Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Mei 26, 2011

Satu cerita gembira, satu cerita geram

SELASA, 24 Mei '11: Hari ini satu perkhabaran gembira dan ada satu cerita yang mencetus kegeraman. Aku mula cerita pertama;

Gembira
Setelah lima bulan lebih emak menerima rawatan susulan ekoran kecederaan yang dialaminya awal tahun 2011. 5 Januari 2011 emak terpijak paku menyebabkan emak mengalami kesakitan yang agak memeritkan. Pada awalnya emak ke klinik berdekatan, tapi tiada perubahan. Selang sehari emak dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa. Namun masih tiada perubahan. Kakinya mula membengkak. Akhirnya pada 9 Januari kami membawa emak ke HRPZ II.

Malam itu emak terpaksa ditahan di wad kecemasan seketika. Menurut kata doktor kalau takde apa-apa masalah emak boleh pulang. Esoknya (10 Januari) emak terpaksa masuk wad untuk rawatan lanjut. Setelah 17 hari di hospital emak dibenarkan pulang.

Bermula 30 Januari sehingga hari ini (24 Mei) emak berulang-alik (kami adik-beradik bergilir-gilir membawa emak ke klinik) ke Klinik Othopedik HRPZ II untuk rawatan lanjut. Pada mulanya emak dikehendaki ke klinik tiga kali seminggu (Ahad, Selasa dan Khamis). Hari demi hari lukanya makin baik. Rawatannya dikurangkan dua kali seminggu, dan akhirnya sekali seminggu. Alhamdulillah, hari ini hari terakhir ibu dirawat. Walaupun lukanya belum sembuh tapi ia semakin baik.

Dalam tempoh lima bulan ini juga emak tidak boleh berjalan. Kami yang membantu emak untuk bergerak sama ada dengan kerusi roda mahupun terpaksa mendokongnya. Tapi apa yang kami lakukan ini bukan "terpaksa".

Ketika di wad lalu doktor ada mengesyaki emak menghidap begok di lehernya. Alhamdulillah ini tidak terjadi.

Kini emak makin sihat walaupun berat badannya makin turun. Untuk ketika ini emak tidak perlu lagi ke klinik untuk rawatan susulan. Untuk masa akan datang hanya Allah yang mengetahuinya.

1 Jun 2006
Waktu ni emak berisi. Sekarang makin "mengecil"
Geram
Ini cerita yang membuat betul-betul geram. Lihat gambar di bawah;

Tarikh: 24 Mei 2011
Masa: 1526
Lokasi: Lot parking HRPZ II (Berhadapan Dewan Bersalin. Di antara Makmal Alat Tulis dan Kolej Kejururawatan.

Perkara begini memang acapkali berlaku. Pemandu yang meletak kenderaan tidak ikut peraturan. Memang ruang parking di sini tidak mengcukupi, tapi ramai pemandu yang suka hati letak kenderaan. Perhatikan kenderaan yang ditandai nombor "2" dan "3".  Kereta nombor "1" (dan tiga buah kereta di depannya @ sebelah kanan) memang dalam petak.

Aku dengan kancil tua cuba cari parking di kawasan tersebut. Sampai saja di kawasan di atas, laluan terhalang di antara kereta "1" dan "2". Sepatutnya di sini aku boleh jalan terus jika takde parking kerana ini laluan sehala. Akhirnya aku terpaksa undur balik kancil tua aku di laluan yang sempit.

Gambar seterusnya adalah kereta yang menghalang laluan:
Nombor pendaftaran kereta "2" aku terpaksa "tampal". Bayangannya DAN 4** (3 Abjad, 3 nombor).
Pemandu yang sebegini mengambil jalan mudah. Mereka tidak menghiraukan orang lain. Mereka beranggapan orang lain memahami situasi mereka (yang tidak mempunyai ruang parking).

Apa yang menggeramkan lagi adalah ada di kalangan mereka ini staf hospital sendiri. Kereta "3" milik (pemandu) seorang jururawat (melihat kepada unifom yang dipakainya). Adakah staf juga tidak ada ruang parking? Atau staf mengambil jalan mudah; staf Dewan Bersalin, letak kenderaan berdekatan jabatannya.

Tengok sekali lagi:
Ambil mudah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..