Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Ogos 08, 2011

Murtad kerana miskin?

Cerita yang berlaku dua tiga hari lalu. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, Selangor. Dalam serbuan ini didapati terdapat beberapa muslim yang turut serta dalam acara yang dianjurkan oleh pihak gereja. Dan serbuan ini dilakukan kerana ia melibatkan orang Islam.
-Gambar hiasan
Pihak gereja dikatakan menjemput sebilangan orang Islam untuk jamuan makan malam, lebih tepat lagi sewaktu hampir berbuka puasa, Maghrib. JAIS dengan kerjasama PDRM telah menyerbu gereja tersebut kerana disyaki cuba mengkristiankan orang Islam.

Menurut laporan akhbar lagi penganut Islam yang menyertai acara itu terdiri daripada golongan ibu tunggal yang miskin dan sebilangan yang hidup bergelandangan serta taraf hidup yang tidak menentu.

Situasi ini menyebabkan kawe terfikir; sebilangan umat Islam ingin murtad kerana hidup miskin. Malaysia sebuah negara Islam yang mempunyai organisasi yang  menguruskan zakat. Di mana zakat ini ditabur sehingga ada yang masih hidup melarat? Adakah zakat kita tidak mengcukupi? Adakah zakat kita dilebihkan kepada pegawai-pegawai pengurusan zakat?

Sebilangan saudara kita ingin murtad kerana tidak tahan hidup menderita. Pihak agama lain pula bijak menyusun strategi menawan hati. Dengan menunjukkan belas ihsan, rasa tanggungjawab, mereka mengumpan saudara kita. Umpanan keluar dari kemiskinan.

Cerita ini tidak mengejutkan kawe kerana pernah mendengarnya sebelum ini. Sahabat-sahabat kawe pernah menceritakan bagaimana situasi ini berlaku di Sabah. Golongan miskin, pedalaman dan cetek agama mudah terjebak dengan umpanan ini. Cuma kawe sedikit terperanjat situasi seperti ini berlaku di Semenanjung.

Sasaran pihak terbabit juga adalah di kalangan golongan saudara baru. Saudara baru yang berjinak-jinak dengan Islam mungkin akan kembali ke anutan lama jika mereka merasakan penghijrahan mereka tidak bermakna. Hidup sebagai muslim tapi penuh dengan kemiskinan, kemunduran dan kesengsaraan. Mungkin inilah yang bermain di fikiran saudara baru jika jabatan agama, pengurusan zakat, masyarakat dan media tidak cakna terhadap kebajikan mereka.

Bukankah Islam ini lebih menjaga kebajikan? Tapi bagai mana perkara seumpama ini boleh berlaku?

Dalam perkembangan lain, situasi ini mendapat reaksi yang berbeza di kalangan ahli politik. Sahabat sekalian boleh melihatnya bagaimana isu ini dimainkan oleh parti-parti politik. Lebih parah ia dimainkan oleh parti politik yang ditunjang oleh pemimpin yang beragama Islam (boleh cari sendiri isu apa yang dimainkan. Kawe malas nak ulas).

RAIHAN - Puji-pujian

2 ulasan:

  1. rancangan program sejuta impian - ada seorang gadis melayu nih plan nak buat tiada lagi orang kelaparan..mungkin kiter patut sokong dia..supaya tidak ada pihak yang tidak sepatutnya mengambil kesempatan. Pihak yang urus zakat tu pun patut kerja keras bantu orang islam miskin yang cetek pemikiran agamanya.

    BalasPadam
  2. ramai yg tgk AF, MENTOR, dll rancangan realiti; bila pelajar (pelajar konon) kesayangan mrk tkeluar drp saingan mrk sdih, sayu, menangis ... Tp bila saudara seislam kita yg realiti terkeluar drp Islam (yg xde saingan) xdepun yg sayu, sedih, menangis.

    Utk artis realiti ramai yg sanggup berhabis krdt undi SMS, tp utk sedara Seislam kita ramai ke yg sanggup berhabis sen utk mderma?

    BalasPadam

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..