Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Mei 27, 2011

Cerita bola: Kelantan tersungkur di laman sendiri

Red Warriors tumbang 



KOTA BHARU – Rekod tanpa kalah Kelantan di gelanggang sendiri musim ini, akhirnya lebur setelah kecundang 1-2 kepada T-Team dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. 


Gol pemusnah menerusi bekas Ketua Pasukan Kelantan musim lalu, Indra Putra Mahayuddin pada m-97 perlawanan memaksa The Red Warriors melepaskan gelaran pendahulu liga kepada Terengganu yang mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Pahang malam tadi. 

T-Team yang bertandang ke Kota Bharu dengan misi sukar untuk memburu kemenangan memulakan asakan seawal minit kedua menerusi hantaran lintang Mohd Badrul Hishani Abd Rahman ke dalam kotak penalti namun tandukan Mohd Hafis Safwan Md Kamal tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan. 

Dua minit kemudian, Kelantan kembali membalas serangan kali ini menerusi lorongan cantik Mohd Farisham Ismail kepada Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti namun penjaga gol T-Team, Mohd Zairi Hafiezi Idris terlebih dahulu keluar menyelamatkan keadaan. 



Pada minit keenam, pasukan pelawat nyaris memperolehi gol pertamanya menerusi percubaan pemain tengah, Zairo Anuar Zailani dari luar kotak penalti yang memaksa penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat merebahkan badan untuk menepis keluar rembatan tersebut. 


Begitu pun, Kelantan turut berpeluang berada di depan enam minit kemudian menerusi gerakan solo Mohd Nurul Azwan Roya dari tengah padang namun rembatannya cukup lemah untuk menghasilkan gol pertama Kelantan. 


Tiga minit kemudian, Mohd Nurul Azwan sekali lagi bijak memperdayakan Norfazly Alias di penjuru padang tetapi rembatan leretnya sedikit tersasar disebelah kiri pintu gol T-Team. 


Pada m-24,: Muhd Badhri Radzi yang menerima hantaran lintang S Chanturu mensiakan peluang terbaik untuk meletakkan Kelantan di hadapan apabila tandukannya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol. 


Pada m-42,: gerakan solo menarik Norshahrul Idlan berjaya memperdayakan tiga pemain pertahanan T-Team namun rembatan kencangnya diselamatkan Mohd Zairi Hafiezi di gawang gol pasukannya. 


Minit-minit akhir babak pertama, T-Team memperoleh gol pertamanya hasil ‘jaringan kontroversi’ menerusi rembatan Mohd Badrul Hisani setelah berlaku situasi kelam kabut di depan pintu gol Kelantan.


Tindakan pengadil membenarkan jaringan tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati pemain Kelantan yang mendakwa bola yang dihantar Mohd Norfarhan kepada Mohd Badrul Hisani sebelum itu sudah pun terkeluar daripada garisan kawasan permainan. 


Tiga minit babak kedua bersambung, pasukan T-Team gagal menjarakkan kedudukan apabila serangan balas pantas menerusi Mohd Norfarhan Muhammad gagal dimanfaatkan dengan sempurna Mohd Haris Safwan didepan pintu gol Kelantan. 


Pada m-55, Zairo Anuar yang menerima umpanan Indra Putra Mahayuddin sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan apabila merembat kencang ke pintu gol Kelantan namun sempat ditepis keluar Khairul Fahmi. 


Namun selepas itu, pengadil perlawanan, Shokri Nor terpaksa menghentikan perlawanan terhenti hampir enam minit gara-gara segelintir penyokong Kelantan bertindak membaling objek ke dalam padang. 


Begitu pun rentak pasukan T-Team tidak mudah terganggu dengan insiden tersebut sebaliknya kian rancak melancarkan serangan ke pintu gol Kelantan. Hasilnya pada :m-66:, Mohd Norfarhan hampir menambah derita pasukan Kelantan menerusi tandukan tajam di depan pintu gol Kelantan namun diselamatkan sekali lagi Khairul Fahmi. 


Pujian harus diberikan kepada dua pemain pertahanan T-Team, Azizi Matt Rose dan Norfadzly Alias yang beraksi cemerlang mengekang asakan bertali arus pemain Kelantan dalam perlawanan malam tadi. 


