Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, April 17, 2012

Suku kedua 2012 hanya secebis cerita

Saat dan ketika ini April telah mengisi ruang taqwin 2012. Ini bermakna suku kedua 2012 baru pada peringkat pertama. Seperti sebelum ini juga edaran waktu bagi kawe begitu cepat berlalu. Tiada perubahan ketara melainkan peningkatan angka umur. Umur yang hampir ke penghujung 20-an. Sungguh tidak disangka, jasad dan roh yang dipinjamkan oleh Allah masih bersama kawe. Dan mungkin juga buat sahabat-sahabat.

Mula memikir lebih serius dalam menghadapi kehidupan. Tapi hanya fikiran yang serius, usaha masih pada peringkat kritikal. Kadang-kadang dan selalu juga sampai tidak tahu apa yang harus difikirkan. Yang pasti nafas terus dihembus, jangtung terus bendenyut.

TUAN KOB RAJA SARING - Puah Ambo Mikir (dikir barat)

Insya-Allah, masih ada ruang dan peluang.
.................................................
Pernah merasai buntu? Fikiran kosong? Dalam hidup ini keadaan ini adalah normal. Sekiranya keadaan ini tidak diatasi dengan baik kita mungkin akan mengalami sesuatu yang di luar kawalan minda. Mungkin juga akan mengalami tekanan perasaan.

Teringat kata-kata seorang guru, "jangan sampai membunuh diri ...", cuma tak pasti ayat-ayat itu keluar dalam isu apa. Seorang guru yang sentisa ceria di depan kami.
Sebaik-baik pengaduan adalah hanya kepada ALLAH
..sekiranya tidak ...
..ini akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..