Gambar 1 |
Tengok gambar di sebelah. Gambar ini diambil pada bulan Ramadhan ini. Kelihatan dua remaja sedang main bola. Walaupun berpuasa tidak menghalang mereka untuk berkejar ke sana ke mari. Tapi ada juga yang tak puasa. Ini riadah mereka pada sebelah petang, sambil menunggu waktu berbuka. Kalau bulan lain lagi ramai remaja di atas tanah lapang ini, termasuk kawe.
Teringat waktu remaja dulu, di sinilah kawe. Sama seperti mereka. Bezanya kami lebih ramai daripada itu. Siap boleh lawan lagi, main dua gol. Sekarang kawe masih remaja lagi, tapi remaja tua.
Selain tidur petang pada bulan puasa (atas alasan penat dan letih kerana puasa) aktiviti inilah yang kawe dan rakan-rakan lakukan. Setakat berlari sikit-sikit pada sebelah petang bukan masalah bagi kami. Bukan penat sangatpun. Lagipun habis main, balik rumah, duduk-duduk sekejap terus waktu berbuka.
Gambar 2 |
Aktiviti lain adalah "berperang". Mercun sana sini, letup itu dan ini termasuk meledakan tahi lembu. Bunyi dentuman mercun diiringi gelak ketawa. Tapi kawe main mercun yang kurang bahaya. Yang kurang powernya.
Seronok jugalah. Boleh juga hilangkan bosan dan lapar. Nak tolong-tolong mak di dapur itu bukan kepakaran kawe. Tugas lelaki beli barang-barang masakan apa yang patut dan apa yang disuruh, kemudian keluar beraktiviti.
Segilintir remaja yang lain (bukan di kalangan kami) akan beraksi di jalan raya seakan litar perlumbaan. Rumah kawe berdekatan dengan salah satu "litar" utama bagi golongan Samseng Jalanan (kawasan Pengkalan Chepa) mempamerkan aksi. Bila tiba bulan puasa "litar" lurus sepanjang dua kilometer (lebih kurang) menjadi tumpuan sama ada "pelumba" mahupun penonton. Tapi kawe bukanlah peminat pelumbaan haram ini.
Apa yang kawe lakukan adalah dengan main bola atau takraw walaupun ada yang kata kami tak puasa. Kami yang main, kami yang rasa. Sekarangpun kawe masih seperti dulu. Jika ada kesempatan kawe akan turut serta bersama "juniors" di tanah lapang ini. Tanah lapang yang memang menjadi padang bola sepak dan takraw kami.
Gambar 3 |
Gambar 4 |
Gambar 5 |
Gambar 6 |
Padang kecil yang bersebelahan kubur dan jalan raya ini menjadi gelangang kami. Tendangan yang kuat akan melantunkan bola ke kawasan kubur (gambar 3 & 6). Tapi ini lebih selamat jika dibanding dengan sebelah satu tiang gol lagi; berhampiran jalan raya (gambar 1). Beberapa kali bola melintasi jalan raya. Sudah berapa biji bola pecah dilanggar dan dipijak kereta. Nasib baik bola saja yang pecah. Setakat ini kenderaan dan orang belum lagi pecah.
********************************
Di sebalik riadah puasa tahun ini, ada sesuatu yang baru dalam hidup kawe sekeluarga. Keadaan ibu yang sakit (baca catatan ini) awal tahun ini sedikit merencatkan suasa puasa. Tapi alhamdulillah, keadaan ini bukanlah sesuatu yang berat. Kami dapat atasinya dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..