Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, Julai 19, 2011

Bila handphone dah berikat getah

Bila handphone (hp) berikat getah apa maknanya? Jawapan mudah kerana hp dah rosak. Jawapan lain "kena beli baru". Itu lebih kepada penyelesaian.Tapi sebelum jawapan lain terpancur daripada mulut ada baiknya kita lihat dari sudut yang lain.

-Gambar hiasan
Mudah bahasanya kita dah "kering poket". Kalau orang yang berduit tentu sebelum hp berbalut getah mereka dah tukar yang baru. Ada juga hp belumpun pudar warnanya tapi dah pun berganti. Itu bagi yang berduitlah.

Yang "sesak" biasanya akan terus guna hp bergetah selagi ia berfungsi sebagai hp. Boleh buat panggilan, boleh hantar sms pun kira jadilah. Bila rosak tahap kritikal, barulah ditukar ganti. Itupun kalau ada duit.

Begitulah hp yang telah sampai waktu tua. Macam kita jugalah. Bila sampai masa kita pun akan jadi macam hp. Hp berbalut getah kerana longgar-longgar. Bila getah dah melekat rapat oklah. Kita pula, bila dah tua dan uzur akan datang macam-macam alat bantuan. Walaupun kita tak bergetah tapi sekurang-kurangnya kita bertongkat. Itupun jika sempat bertongkat, kalau tidak terus ....
-Sama macam hp kawe punya - berbalut getah. Cuma kawe buatan China.

Ok, itu pasal hp yang bergetah..
******************************
Ini kisah kembalinya Ahli Parlimen Titiwangsa (PAS), Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mengadap Allah akibat barah. Semoga rohnya dicucuri rahmah-Nya. Salam tahziah kepada keluarga allahyarhamah.

“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”, kata Dr. Lo' Lo kepada Dr. Asri Zainul Abidin sewaktu di hospital. Lihat: Dr. Lo' Lo sekadar yang saya kenali
********

Lebih 2,000 iringi jenazah Dr. Lo' Lo 
Lapor Hazayani Zakaria dalam harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah
paru-paru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..