Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, April 17, 2012

Cerita bola 2012: Astro Arena Nadi Bola Sepak Singapura?


...itu salah satu persoalan sebahagian besar peminat bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini. Langkah FAM membenarkan pasukan Singapura untuk menyertai Liga Malaysia adalah sesuatu yang positif untuk merancakkan arena bola sepak kita. Namun kemasukan pasukan Singapura yang menggunakan nama Lions xii ini telah membawa tanggapan negatif peminat terhadap stesen televisyen Astro, saluran Astro Arena, 801.

Bermula perlawanan pertama Lions xii diberi keistimewaan dalam Astro Arena apabila diadakan siaran tertunda Lions xii menentang Kelantan di Stadium Jalan Besar, Singapura. Untuk siaran tersebut peminat tidaklah kisah sangat kerana ini baru permulaan liga.

Lama kelamaan, siaran langsung dan tertunda Lions xii mula menghiasi Astro Arena saban minggu. Jika tidak siaran langsung, disiarkan pula siaran tertunda. Itu tidak termasuk siaran ulangan.

Situasi ini mula membuatkan peminat mendakwa bahawa Astro dibayar oleh pasukan Singapura untuk penyiaran siaran langsung mahupun tertunda. Apa yang lebih teruk peminat mula merasakan ada unsur-unsur perjudian atau bookie yang turut terlibat dalam situasi ini.

Baru-baru ini timbul isu bokie yang melibatkan pasukan seberang tambak Johor ini. Oleh itu siaran untuk Lions xii perlu dan wajib disediakan. Sejauh mana kebenaran ini tidaklah dapat dipastikan. Cuma yang pasti peminat mula muak dengan Astro kerana lebih mengutamakan Lions xii berbanding pasukan dalam Malaysia sendiri.

Sekiranya benar Astro dibayar untuk siaran Lions xii ini, pihak Astro tidak akan merasa atau tidak ambil perduli mengenai rungutan peminat lebih-lebih lagi pelanggan Astro. Dalam hal ini prospek keuntungan lebih menjadi keutamaan. Siapa yang bayar lebih mereka mendapat keistimewaan lebih.
Lions XII
................................................
Boleh "like" Facebook Astro Arena Saluran 801
Ini pula: RTM kembalikan semangat bola kita
"Sukan terbaik hanya di RTM".. Opss..! Maaf
Isu hangat kini mengenai skuad eksperimen  Datuk K.Rajagobal: Kata kata Azuddin beri lampu hijau untuk Rajagobal bereksperimen

1 ulasan:

  1. memang mcm tu la...walaupun kalah dgn kelantan 1-2 ..pihak astro hanya tnjukkan selingan yang baihaki (lions X11) score goal. Ada juga dia show yg mat yo dan gaddar score tapi 2 kali yg aihaki sekali kelantann player.bangga sangat la astro dgn Lions X11. Soa kena tak siarkan kelantan meang dengan lions X1 pusingan kedua?

    BalasPadam

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..