-Celcom segalanya di tangan anda |
Heboh mulai tarikh 15 September nanti syarikat telco akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% bagi pek permulaan kad prabayar dan kad tambah nilai. Setakat hari ini kementerian yang bertanggungjawab belum memberi kata-kata akhir terhadap syarikat telco. Yang pasti kementerian seperti Kementerian Pedagangan, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Warisan tidak bersetuju dengan hasrat telco.
Yang pasti juga kita tidak pasti sampai bila kementerian mampu menyekat hasrat telco.
Ini pesanan daripada Celcom untuk pelanggannya;
RM0. Plggn dihargai mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan.
Info:www.celcom.com.my
Beginilah cara celcom menghargai pelanggan yang juga penyokongnya. Sebagai penghargaan, kita yang diperas.
Tapi pada pihak mana yang patut kita salahkan? Pada kerajaan atau telco? Apa-apapun kita nantikan 15 September nanti.
-Imej dari Google. -Untuk mendapatkan gadis cantik ini, tak tahu berapa caj perkhidmatan dikenakan. Hehe... |
Jengok ni jap: Caj tambahan untuk kad prabayar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..