JUMAAT, 2 September: Untuk kesekian kalinya kawe terlewat untuk solat Jumaat edisi 4 Syawal 1432H. Hampir-hampir selesai kthubah pertama baru kawe duduk dalam masjid. Untuk itu kawe tidak berkesempatan untuk mendengar apa pesanan khatib pada hari ini.
Dari hujung-hujung telinga kawe dengar khatib berpesan mengenai Ramadhan dan Syawal yang baru kita lalui. Kawe cuba meneka perkara "familia" tentang Ramadhan dan Syawal adalah mengenai ibadat, keinsafan, kemaafan, kesyukuran dan beberapa perkara yang kita sedia maklum.
Sesuatu yang menarik juga adalah mengenai jumlah jemaah kali ini. Di luar kawasan masjid deretan kenderaan memenuhi ruang parkir sehinggakan laluan utama dan jalan menjadi sempit. Melihat keadaan ini kawe mula terbayang ruang parkir dalam kawasan masjid mesti penuh. Jadi kawepun pusing seketika jalan utama tersebut untuk cari parkir.
-Ini hanya gambar hiasan. Tiada kaitan dengan masjid dan jalan sesak di Kelantan. |
Parkir di luar memang penuh. Kemudian kawe masuk kawasan masjid. Allhamdulillah, masih ada ruang di dalam. Selesai parkir kawe melangkah mencari tempat duduk. Memang ramai, memang padat, tidak seperti kebiasaan. Tapi masih ada ruang untuk kawe walaupun kali ini tidak mengadap khatib.
Anak rantau penuhi masjid? Memang memenuhi. Tapi seperti kebiasaan juga masih ramai yang jadi "penunggu" bawah pokok dan wakaf (pangkin) di luar masjid. Masih ada yang rancak berkthubah di luar.
-Selepas solat Jumaat. Ramai yang dah balik. Tak boleh ambil gambar ketika ramai sebab khatib sedang baca kthubah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..