Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, November 02, 2010

Mimpi

Kita biasa mendengar orang berkata jika kita bermimpi sesuatu yang baik jangan dicerita kepada orang lain; bimbang mimpi baik itu tidak menjadi kenyataan. Itu kata orang. Tapi kata orang bijak pandai dalam agama (Islam) mimpi yang baik itu eloklah diceritakan (tapi bukan untuk hebahan). Ini kerana sesiapa yang mendengarnya dapat berdoa sama agar mimpi "si pemimpi" itu (jika diizinkan Allah) akan menjadi kenyataan. Tapi kena tengok jugalah pada siapa mimpi itu diceritakan. Kalau diceritakan pada yang bukan-bukan jadi lain la pulak. Mungkin ditertawa atau diherdik. Mimpi yang buruk pula ada baiknya didiamkan saja; bimbang kalau-kalau mimpi buruk itu "terdoa' oleh yang mendengarnya dan ini juga untuk elakan ditertawakan.

Semalam aku bermimpi. Baik atau buruk? Mimpinya begini; Suatu hari aku sedag menggali lubang di belakang rumah* (di kampung Chuchoh Puteri B) untuk menimbus najis lembu atau dalam bahasa kasarnya tahi lembu. Lubang yang digali di atas tanah yan berpasir dan sukar untuk digali dalam. Gali punya gali tak juga dalam-dalam. Akhirnya aku kambus juga tahi lembu yang berselerak itu dalam lubang yang tak berapa dalam tu.

Dalam masa yang sama aku terfikir; dengan lubang yang tak berapa dalam tu berapa lamalah najis tu akan tersimpan, tertanam dan tertimbus kat situ? Lambat laung najis tu akan tersepai juga. Lubang pula hanya satu, najis banyak tompok.

Fuh.. dipendekan cerita aku cuba menafsir mimpi tersebut secara sendiri (macam ahli nujum la plak) mengikut selera dan imaginasi serta khayalan ku. Sebelum ini aku pernah (dan masih) menyimpan suatu "rahsia". "Rahsia" itu ku tutup dengan pelbagai cara daripada diketahui oleh sesiapa. Suratan atau kebetulan mimpi ini ada bagai ada kaitannya.

Dalam mimpi aku menggali lubang untuk menimbus tahi lembu (aku lebih suka guna perkataan "tahi" daripada "najis") daripada terdedah. Dalam realitinya aku "menggali" banyak "lubang" untuk menutup rahsia. Dalam mimpi aku terfikir sampai bila tahi lembu itu akan tersimpan di dalamnya. Realitinya sampai bila "rahsia" aku akan tersimpan. Lambat laung akan terbongkar juga tahi lembu dan "rahsia" itu.

Lubang yang satu dan tak dalam mana mungkin akan menampung tahi yang bertompok-tompok. "Rahsia" yang besar mana mungkin aku tutupi dalam masa yang tiada tahu kesudahannya. Hhaahai...entahlah.. aku pun tak tahu. Biarlah rahsia..

Bak kata orang tua-tua; bangkai gajah walau disembunyi bagaimanapun akhirnya berbau juga. Itu kata orang tua. Kata orang muda; walau sehalus dan seperlahan manapun bunyi kentut, akhirnya berbau juga. Hohohoi..hampeh.

*Belakang rumah aku yang sebenarnya (realiti) bukan tanah berpasir. Apa nama tanah aku tak tahu. Yang pasti boleh tanam pokok getah, durian, rambutan dan yang "sewaktu" dengannya, tapi tak boleh tanam orang mati sebab memang takkan hidup.
######################################################

Mimpi lagi (lain)
Bila cakap pasal mimpi aku ada mimpi yang tak pernah ku ceritakan. Pertama mimpi digigit anjing dan dikejar lembu. Ini betul-betul, bukan cobaan. Paling kerap adalah dikejar lembu. Mengikut tafsiran yang aku dengar daripada Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus, apabila kita bermimpi berkaitan lembu, anjing, ular, dan beberapa haiwan yang lain, ia ada kaitan dengan unsur-unsur jin. Adakah aku terkena buatan jin? Hanya Allah yang mengetahuinya. Jin tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan diizinkan Allah.

Kedua; Mimpi jodoh? Dulu pernah dan sering termimpi seorang muslimah ni. Lawanya boleh tahan. Pendek kata dia ni memang "pakej", lengkap sebagai muslimah. Tapi nak cuba dekat malu, takut, gerun, macam-macamlah. Nak kata tak kenal, kenallah sangat. Nak kata tak pernah bersembang, acap kali juga berbual. Sekali pandang nampak macam dia bagi respon. Haahai..tergugat keimanan yang sedia lemah ni. Hahaha... Acap kali jugalah termimpikan si dia ni. Konon-kononnya ada chemistry la orang kata. Tapi takdir Allah yang menentukan, dia kahwin dengan orang lain. Orang yang baik jodohnya dengan orang yang baiklah. Hahaha.. nasib baiklah aku tak cuba tackle dia, kalau tidak "termalu" sendiri plak. Sekarang agaknya dan menimang cahaya mata kot.

Mimpi jodoh belum berakhir. Baru-baru ni termimpikan orang lain la plak (sebelum ni pernah dan sering juga mimpikan dia). Banyak sangat tidur, asyik mimpi je. Tapi ini mimpi malam, bukan mimpi siang. Dia ni baik jugalah. Bak kata P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang, "Tak lawa tapi manis ada". Tapi dengar-dengar si dia ni pun dah ada yang punya!! Hhah..sudahlah. Malas aku "nak" bermimpi lagi.


Ini..
Menangkis kejahatan makhluk halus
10 perkara mengenai jin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..