Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, November 04, 2010

Cerita amah

4 Nov. Khamis: Ini cerita betul. Sebelum ini pun (dalam ramboview) cerita betul. Pagi tadi seorang jiran datang ke rumah kami bersama seorang "amah" Indonesia. Ceritanya begini; Amah ni kenal dengan jiran kami tu. Segala hal tentang majikannya amah itu ceritakan, termaksud cerita dia didera. Ya, didera. Cuma tidaklah teruk sangat. Datangnya amah ke rumah kami untuk minta tolong. Minta tolong hantarkan dia ke rumah seseorang. Rumah siapapun aku tidak pasti. Adik aku hantar amah ke rumah yang dimaksudkan, tapi rumah yang ditujunya tidak dijumpai.

Tempat yang ditujunya sebelah kampung kami, tapi rumah yang ditujunya tidak dijumpa. Jadi dia kembali ke rumah kami. Mengikut ceritanya, dia tidak tahan diperlakukan oleh majikan dan anak majikannya. Pernah dipukul dan ditendang oleh anaknya. Hari-hari tugasnya memasak, tapi tidak pernah dijamah oleh majikan. Makanan dibuang. Membazir memang membazir, tapi itulah yang (disuruh) dilakukan (memasak) hari-hari. 13 bulan bekerja tapi tidak bergaji. Mungkin majikannya menanggung kos ketika mendapatkan amah tersebut.

Biasa kita mendengar seorang amah mahupun pekerja Indon yang tidak dibayar gaji untuk suatu tempoh tertentu. Ini kerana pekerja mesti bekerja tanpa gaji terlebih dahulu untuk melunaskan hutang (kos) perbelanjaan kepada majikan ataupun ejen. Benar atau tidak, aku tidak pasti.

Cerita amah lagi; dia sudah tidak sanggup lagi bekerja setelah sekian lama diperlakukan sebegitu. Jadi dia ingin "lari' ke Kuala Lumpur. Sebelum ke rumah kami pagi tadi, majikannya memberi RM50 untuk belikan barang masakan tengah hari. Jadi ini peluang amah untuk keluar daripada perlakuan majikannya. Tapi sayang, langkahnya pendek; rumah yang dituju tidak dijumpai, pasport dan telefon bimbitnya berada dengan majikannya. Sedangkan dia tekad untuk lari juga.

Rumah siapa yang ditujunya? Dia menuju ke rumah seseorang (orang tempatan) yang dikenalinya boleh membantu (mengikut katanyalah). Pada mulanya dia ingin tinggal sementara di rumah kami. Lepas Maghrib dia ingin ke satu tempat lain pula. Bukan tidak mahu membantu, bukan bertindak zalim; kami rasakan tidak sesuai dia tinggal di rumah kami walaupun sementara.

Majikannya juga jiran kami. Si suami seorang profesional (swasta). Si isteri tak tahulah kerja apa. Sebelum ini pasangan suami isteri bercerai, tapi rujuk balik. Mengikut cerita orang kampung, si isteri ni perangainya buruk sekali. Sifat cemburu yang terlampau. Sudah sembilan amah berganti.

(bersambung...)
Kami cuba membantu, tapi sekadar yang termampu. Bimbang jugalah, kalau-kalau majikannya "bertindak" yang bukan-bukan ke atas kami sekeluarga. Manalah tahu takut-takut mereka mendakwa kami yang menghasut amah itu untuk lari. Silap langkah, kami pula yang dipersalahkan.


Aku cadangkan amah tu buat laporan polis. Tapi dia nampaknya keberatan; mungkin takut masalah lebih rumit. Tapi, dengan tidak berpasport dan tidak berduit mana mungkin amah dapat lari jauh. Kami "putuskan" jiran yang membawa amah tu yang uruskan hal laporan polis. Ya lah, jiran yang membawa "masalah" (tapi bukanlah masalah sangat. Cuma kami sedikit buntu dan terkejut; tidak tahu bagaimana harus menolong) tu dalam hal ini. Dan akhirnya amah dan jiran pulang. Tapi amah "bersembunyi" di rumah jiran (barangkali - aku pun tak pasti).


Hari ini (6 Nov.) aku bertanya ibu hal amah itu; kata ibu dia telah naik bas menuju ke bandar Kota Bharu pada malamnya (4 Nov.). Dan tak tahulah apa ceritanya.


??? Masih ada orang yang sanggup menzalimi orang lain. Zaman "perhambaan" telah lama berlalu. Jika benarlah cerita amah itu alangkah sedihnya. Dalam linangan air mata (mengikut cerita adik) amah bercerita bagaimana dia diperlakukan. Setahun lebih bekerja tanpa gaji; teringatkan anak di kampung; menjadi penyebab air mata membasihi pipi.


Amah itu juga bercerita, si isteri selalu membawa dia berjumpa bomoh. Apa tujuan? Si suami cuba "ditundukan" dengan cara yang menyalahi syariat Islam. Walaupun bertudung, bukan jaminan si isteri itu boleh menjadi solehah. Boleh jadi rujuk kembali antara mereka disebabkan oleh "guna-guna" ini (mengikut cerita amah). Bagaimana mereka bercerai..? Biarlah menjadi rahsia antara mereka. Tapi menurut amah; si isteri mengambil wang tanpa pengetahuan si suami. Jumlahnya RM1 juta!! (melalui akaun bank). Itu cerita amah. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..