Penghujung tahun 2010 kita tersentap dengan "kejutan" daripada kerajaan kerana menaikan harga disel dan petro ron 95 (serta ron 97). Alasan biasa yang kita dengar adalah mengikut ampungan atau harga semasa. Bagi yang berada mungkin tidak terasa sangat tapi bagaimana pula yang kurang berada? Kenaikan harga ini dikatakan tidak memberi kesan mendadak.kerana ia hanya naik beberapa sen sahaja. Tapi ada ke pengguna yang membeli petro hanya RM2.00 atau RM0.50 sahaja?
Bukan sahaja petro dan disel, gula juga naik harga. Kini kempen dan iklan "kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman" kian galak di media massa. Satu kempen yang baik untuk kesihatan. Tapi sejauh mana kempen dan iklan ini berjaya meredakan kemarahan pengguna?
Permulaan tahun 2011 ada juga kejutan terbaru. Minyak masak "hilang" dalam pasaran. Di Kelantan misalnya ramai yang merungut kerana minyak masak tidak mengcukupi dan ada yang tidak dijual. Adakah ini petanda harga minyak masak juga akan naik? Beberapa jam yang lalu di siaran Buletin Utama TV3, KPDNK menyatakan harga minyak akan kekal seperti biasa.
Seperti yang kita tahu setiap kali harga barang naik, bermacam-macam alasan dan sebab akan dikeluarkan oleh kerajaan. Alasan popular adalah "untuk mengurangkan defisit ekonomi dan mengurangkan kerugian kerajaan, serta menstabilkan harga pasaran global.
Apa-apa pun mudah-mudahan "kejutan" ini tidak berpanjangan. Kasihanilah golongan bawahan, golongan rakyat jelata. Terjemahkan slogan "Rakyat didahulukan..". Jangan jadikan "Rakyat didahulukan susah, pencapaian kerajaan diutamakan".
Ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..