Kelantan mempunyai dua peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan selepas itu apabila rembatan kencang Norshahrul Idlan pada -74 diselamatkan Mohd Zairi Hafiezi sementara Muhd Badhri pula mensia-sia peluang terbaiknya apabila menyepak liar pada :m-79: sekalipun tidak dikawal oleh pemain pasukan pelawat. 


Akhirnya gol penyamaan Kelantan hadir pada :m-86: perlawanan menerusi jaringan Mohd Nurul Azwan yang merembat kencang setelah menerima hantaran pendek Norshahrul Idlan didalam kotak penalti. 


Namun kesilapan pemain pertahanan, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid yang gagal mengeluarkan bola di depan pintu gol Kelantan pada masa tambahan akhirnya dihukum menerusi rembatan rendah Indra Putra menewaskan Khairul Fahmi untuk memastikan rekod tanpa kalah bekas pasukannya di halaman sendiri berakhir malam tadi.: 


Kesebelasan utama pemain: 

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, S Subramaniam, Zairul Fitree Ishak (Mohd Izuan Salahuddin), Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, Solehin Kanasian Abdullah (Danial Fadzli Abdullah), S Chanturu (Mohd Nizab Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha. FORMASI : 4-4-2 


T-TEAM : Mohd Zairi Hafiezi Idris, Azizi Matt Rose, Rosdi Talib (KP), Norfazly Alias, Mohd Shahrul Ezrain Samsudin, Zairo Anuar Zailani, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Indra Putra Mahayuddin, Muhd Badrul Hisani Abd Rahman (Hisbullah Awang), Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Haris Safwan Md Kamal (Azrul Hazran Amiludin Baki). 

FORMASI : 4-4-2


Pegawai Perlawanan:
Pengadil:Shukri Nor
Pen. Pengadil 1: Wan Ismail Wan Ali
Pen. Pengadil 2: Ismail Samid
Pegawai kemempat: Mohd Rahimi Mohd Noor
Komisioner perlawanan: Mohd Jamil Zakaria
General kordinator: Arif Hassan


Sumber: Sinar Harian (Khamis, 26 Mei 2011)
******************************************************************
Kelantan kecundang

T-Team menjadi pasukan pertama berjaya menundukkan Kelantan di laman sendiri. Bersaksikan lebih 20,000 penyokong, Kelantan tidak berjaya menghadiahkan kegembiraan buat peminatnya. Episod keempat kekalahan Kelantan pada musim ini begitu terkesan buat penyokong lebih-lebih lagi tewas kepada T-Team.

Musim ini T-Team bagaikan musuh utama buat penyokong Kelantan kerana didakwa "mencuri" tiga pemain Kelantan. Tiga sekawan, Farhan, Indra dan Azizi, meninggalkan Kelantan tanpa jejak pada akhir-akhir pendaftaran pemain tahun lalu. Sejak dari itu tiga sekawan menjadi seteru buat pasukan, lebih-lebih lagi kepada peminat Kelantan.

5 April lalu T-Team berjaya menundukkan Kelantan dengan jaringan 4-3. Dua daripadanya dijaringkan oleh Farhan dan Indra Putra. 25 Mei pula Indra sekali lagi memusnahkan impian Kelantan. Harus diingat juga, Indra juga menjaringkan gol penyamaan ketika saingan Piala FA 2011.Jaringan Indra pada 18 Februari lalu masih terasa. Tapi Kelantan bernasib baik apabila menundukan T-Team dalam penentuan sepakan penalti. Kelantan berjaya dengan jaringan 5-6.


T-Team 4 - 3 Kelantan. MSL 2011, 5 April

T-Team 1 - 1 Kelantan. FA Cup 2011, 18 Feb. Pusingan pertama (Full Time)

T-Team 5 - 6 Kelantan. FA Cup 2011, 18 Feb. Pusingan pertama (Penalty)

Misi Kelantan sekarang adalah menang dalam semua perlawanan yang berbaki jika ingin menjulang Piala Liga Super buat pertama kali. Pahang adalah pasukan terdekat yang mesti ditumbangkan. Harus diingat, Pahang pernah menewaskan Kelantan dengan jaringan 2-0 pada saingan liga pusingan pertama. Kemudian Kelantan akan ke Terengganu untuk meneruskan misi. Seri 1-1 pada perlawanan terlalu mesti ditebus dengan kemenangan. Pertembungan dengan terengganu belum berakhir kerana Kelantan dan Terengganu sekali lagi akan berentap untuk merebut Piala FA pada 11 Jun nanti. Tahun 2009 Kelantan dikecewakan oleh Selangor pada perlawanan akhir. Pada 2010, Kelantan tersingkir awal tersekat kepada Kedah pada pusingan kedua. Tahun 2011, adakah impian untuk menjulang Piala FA tercapai? Sama-sama kita nantikan.

