Masjid mana ni? Akupun tak tau daa... |
Hari ini hari Jumaat yang keseterusnya. Dan hari ini juga terselit waktu solat fardhu Jumaat bagi muslimin untuk kesekian kalinya. Tapi ada sedikit kerugian bagi aku kerana tiba lewat untuk duduk bersama jemaah lain mendengar kthubah. Hampir-hampir kthubah yang kedua baru aku sampai. Duduk tak sempat panas b**tut, mua'zin dah mula menyeru untuk solat. Kesudahannya aku tak tahu apa yang khatib sampaikan.
Jam 1200 sebelum itu, aku sibuk dan menyibukan diri mengisi satu borang online. Internet yang slow dan ruang borang banyak perlu diisi menyebabkan aku terleka. Ditambah pula dengan "gatal tangan" dan sememangnya tabiat aku suka membuka web yang lain (surat khabar, blog, facebook) sewaktu buat benda penting (isi borang online). Inilah yang mengheret aku ke "masa kecederaan", seterusnya "masa tambahan" dalam melayari web penting tadi. Oh Sedih!
Itulah kitakan (akulah tu) sering terleka dan lalai. Walhal kita sering mendengara kata-kata "Utamakan yang lebih penting daripada yang penting, kerana yang lebih penting itu adalah lebih penting daripada yang penting". Aku telah membuat perkara yang penting (borang), tapi aku terleka perkara yang lebih penting (sembahyang Jumaat). Fuh!!..
Kadang kala dan sering kala juga kita mementing perkara yang tidak berapa penting kerana kepentingan diri. Itulahkan, perkara yang kita lakukan demi kepuasanan diri, tapi perkara yang kita lakukan itu bukan perkara utama.
Itu cerita aku. Ini cerita sesetengah jemaah dan juga imam. Ya, imam. Hari ini aku sampai lewat ke masjid. Melangkah saja ke kawasan masjid telah bersesak-sesak jemaah, tapi bukan dalam masjid sebaliknya bawah pokok, atas bangsal, bendul-bendul masjid dan juga tandas. Yang duk tandas aku tak heran sangat sebab semuanya nampak macam nak buang air (aku meneka dan mengagak). Lagipun takde hamba Allah yang suka melepak di tandas masjid, melainkan di tandas sekolah (aku tak tau kenapa tandas sekolah menjadi pilihan).
Yang duk bersembang-sembang bawah pokok, atas bangsal, apa hal? Khatib yang tengah best-best (sesetengah khatib jelah) duk khtubah di mimbar tapi sesetengah hamba Allah ni berkhtubah di luar. Nasib baik bawah pokok, kalau atas pokok; tak pasal-pasal masuk wad mental. Sesetengah daripada sesetengahnya pula bukan kanak-kanak atau remaja, tapi yang dah tua bangka. Apa hal?
Cerita imam pula; aku bukan alim tapi ada beberapa perkara yang aku rasa imam pun ada kesilapan yang mungkin tak sedar. Aku pernah dengar ustaz, ustazah cakap; seelok-eloknya imam bacalah surah pendek selepas Al-Fatihah. Maklumlah, dalam sembahyang berjemaah ni bukan semua makmum yang sihat dan yang muda. Kalau imam baca surah yang panjang-panjang kesian pula makmum yang tua, uzur dan yang sakit. Tapi sembahyang berseorangan takpelah nak baca surah sepanjang mana sekalipun.
Dan ini terjadi pada hari ini. Imam dan khatib yang sama sebelum ini. Cuma ada makmum yang memberi reaksi sebaik saja salam terakhir. Makmum tu betul-betul depan aku. Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU); kaki kanannya ada kelainannya. Bila dia berdiri badannya lebih condong ke arah kiri seoalah-olah kaki kanannya lebih panjang daripada kaki kiri. Bukan niat untuk mengata atau mengejek, tapi untuk menerangkan lagi keadaan hamba Allah yang OKU ini. Reaksinya selepas salam; "lamo tok ime ni baco. Ore tuo tokleh ikut ni," lebih kurang begitulah katanya kepada seorang remaja di sebelah kiri (nampak macam anak atau saudaranya). Bagusnya makmum ini, dia lebih risaukan orang lain (orang tua) daripada dirinya sendiri. Itu agakan aku saja, sebab dia sendiripun rasanya tidak selesa (sekali lagi aku meneka).
Ustaz Azhar Idrus - Imam baca panjang
(Video ni takde kaitan dengan OKU di atas, tapi ceritanya ada kaitan)
Beberapa bulan yang lalu aku pernah membuat catatan mengenai Kthubah daripada tok guru Nik Aziz. Kaitannya dalam catatan ini adalah mengenai bacaan surah oleh Menteri Besar Kelantan ini, yang membaca surah pendek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..