Afandi pangku tugas Presiden KAFA
TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Afandi
Hamzah (gambar) dilantik sebagai pemangku Presiden KAFA berkuat kuasa
serta-merta selepas Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam
bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional dan
negeri.
Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat telah
diadakan petang semalam dan Ahli Majlis KAFA sebulat suara memilih
Afandi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk
mene-rajui persatuan tersebut.
Menurutnya, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan struktur dan
hierarki yang mana Afandi merupakan orang No. 2 dalam KAFA selepas
Annuar.
Selain itu kata beliau, Afandi di- lihat sebagai individu yang mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan bola sepak Kelantan.
“Secara dasarnya, Datuk Afandi akan memangku jawatan berkenaan
sehingga proses pemilihan (Ahli Majlis KAFA yang baharu) diadakan pada
2013.
“Beliau (Afandi) akan memangku tugas sebagai Presiden KAFA dan
sebarang keputusan mengenai isu tertentu akan dibuat oleh Majlis
Mesyuarat KAFA,” kata Azman kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, hukuman yang dijatuhkan ke atas Annuar menyebabkan KAFA
dan seluruh peminat bola sepak Kelantan kehi- langan seorang individu
yang amat besar sumbangannya dalam usaha memajukan bola sepak di
Kelantan.
Katanya, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM merupakan individu
yang begitu berkaliber dan memberikan sepenuh jiwa raga dalam memastikan
bola sepak Kelantan berada pada tahap yang ada kini.
“Apa yang berlaku ini amat mendukacitakan tetapi kita menerima segala
takdir. Saya benar- benar berharap agar pasukan Kelantan mampu
mengekalkan prestasi.
“Perkara yang berlaku ini seha- rusnya dijadikan semangat untuk kita
terus maju dan kepada para penyokong The Red Warriors, kami mengharapkan
sokongan penuh daripada anda semua,” ujarnya.
Media tempatan semalam mela- porkan, Annuar digantung selama dua
tahun enam bulan oleh Jawa- tankuasa Tatatertib FAM atas tindakannya
mengkritik prestasi pasukan bola sepak kebangsaan menerusi media.
Dalam pada itu, Annuar mene- rusi laman sosial Facebook milik- nya
dipetik sebagai berkata: “Mereka boleh ambil semua pangkat saya tetapi
mereka tidak boleh ambil maruah saya.
“Mereka boleh gantung atau haramkan saya daripada bola sepak mereka
tetapi saya haramkan diri saya daripada berhenti aktif memajukan bola
sepak Malaysia.
“Tindakan FAM memberikan semangat baharu kepada saya. Selebihnya saya serahkan kepada masyarakat dan peminat untuk menilai."
.......................................................
Itu salah satu laporan akhbar mengenai hukuman terhadap Tan Sri Annuar Musa kerana telah membuat KESALAHAN besar terhadap FAM. Besar betul FAM sehingga timbalannya sendiripun tidak dibenarkan mengkritik.
Annuar tidak dibenarkan mengkritik skuad senior walaupun beliau sendiri timbalan pengerusi skuad senior. Ini kerana yang berhak mengeluarkan kata-kata hanya presiden. Dan ada juga yang menyebut presiden dan setiausaha agung sahaja yang dibenarkan bersuara. Dalam hal ini nampaknya jawatan S/U Agung lebih tinggi kerana S/U boleh
bersuara terhadap skuad kebangsaan.
Kesalahan kedua kerana melanggar titah Tengku Abdullah yang melarang hal ehwal FAM dibincangkan diluar menyuarat. Tetapi bukankah Annuar juga sama pangkat dengan Tengku, sebagai timbalan presiden? Apa bezanya Annuar dengan Tengku selain kerabat diraja?
Dalam perkembangan lain, ada segelintir media sukan atau lebih tepat lagi wartawan sukan seakan cuba sabotaj Annuar. Walaupun belum dijatuhkan hukum, ada laporan wartawan yang seakan terus menghukum Annuar.
Ranking Nepal lebih tinggi berbanding dengan Malaysia |
.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..