Kemenangan Perak pada 12 April lalu masih segar dalam ingatan. Kelantan tewas besar, 4-0 di laman mereka. 14 Jun giliran Perak bertandang ke Kota Bharu. Peluang ini mesti dimanfaatkan. Sabah pula telah memberi saingan terbaik pada 16 April lalu di Kota Bharu. Seri tanpa jaringan di Kota Bharu memang sesuatu yang mengembirakan. 6 Julai giliran Kelantan ke Sabah, untuk perlawanan terakhir Liga Super 2011.



Stadium Sultan Muhammad IV stadium yang lain daripada yang lain. Setiap perlawanan penyokong memenuhi setiap ruang. Pasukan pelawat yang datang ke SSM IV sudah pasti akan merasai sesuatu yang tidak ada di gelanggang lain. Jika seri mereka bernasib baik. Untuk menang jauh sekali. Tapi T-Team adalah pasukan pertama yang berjaya menewaskan Kelantan di sini pada musim ini.

Tahun ini rekod Kelantan agak goyah berbanding sebelum ini. Tahun lalu Kelantan hanya mengalami satu sahaja kekalahan. Tahun lalu juga Kelantan tewas di gelanggang sendiri kepada Kedah. Kesilapan Syed Adney dimanfaatkan oleh Azlan Ismail untuk menundukan Kelantan 1-0.


Lihat ini juga: Indra gegar Kota Bharu
Ulasan "Formasi"
*******************************************
Di bawah jadual dan keputusan yang melibatkan pasukan Kelantan bagi musim 2011


SAINGAN PIALA FA

BIL.
TARIKH
PASUKAN
KEPUTUSAN
1
18/02
T-Team vs Kelantan
1 – 1

Penentuan penalti
5 – 6
2
04/03
Johor FC vs Kelantan
0 – 1
3
15/03
Kelantan vs Felda United
2 – 2
4
19/03
Felda United vs Kelantan
0 – 3
5
13/05
Selangor vs Kelantan
1 - 5
6
16/05
Kelantan vs Selangor
1 - 1
7
11/06
Kelantan vs Terengganu











































LIGA SUPER PUSINGAN PERTAMA

BIL.
TARIKH
PASUKAN
KEPUTUSAN
1
29/01
Selangor vs Kelantan
0 – 2
2
01/02
Kelantan vs Terengganu
1 – 1
3
12/02
Kelantan vs Johor FC
4 – 1
4
15/02
Kuala Lumpur vs Kelantan
0 – 2
5
25/02
Kedah vs Kelantan
1 – 1
6
01/03
Kelantan vs Negeri Sembilan
3 - 0
7
12/03
Pahang vs Kelantan
2 – 0
8
01/04
Kelantan vs Harimau Muda A
2 – 1
9
05/04
T-Team vs Kelantan
4 – 3
10
09/04
Kelantan vs Felda United
6 – 0
11
12/04
Perak vs Kelantan
4 – 0
12
16/04
Kelantan vs Sabah
0 – 0
13
19/04
Perlis vs Kelantan
1 - 5





























LIGA SUPER PUSINGAN KEDUA

BIL.
TARIKH
PASUKAN
KEPUTUSAN
1
22/04
Kelantan vs Perlis
4 – 0
2
26/04
Kelantan vs Selangor
1 – 0
3
30/04
Kelantan vs Kuala Lumpur
2 – 0
4
03/05
Johor FC vs Kelantan
0 – 2
5
06/05
Kelantan vs Kedah
2 – 0
6
10/05
Negeri Sembilan vs Kelantan
0 – 0
7
19/05
KL Felda United vs Kelantan
1 – 3
8
22/05
Harimau Muda A vs Kelantan
2 – 2
9
25/05
Kelantan vs T-Team
1 - 2
10
28/05
Kelantan vs Pahang
? -?
11
06/06
Terengganu vs Kelantan
? -?
12
14/06
Kelantan vs Perak
? -?
13
06/07
Sabah  vs Kelantan
? -?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..