Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, April 13, 2012

Cerita bola: Kelantan terus dihimpit FAM?

Kelantan kembali bergelora

Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bharian.com.my (www.bharian.com.my)
2012/04/13


FAM potong 14 mata skuad Piala Presiden guna pemain tak sah 
Kelantan terus dihimpit

KANCAH bola sepak Kelantan ‘kembali bergelora’, semalam. Kali ini ia membabitkan skuad Piala Presiden selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan memotong 14 mata diperoleh hasil empat kemenangan dan dua kali seri.


Hukuman keras yang dikenakan ke atas Kelantan diputuskan selepas FAM mendapati skuad muda The Red Warriors itu menurunkan pemain yang tidak sah sepanjang tujuh perlawanan diharungi dalam pertandingan berkenaan sebelum ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan berikutan hukuman itu, semua mata dipungut skuad berkenaan akan ditarik balik sebaliknya akan dihadiahkan kepada pihak lawan. 

“Selepas diselidik, kami mendapati Kelantan menggunakan khidmat pemain tidak sah iaitu membabitkan penjaga gol mereka. Mengikut peraturan 55(2), hanya pemain pertandingan bawahan yang dibenarkan bermain di saingan lebih tinggi. 

“Tapi seseorang pemain yang didaftarkan dalam kejohanan lebih tinggi tidak dibenarkan diturunkan pada kejohanan lebih rendah. Untuk itu, kami memutuskan Kelantan tewas dalam semua tujuh perlawanan dan pihak lawan memperoleh kemenangan dengan jaringan 3-0,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Undian Pertandingan Piala Belia Bawah 19 tahun kebangsaan di Wisma FAM, semalam. 

Dalam kejohanan pada 1 hingga 14 Mei ini, sejumlah 14 pasukan negeri mengesahkan penyertaan dan dibahagikan kepada empat kumpulan. 
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang turut hadir menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah meneliti atau membubarkan sebarang peraturan seperti yang didesak banyak pihak. 

“Bukan Artikel 88 saja boleh diubah malah peraturan lain juga boleh tapi FAM perlu menerima usul terlebih dulu daripada mana-mana ahli kongres. Usul boleh dibuat sebulan sebelum tarikh kongres iaitu selewat-lewatnya 30 Mei ini namun sehingga kini kami belum menerima sebarang usul lagi,” katanya.
................................................................


Nampaknya derita Kelantan belum berakhir. Isu Tan Sri Annuar Musa masih lagi merah terkesan dalam diri penyokong Kelantan, kini timbul pula isu potong mata terhadap skuad Presiden. Atas alasan menurunkan pemain yang didaftarkan dalam skuad senior atau Liga Super, Kelantan terus dihukum.


Persoalannya, mengapa baru sekarang? Setelah mengumpul mata yang agak tinggi, Kelantan terpaksa memberikan kepada pasukan lawan. Jika kesalahan ini dimaklumkan terlebih awal sudah pasti Kelantan tidak dipaksa melepaskan mata yang yang berharga.
................................................................
Catatan lama: Bola bola bola
Apalah nasib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..