-Imej daripada Google |
Mulai 15 September ini (perancangan / peringkat cadangan) pengguna prabayar akan "dipaksa" membayar caj perkhidmatan kad prabayar dan kad sim telco. Walaupun caj yang dikenakan hanya 6%, bagi kawe itu adalah caj yang besar dan tidak sepatutnya. Yang patut adalah tidak patut dikenakan sebarang caj. Cukuplah apa yang ada sekarang.
Nampaknya tak habis-habis isu kenaikan harga barang. Lepas petro, elektrik, kemudian caj perkhidmatan. Adakah ini sumber utama untuk meningkatkan ekonomi negara? Adakah ini sumber utama untuk tingkatkan aliran ekonomi negara? Adilkah..?
Lepas ini tak tahu apa lagi yang akan dikenakan caj perkhidmatan.
Sedar tak sedar pengguna prabayar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang masih pelajar, golongan berpendapatan rendah, malah golongan penganggur pun ada. Untuk apa diperas golongan ini? Golongan kami..
Kalau KFC, McDonald yang ada caj perkhidmatan kawe tak pelik; sebab kita boleh buat pilihan sama ada nak makan makanan barat atau nak makan "jemput-jemput", atau burger pasar malam atau ayam goreng YFC (pasar malam).
-Imej daripada Google |
Kepada siapa kita nak mengadu? Kepada siapa kita nak salahkan? Kepada siapa? Tapi macam biasalah, setiap kenaikan akan ada alasan. Kita nantikan apa alasan kali ini.
Lepas ni akan ada tindak balas daripada rakyat/ pengguna. Reaksi pertama (yang kawe tengok) adalah kewujudan laman di facebook: kamibantahcukaireload. Setakat catatan ini dicatat (pukul 0226) jumlah ahlinya adalah 7927.
Tengok ni sama; Jimat punya hal
Kejutan tahun baru daripada kerajaan
Celcom tipu aku?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..