Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, April 27, 2012

Isu PTPTN: Protes caj atau protes politik?

Hari ini demo mansuh PTPTN telah berlanjutan beberapa hari. Katanya peserta demo, protes ini untuk menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma untuk semua rakyat Malaysia. Cuma kawe tidak pasti apakah protes ini turut menuntut PTPTN dihapuskan. Pada pemahaman kawe tuntutan ini untuk menghapuskan caj perkhidmatan PTPTN terhadap pemimjamnya.

Sekiranya demo ini untuk tuntutan caj perkhidmatan dihapuskan, kawe turut menyokong penuh. Tapi andai demo ini untuk dihapuskan PTPTN kawe berbelah bagi untuk menyokong atau menolaknya.

Dalam kepala kawe kini bersarang beberapa persoalan. Antaranya;..

Kenapa tidak patut dimansuhkan?
1) PTPTN diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat tinggi. Sekiranya tiada "bantuan" PTPTN kawe percaya ramai di kalangan pelajar (terutamanya Melayu) akan terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran.

2) Bagi kawe staf PTPTN adalah pekerja. Sekiranya dihapuskan, ke mana mereka akan bekerja? Dalam keadaan yang payah untuk mencari peluang pekerjaan sekarang, kita bimbang kerjaya mereka untuk mencari rezeki tertutup.

Kenapa patut dimansuhkan?
1) Kerajaan mesti berusaha untuk menyediakan pendidikan percuma untuk rakyatnya. Dalil yang mengatakan kerajaan akan muflis sekiranya pendidikan percuma diberikan seakan tidak logik. Sumber kewangan negara diperoleh dalam pelbagai sudut. Antaranya dari petrolium dan hasil galian yang lain. Bukankah Malaysia adalah pengeluar minyak yang dikategorikan sebagai terbaik.

2) Kerajaan mendakwa sumber kewangan tidak stabil sekiranya pendidikan percuma diberikan. Mengapa? Sedangkan kita sering disumbat dengan berita dan cerita bahawa KDNK sering mencanak naik. Ekonomi Malaysia ada peningkatan setiap tahun. Jadi mengapa negara akan muflis andai pendidikan percuma disediakan?

Penyelesaian?
Sukar untuk hapuskan PTPTN agaknya. Tapi adakah sukar juga untuk hapuskan caj perkhidmatannya? Caj biasa adalah 3%, dan skim hujrah 1%. Tapi caj ini dikatakan tinggi bagi sebahagian pemimjam terutamannya yang belum mendapat pekerjaan.

Entahlah. Mana satu yang perlu disokong. Tapi yang jujurnya, sekirannya caj perkhidmatan dihapuskan, kawe salah seorang daripada ribuan pemimjam yang akan bersorak riang.

Bukan berniat untuk tidak membayar hutang, tapi masih ada kekangan.

Buat mereka yang berdemostrasi di Dataran Merdeka. kawe tidak pasti itu adalah protes untuk PTPTN atau ada unsur politik. Yang jelas orang politik, terutamanya pembangkang akan terus menyokong mahasiswa.

Sekatan ke luar negara bagi yang gagal membuat bayaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..