurang 2200 dan sampai ke Putrajaya pada 0900 keesokannya.

Belumpun keluar dari Kelantan beberapa sekatan jalan raya telah dilakukan oleh PDRM. Kawe anggap ini perkara biasa bagi anggota keselamatan menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh "BERSIH" pada esoknya, 9 Julai. Tapi kadang-kala terlampau banyak sekatan membuatkan kawe rasa bosan. Perjalanan bas juga terencat.

Sekatan terakhir yang kawe hadapi adalah di plaza tol sebelum Greanwood. Sebelum melepasi plaza tol kami berhenti solat Subuh di surau plaza tol. Sebenarnya kawepun tak tahu apa nama tempat tu. Di sini kelihatan satu kumpulan yang mungkin "peserta" demonstrasi. Mereka dari Terengganu, berdasarkan dialek pertuturan. Bagaikan ketua, seorang yang berjubah dan berserban memberi arahan kepada ahli rombongannya. Dan mereka bukan dari bas yang sama dengan kawe.

Sampai di Greanwood, ramai juga yang turun di sini. Penumpang yang ingin ke Kuala Lumpur diarahkan turun di sini juga oleh pemandu bas. Ini kerana keadaan jalan ke Kuala Lumpur ditutup ekoran "BERSIH".

Perjalanan seterusnya (dengan bas yang sama) adalah ke Putrajaya Sentra. Sampai di sini kawe empat beradik menaiki pula bas ke Putrajaya. Lebih kurang 15 minit kami sampai ke Presint 18.

Buat pertama kalinya kawe menaiki bas Putrajaya. Opss..sebenarnya dah lama kawe tak naik bas sama ada bas ekspres, bas lompat, bas henti-henti, waima bas rosak sekalipun. Yang kawe naik basikal je. Seingata kawe, kali terakhir adalah pada penghujung tahun 2007. Perjalanan bas Mutiara dari Pengkalan Chepa ke Shah Alam. Dan yang terbaru pada sehari sebelum "BERSIH" berhimpun dan berarak di Kuala Lumpur. 

Pada hari "BERSIH" berhimpun kawe berada di Putrajaya. Sepanjang hari kami berada di rumah abang. Kami tidak keluar. Dan bukan tujuan kami datang ke ibu kota untuk turut serta dalam perhimpunan "BERSIH", "PATRIOT" mahupun PERKASA. Kami ke sini dengan tujuan lain.

Pada malamnya kami sempat ke Fiesta Floria Putrajaya. Pesta bunga-bungaan dan landskap. Yang ni tak heran kerana di Kelantan juga ada pesta yang sama yang senang dipanggil pesta Taman Orkid. Cuma yang ada di Putrajaya lebih besar. Tapi dalam tempoh dua tahun ni taman orkid Kelantan sunyi, bagi menghormati Sultan Ismail, bekas sultan Kelantan, yang gering.

Sehari selepas "BERSIH" berhimpun kami bergerak pula ke KLIA. Dan inilah tujuan kawe ke sini. Datang ke ibu kota untuk menghantar adik menunaikan UMRAH. Adik masih belajar di UUM, berpeluang menunaikan umrah bersama Kolej Kediaman Proton, UUM.

Julai 2005, kawe pernah sampai ke KLIA. Pertama kali dalam sejarah hidup naik kapal terbang. Dengan MAS, kawe menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Kali terakhir adalah pada penghujung tahun yang sama. Selepas itu kawe tak ingat lagi macam mana rupa KLIA.

Sebelum bertolak ke KLIA pada sehari selepas "BERSIH" berhimpun kawe berpeluang naik "kereta api" dari Putarajaya Sentra ke KLIA. Buat pertama kalinya naik kereta api moden.

Pada malamnya pula kawe tiga beradik ke Shah Alam pula. Kali ini beralih pula ke rumah abang sulung di Pangkalan Udara TUDM, Subang. Sempat bermalam dua malam. Sehari sebelum balik Kelantan kami berpeluang ke I-City.
Bersama anak-anak buah

Cahaya lampu yang menerangi I-City cukup menarik. Kawe teruja melihat keindahan dan kreatif lampu hiasan yang kegermerlapan pada malam hari. Kami juga sempat ke "mini zoo" di sini. Melihat ular, labi-labi gergasi, katak, iguana, rakun, ikan... Ada haiwan yang pertama kali kawe tengok. Ada haiwan yang dulunya kawe hanya tahu melalui pembacaan, kini dah nampak depan mata.

Beberapa hari selepas "Bersih", 12 Julai, tiba masanya kami tiga beradik berangkat pulang. Perjalanan bas Shamisha Holiday dari pukul 0900 di Sekyen 17, Shah Alam hingga 1830 di Pengkalan Chepa, Kelantan. Perjalanan yang memboringkan tapi ok. Kali ini tiada satupun sekatan jalan raya diadakan. Perjalanan tanpa gangguan. Hanya tersekat di lampu isyarat saja.

Akhirnya selepas beberapa hari "BERSIH" dan polis "bertempur", kami selamat balik kampung..
Bersama anak-anak buah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..